Social Icons

Pages

Sunday, March 06, 2011

PRK MERLIMAU !!! PAS MENDAKWA BN LANTIK PELAJAR IPT JADI PENGUNDI !!!



PAS dah buat onar lagi.tak habis-habis PAS ini menuduh yang bukan-bukan.aduhai PAS,dah takut kalah ker

sila lihat kenyataan di bawah

PAS membuat dakwaan terbaru bahawa Barisan Nasional (BN) menawarkan “habuan” kepada penuntut Institut Pengajian Tinggi (IPT) untuk mengundi mewakili pengundi tertentu bertindak sebagai “pengundi hantu” di kerusi Merlimau esok.

Pengarah Pilihan Raya PAS pusat Datuk Halim Abdul Rahman berkata,pihaknya mendapat maklumat BN telah memberi “habuan” yang besar kepada 750 pelajar untuk menjadi “pengundi hantu”.

“Kita dapat maklumat ada pelajar telah dibayar oleh BN untuk mengundi pada pilihan raya kecil esok.Pelajar ini dari sini (Merlimau), saya terima maklumat pelajar ini telah ditawarkan habuan untuk jadi pengundi, kira-kira 750 pelajar akan mengundi mewakili pengundi Merlimau,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Selain pelajar,jelas Halim,ada juga pihak tertentu yang turut ditawarkan dengan “habuan” yang tinggi.

“Maklumat kita dah terima yang mana ia juga ditawarkan kepada orang lain juga.Kesemua mereka ini akan mengundi menggunakan kad pengenalan orang lain iaitu kad pengenalan pengundi Merlimau, katanya.

Beliau berkata “pengundi hantu” itu melibatkan kesemua semua daerah mengundi di Merlimau.

Kata Halim, pihaknya masih belum mengetahui jumlah “habuan” yang ditawarkan.

DUN Merlimau mempunyai tujuh daerah mengundi termasuk Ayer Merbau,Chinchin, Jasin Lalang, Merlimau Utara, Merlimau Pasir, Permatang Serai dan Pengkalan Samak.Pilihan raya kecil DUN Merlimau menyaksikan pertarungan satu lawan satu antara calon BN Roslan Ahmad dan Yuhaizat Abdullah dari PAS.

KALAU BETUL-BETUL BN BUAT SALAH,BAGI LAH BUKTI DAN NAMA 750 PELAJAR TU ??? JANGANLAH MENYALAK JER

KALAU BAGITAHU MEDIA,SAYA PUN BOLEH BAGITAHU PELAJAR-PELAJAR DI SEKITAR MERLIMAU DIUPAH UNTUK MERAYU DI SEKITAR MERLIMAU

PAS GUNA PELAJAR UNTUK MERAYU DI SEKITAR MERLIMAU DAN BERI DUIT BOLEH PULAK YEK ???

MEMANG BETUL HAMPAS LAH DIAORG NI,BN JER SALAH,PAS JER BETUL

BILA MINTAK BUKTI,SAMPAI MATI PUN TAK DAPAT ASYIK TANGGUH-TANGGUH

No comments:

 
 
Blogger Templates