Social Icons

Pages

Sunday, March 20, 2011

ADAKAH BENAR AKAD NIKAH DI MASJID MENYIMPANG DARI AMALAN RASULULLAH ???


semasa saya ingin membuat artikel untuk malam ini,saya terbaca satu portal.saya tertanya-tanya adakah apa yang saya baca ini benar atau tidak.

KEPADA PEMBACA BADUT RAKYAT MARI KITA LIHAT SAMA-SAMA PETIKAN DI BAWAH INI

KANGAR 20 Mac – Menjadikan masjid sebagai lokasi akad nikah adalah menyimpang dari amalan Rasulullah,kata seorang anggota Majlis Fatwa Perlis,Datuk Ahmad Jusoh.

Beliau berkata,Rasulullah pernah mengingatkan umat Islam supaya tidak melakukan akad nikah dalam masjid kerana ia meniru penganut Kristian yang menikah dalam gereja dan Yahudi di rumah ibadat mereka.

Ahmad yang juga ahli Majlis Hal Ehwal Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) berkata, walaupun pernah berlaku peristiwa akad nikah dalam masjid pada zaman Rasulullah, namun ia berpunca dari kehadiran seorang wanita ke dalam masjid yang mahu dirinya dikahwini.

Kesanggupan seorang lelaki yang turut berada dalam masjid untuk mengahwini wanita itu menyebabkan Rasulullah melakukan akad nikah dalam masjid.

Ahmad berkata, adalah lebih baik akad nikah dilakukan di rumah pengantin. – Bernama

ADAKAH PERKARA INI BENAR ???

RENUNG-RENUNGKAN LAH

8 comments:

Cahaya Kebenaran Bersinar said...

salam.

mohon share :)

Unknown said...

silakan,kepada pembaca nak share anda boleh ambil.terima kasih kepada semua pembaca badut rakyat...

Ular Menyusur Akar said...

Salam BR,

Di Johor selepas memperkenalkan program keluarga sakinah kebanyakkan keluarga memilih untuk menikah di masjid. Selepas kejadian majlis pernikahan di buat besar besaran, kompang, barang barang hantaran, wartawan dan orang ramai memenuhi ruang masjid, Sultan Johor telah melarang mengadakan akad nikah di masjid negeri. Tujuan baginda memberi ketenteraman kepada orang lain beribadah pada masa pernikahan tersebut berlangsung. Walau bagaimanapun nikah masih di benarkan kepada bukan masjid negeri.

UMA melihat menikah di masjid jauh lebih baik. Suasana yang senyap, lapang dan luas. Semua hadirin dapat melihat peristiwa yang berlaku. Masjid juga mempunyai kemudahan audio. Hadirin dapat menghayati peristiwa tersebut hingga berkesan di hati. Mengerjakan sujud syukur juga mudah.

Berhubung meniru cara pernikahan orang kristian,tidak pernah di keluarkan fatwa oleh Mufti Johor hingga ke saat ini. Jika tiada nas yang melarang, UMA anggap sebagai khilaf atau perbedzaan pendapat sahaja.

Bahtera Merdeka said...

Salam,

Majlis pernikahan boleh dilakukan di mana sahaja yang sesuai sebab tidak termasuk dalam rukun nikah.

Rasululullah sendiri telah memberi contoh bahawa boleh dilakukan di dalam mesjid.

Yang tidak wajar dilakukan ialah mewajibkan akad nikah dilakukan HANYA di mesjid.

usin said...

dalam keadaan kurang arif ni, aku ingin berkongsi. andainya bernikah dimasjid menyimpang dari ajaran Islam, masjid itu untuk apa? hanya sembahyang semata2. adakah majlis akad nikah itu bukan ibadah? asal ianya tidak melanggar batas2 kesopanan dimasjid, rasanya ia tidak terpesong. soal meniru cara org kristian & yahudi berkahwin di rumah ibadat masing2, aku jd keliru. asal apa yg dibuat oleh yahudi & kristian kita tak boleh buat. kalau yahudi/kristian makan, kita tak boleh makan. kalau yahudi/kristian pakai baju, kita jangan pakai baju. kalau yahudi/kristian beli kereta, kita jangan beli. lucunya. mereka buat dirumah ibadat mereka, rumah ibadat kita masjid, bukan kuil @ gereja. kalau yahudi/kristian beribadat dirumah ibadat masing2, kita nak sembahyang dimana? tolong aku!!!

Anonymous said...

Susah jugak sekarang ni, yang berilmu nak tunjukkan betapa tingginya Ilmu yang dimilikinya itu, yg tak berilmu cuba-cuba cari ilmu dari yg berilmu...tp benda yg mudah di susahkan oleh yg berilmu, mcm manalah yg berilmu nak dpt ilmu..???

Anonymous said...

Di Masjid Shah Alam dan Masjid Wilayah, majlis pernikahan dilakukan di sebuah bilik khas dan bukannya di ruang solat. Saya rasa ada baiknya dibuat cara sebegitu. Aman, tenteram dan khusyuk.

Saya rasa tak timbul masalah meniru cara gereja selagi ia tidak dilakukan di ruang solat utama.

akuantipr.

Anonymous said...

Ada baik nya juga tak wat nikah dlm masjid. Pasal zaman sekarang yang datang bernikah pon bukan pandai tutup aurat dengan betul, dan banyak batas tak dijaga. Lelaki ok je yang perempuan, sedangkan kat dalam rumah Allah.Renungkanlah ni sekadar pandangan saya bergantung pada orang2 alim untuk buat keputusan

 
 
Blogger Templates