Social Icons

Pages

Tuesday, March 15, 2011

LIM GUAN ENG MENCABAR DATUK SERI NAJIB TUN RAZAK !!!



Kerajaan Pulau Pinang pimpinan DAP mencabar Barisan Nasional (BN) Negeri terutama Datuk Seri Najib Tun Razak supaya mengambil tindakan undang-undang terhadapnya berhubung isu pembangunan semula Pulau Jerejak.

BERNAMA melaporkan Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata projek itu,yang dilaksanakan oleh pentadbiran terdahulu,telah mengalami defisit RM30 juta dan kerajaan Pulau Pinang sekarang menuntut supaya wang terbabit dikembalikan.Lim Guan Dengan sombong dan ego lepas tu berkata kerajaan negeri telah mencetak kira-kira 150,000 risalah untuk memaklumkan kepada rakyat mengenai kerugian itu dan menggesa pentadbiran terdahulu supaya mengembalikan wang berkenaan.

“Jika kami tidak memberitahu perkara yang benar kepada penduduk Pulau Pinang,mereka (pentadbiran terdahulu) seharusnya mengambil tindakan undang-undang terhadap kami,” kata Lim kepada pemberita selepas menyaksikan majlis penyerahan tugas Yang Dipertua Majlis Perbandaran Seberang Perai yang baru petang tadi.

Lim berkata kerajaan negeri berpendapat tiada gunanya untuk meneruskan projek yang mengalami defisit besar dalam fasa pertamanya.semua Akhbar telah terpampang melaporkan kononnya Pengerusi Jawatankuasa Kerja BN Negeri Datuk Dr Teng Hock Nan mendakwa Lim menyalahgunakan kedudukannya dan menggunakan dana awam untuk mencetak risalah itu.Lim berkata kos mencetak dan mengedar risalah berkenaan ialah beberapa ribu ringgit.

Risalah itu menyenaraikan defisit RM30 juta sebagai RM10.6 juta dalam bentuk premium tanah yang belum dilunaskan kepada Pentadbir Tanah Pulau Pinang, kos pelaburan RM15.44 juta dan pinjaman belum dijelaskan sebanyak RM3.6 juta daripada Tropical Island Resort.Dalam majlis penyerahan tugas itu,Pengurus Besar George Town World Heritage Incorporated Maimunah Mohd Shariff,mengambil alih jawatan Yang Dipertua daripada Mokhtar Mohd Jait, 55, yang dilantik sebagai Pegawai Kewangan Negeri.

No comments:

 
 
Blogger Templates