Pakatan pembangkang terutama PAS diingatkan supaya tidak terlalu 'membakar' sentimen agama setiap kali tiba musim pilihan raya demi kepentingan ideologi politik mereka.
UTUSAN melaporkan,Naib Presiden UMNO,Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata,tindakan itu amat berbahaya dan boleh menyebabkan perpecahan di kalangan umat Islam tempatan jika PAS terlampau merujuk kepada pergolakan politik di beberapa negara Asia Barat.Kata beliau,selain kempen parti menyampaikan wadah perjuangan masing-masing, para pemimpin politik juga harus akur akan 'tanggungjawab kepada Tuhan dengan kesemua ini akan dihitung pada hari akhirat.'
"Jadi,jangan semudah itu kita gunakan landasan agama yang dekat dengan hati umat manusia," katanya selepas mengadakan pertemuan dengan Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau di Pusat Kegiatan Masyarakat Kemas Serkam,di sini semalam.
Dalam pada itu,Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata,perbuatan pembangkang yang sering menyalahkan sistem pilihan raya di negara ini sebagai punca kepada kekalahan mereka tidak berasas sama sekali.Buktinya,kerajaan Barisan Nasional (BN) mengamalkan sistem pemerintahan dan pentadbiran yang demokratik sehingga pembangkang berupaya memerintah empat negeri selepas pilihan raya umum lalu.
"Namun kita harus juga menghormati keputusan rakyat yang memilih BN dalam siri pilihan raya kecil kebelakangan ini seperti di Hulu Selangor,Galas dan Tenang," katanya.

No comments:
Post a Comment