Social Icons

Pages

Thursday, March 03, 2011

PRK MERLIMAU !!! PENGUNDI HARUS MEMILIH CALON YANG BERWIBAWA !!!




Pengundi di kawasan DUN Merlimau perlu memilih pemimpin yang membawa kesinambungan kemajuan yang berterusan di kawasan mereka,kata Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan.


BERNAMA Melaporkan Datuk Ahmad Maslan yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata sikap pembangkang yang gemar menabur fitnah serta menghasut rakyat untuk membenci Barisan Nasional (BN) membuktikan kedua-dua parti itu "bankrup" idea di mana-mana setiap pilihan raya kecil diadakan.

"Mereka hanya menggunakan isu nasional dan tidak berpijak di bumi nyata kerana banyak menimbulkan isu-isu lama yang basi dan orang sudah tahu jawapannya.Rakyat sedia maklum segala perkara dicuba sebaik mungkin oleh kerajaan negeri Pahang dan Melaka dalam usaha meningkatkan kehidupan rakyat,"katanya kepada pemberita selepas mengadakan tinjauan mesra di sekitar Kampung Ayer Merbau bersama calon BN Roslan Ahmad.

Beliau yang merujuk kepada kedua-dua pilihan raya kecil DUN Merlimau dan Kerdau di Pahang berkata contoh terbaik adalah Melaka kerana diisytiharkan sebagai negeri maju yang tidak boleh dipertikaikan serta pembangunan seumpama itu hanya berpeluang dinikmati di bawah pentadbiran BN.

"Calon pembangkang langsung tidak ada apa-apa,nak harapkan gaji untuk menolong rakyat,gaji yang ada pun tidak banyak mana pun," katanya.

Datuk Ahmad Maslan turut menafikan kerajaan memberi tumpuan lebih kepada kemajuan di tiga Felda bagi pilihan raya kecil DUN Kerdau,sebaliknya kerajaan berbuat demikian untuk membela nasib generasi Felda dan bertindak sama adil untuk semua kaum.

"Di Kerdau,ketiga-tiga Felda itu memberi 57 peratus majoriti undi pada (pilihan raya umum) 2008 dan yang lain 43 peratus," kata beliau.

Mengenai dakwaan pembangkang tentang perbuatan khianat BN dalam kempen seperti membakar bendera dan merosakkan kenderaan, katanya pembangkang tidak boleh menuduh tanpa usul periksa tanpa mempunyai bukti yang sahih.

"Benda macam ni tiada bukti jangan cakap,jika mereka (pembangkang) koyak sendiri mana kita tahu.Kita pun boleh tuduh mereka yang pecahkan cermin kereta itu sendiri.jangan tuduh sebegitu kita (BN) tidak ajar budaya samseng.mungkin ada orang ketiga," katanya.

No comments:

 
 
Blogger Templates