Social Icons

Pages

Thursday, March 17, 2011

DATUK SERI ALI RUSTAM UMUMKAN EXCO BARU MELAKA !!!


Kerajaan negeri Melaka melakukan rombakan besar-besaran membabitkan semua ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) di samping penambahan satu portfolio baru iaitu Teknologi Hijau yang dipengerusikan sendiri Ketua Menteri,Datuk Mohd Ali Rustam.

Ketika mengumumkan perkara itu selepas mempengerusikan mesyuarat EXCO di Seri Negeri semalam,Datuk Mohd Ali Rustam akan mengetuai portfolio Tanah,Kewangan,Perancang Ekonomi, Sains dan Teknologi.Beliau akan dibantu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Linggi, Datuk Ismail Othman.Datuk Mohd Ali Rustam yang turut mempengerusikan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) juga membuat pengumuman berikut :

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam: Datuk Yaakub Md Amin
Timbalan: Mohd Yazed Khamis (ADUN Rim)

Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya dan Kemudahan Awan: Datuk Ab Karim Sulaiman
Timbalan : Datuk Hasan Abd Rahman (ADUN Sungai Rambai)
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar: Datuk Md Yunos Husin
Timbalan : Roslan Ahmad (ADUN Merlimau)

Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan, Pembanguna Usahawan dan Koperasi: Datuk Abd Ghafaar Atan
Timbalan : Amiruddin Yusof (ADUN Ayer Limau)

Pengerusi Jawatankuasa Pemulihan Projek, Pembangunan Pekan Kecil, Kesihatan dan NGO: Datuk Seet Har Cheow
Timbalan: Datuk Ab Wahab Ab Latip (ADUN Durian Tunggal)

Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Belia dan Sukan: Datuk Gan Tian Loo
Timbalan: Datuk Ab Rahaman Ab Karim (ADUN Pantai Kundor)

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Desa dan Pertanian: Datuk R Perumal
Timbalan: Datuk Latipah Omar (ADUN Taboh Naning)

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Warisan: Datuk Latiff Tamby Chik
Timbalan: Chua Kheng Hwa (ADUN Bemban)

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kebajikan: Datuk Norpipah Abdol
Timbalan: Datuk Tahir Hassan (ADUN Paya Rumput)

Pengerusi Jawatankuasa Pengangkutan, Penerangan, Perpaduan dan Pengguna: Datuk Ghazale Muhamad
Timbalan: Datuk Lai Meng Chong (ADUN) Machap).

No comments:

 
 
Blogger Templates