Social Icons

Pages

Monday, March 28, 2011

200 SAMI HINDU KELUAR PKR !!!


Tidak mahu bersubahat dengan rakaman video seks yang didakwa membabitkan seorang pemimpin pembangkang,kira-kira 200 ahli Persatuan Sami-Sami Hindu Pulau Pinang mengambil keputusan keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Menurut pengerusi persatuan berkenaan,S. Dhinabalan,mereka malu mempunyai pemimpin yang dikaitkan dengan perbuatan terkutuk tersebut,apatah lagi ia dianggap dosa besar dalam agama Hindu.


SERAMAI 15 ahli Persatuan Sami-Sami Hindu Pulau Pinang berkumpul selepas membuat laporan polis di Balai Polis Bayan Baru,Pulau Pinang,semalam.

UTUSAN melaporkan Katanya,isu berkenaan sudah tersebar ke seluruh dunia dan sewajarnya ahli-ahli persatuan tersebut yang mempunyai kedudukan tinggi dalam agama Hindu tidak dikaitkan dengan Penasihat PKR itu.

"Kami sering menghadiri majlis-majlis rasmi di luar negara dan ramai yang ditemui menanyakan mengenai dakwaan penglibatan pemimpin pembangkang itu dalam rakaman video seks tersebut apabila mengetahui kami dari Malaysia.Ini amat memalukan kami, lebih-lebih lagi perbuatan tersebut merupakan satu dosa besar,tidak boleh diterima sama sekali dalam agama Hindu," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas membuat laporan polis bersama kira-kira 15 ahli persatuan tersebut di Balai Polis Bayan Baru.Dalam laporan berkenaan,mereka mahukan suruhanjaya diraja ditubuhkan segera bagi menyiasat secara telus rakaman video seks itu.

Sementara itu, timbalan Dhinabalan,C. Shangkar memberitahu, tindakan mereka keluar dari PKR juga disebabkan kecewa dengan sikap pemimpin parti itu yang gagal menunaikan janji-janji kepada rakyat selepas tiga tahun mentadbir negeri.Jelas beliau,kaum India di negeri ini seolah-olah dianak-tirikan berbanding kaum lain.

"Kami tidak diberi keutamaan dalam pelbagai aspek termasuk kebajikan dan kemudahan pembangunan, seperti tidak dihiraukan," ujarnya.

KEPADA SEMUA AHLI PKR,BAIK ANDA KELUAR PARTI.TAK PERLU LAGI NAK FIKIR BERKENAAN DENGAN PARTI PKR YANG NAK LUMPUH.LEPAS KELUAR PARTI,PILIHLAH PARTI YANG MENEGAKKAN AGAMA,BANGSA DAN NEGARA !!!

JANGAN PILIH PARTI YANG BANYAK FATWA SESAT PULAK KERANA ITU MENGUNDANG BAHAYA PADA DIRI ANDA

ANWAR IBRAHIM HARUS BERTAUBAT

2 comments:

Mohd said...

Nampaknya kaum India yg beragama Hindu pun berasa malu utk ada kaitan dgn Anwar.
Orang Melayu dari PAS lansung tidak berasa malu dgn terus menyokong Anwar dan terus berdosa kerana bersubahat dgn Anwar.
Nampak sangat PAS bersikap bodoh kerana yg sedap menutuh adalah Anwar, yg dapat dosa adalah PAS yg bersubahat. Oh ya, terlupa pulak PAS memang menyokong penuh ADUN2 dan pemimpin2 PAS yg berzina.
Yang tak boleh cuma mendedahkan aib orang. Kalau boleh tumpang sekaki.
PAS lansung tidak memikirkan persepsi rakyat utk PRU 13 nanti?

Anonymous said...

Salam

Inilah golongan hipokrit besar dari kaum India di Malaysia, apabila merasakan diri mereka kononnya tidak terbela, tiba tiba menyokong anwar. Justru apabila mendapati janji anwar adalah janji palsu, tiba tiba malu hendak menyokong PKR, poodaaah, sami India tidak boleh pakai untuk perjuangan UMNO/BN keseluruhannya.

Saya masih ingat lagi semasa di Ipoh, ramai golongan sami adalah penyokong Hindraf selepas diapikan PKR. Melayu jangan mudah lupa. Mereka ini adalah golongan mementingkan golongan sendiri sahaja bukan kepentingan seluruh Rakyat Malaysia. poodaah

g4umno.blogspot.com

 
 
Blogger Templates