Social Icons

Pages

Friday, March 11, 2011

PARTI KITA BERSEDIA MENERIMA WAKIL PKR DI KEDAH !!!


Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) mengajak wakil rakyat PKR yang berasa terpinggir dan tidak dihargai oleh pemimpin pembangkang agar menyertai parti itu.

UTUSAN melaporkan Pengerusi KITA Kedah,Zamil Ibrahim berkata,parti tersebut menyediakan ruang yang luas untuk membolehkan mereka meneruskan perjuangan transformasi politik.Malah,adalah lebih elok bagi pemimpin terlibat menyertai parti terbaru berkenaan memandangkan mereka tidak lagi sefahaman dengan pemimpin PKR.

“Sekiranya mana-mana wakil rakyat merasakan tidak dihargai ataupun hilang kepercayaan dengan pemimpin, lebih baik mereka sertai KITA.KITA mengalu-alukan kehadiran mereka untuk meneruskan perjuangan dan berkhidmat demi rakyat,".

Zamil yang juga bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan negeri berkata,Beliau memahami bahawa beberapa wakil rakyat dan pemimpin PKR kini berada di persimpangan sama ada mahu terus kekal dalam parti itu atau sebaliknya.

“Saya tahu ramai daripada mereka begitu kecewa dengan kepimpinan PKR pusat dan negeri yang dilihat tidak melakukan apa-apa kepada rakyat dan hanya tahu mengukuhkan kedudukan dalam parti.Saya berharap mereka memikirkan sedalam-dalamnya dan berjuang bersama kami dalam KITA,” katanya.

Dalam pada itu,Zamil mendakwa,PKR mungkin terkubur di Kedah berikutan cabang parti tersebut dijangka dibubarkan tidak lama lagi.Katanya,keadaan tersebut berlaku kerana kebanyakan ahli tidak berpuas hati dengan sikap pucuk pimpinan pusat yang mengetepikan peranan pimpinan peringkat akar umbi.

“Selain itu, kita perhatikan ramai pemimpin terutamanya wakil rakyat yang sebelum ini begitu setia dengan parti,satu demi satu meninggalkan PKR,” katanya.

No comments:

 
 
Blogger Templates