Kemenangan pada Pilihan Raya Kecil DUN Merlimau 6 Mac lalu,menyuntik semangat Barisan Nasional (BN) negeri untuk merampas kembali lima kerusi daripada DAP pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 yang akan diadakan pada bila-bila masa dari sekarang.
UTUSAN Melaporkan Ketua Menteri,Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, BN menyasarkan untuk merampas sekurang-kurangnya tiga daripada lima kerusi yang dimenangi DAP pada PRU 2008.Beliau yang juga Pengerusi BN Melaka berkata,keyakinan untuk merampas kerusi milik pembangkang itu adalah berdasarkan kemenangan calon BN,Roslan Ahmad,menang pada PRK DUN Merlimau dengan majoriti 3,643 undi.Katanya,jika 'mood' kemenangan di Merlimau dapat dikekalkan,BN yakin untuk merampas semula DUN Bachang,Ayer Keroh,Kesidang,Kota Laksamana dan Banda Hilir daripada genggaman DAP.Menurutnya, kemenangan di DUN Merlimau cukup jelas membuktikan rakyat berbilang kaum sudah kembali yakin terhadap BN terutama kepada dasar-dasar yang dibawa oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Kemenangan BN di Merlimau adalah petanda awal rakyat sudah dapat menerima arus perubahan yang dibawa oleh BN. Berdasarkan kemenangan tersebut, saya yakin BN dapat mengekalkan 23 kerusi yang dimenangi pada 2008 selain merampas tiga daripada lima kerusi milik pembangkang," katanya.
Beliau berucap merasmikan mesyuarat berkelompok UMNO Bahagian Jasin dan majlis kesyukuran atas kemenangan BN pada PRK DUN Merlimau di Dewan Dato' Haji Ahmad Ithnin Merlimau, di sini hari ini.Kira-kira 1,000 orang hadir termasuk ahli-ahli parti komponen BN.Pada PRK DUN Merlimau,Roslan menewaskan calon Pas,Yuhaizad Abdullah.
Datuk Seri Mohd. Ali Rustam yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri berkata, momentum daripada kemenangan dengan majoriti yang cukup besar itu memperlihatkan arus perubahan baru iaitu pengundi Cina dan India sudah kembali ke pangkuan BN.

No comments:
Post a Comment