Social Icons

Pages

Saturday, April 16, 2011

BN MUNGKIN KECUNDANG DI SARAWAK !!!



Khabar angin yang mendakwa bahawa Sarawak bakal jatuh ke tangan Pakatan Haram mesti dipandang dengan sangat serius.ini kerana semua nya tidak mustahil ia akan berlaku sekiranya sentimen kebencian terhadap Ketua Menterinya Tan Sri Abdul Taib Mahmud terus bergelora dan mendapat tempat di hati para pengundi.Beberapa petunjuk sudah menunjukkan bahawa BN tidak mungkin selesa dan menang besar di Sarawak,mereka bukan membenci BN,tetapi para pengundi membenci Ketua Menterinya,itu sahaja.


Seandainya Tan Sri Abdul Taib Mahmud boleh membaca kehendak hati nurani rakyatnya,InsyaAllah BN bakal menang besar di Sarawak.Tetapi nasi sudah menjadi bubur.Walaupun SPR cuba menafikan keputusan tidak rasmi yang sudah tersebar meluas di alam maya namun demikian,keputusan rasmi yang bakal diumumkan kelak pastinya tidak berubah terlalu jauh !!! Mahu atau pun tidak BN sudah tewas dari aspek moralnya.Keputusan terkini di Sarawak menunjukkan Pakatan Haram berjaya menambah bilangan kerusi,manakala BN pula hampir kehilangan 2/3 majoriti sekali gus memberi tamparan buruk kepada BN di semenanjung.jangan terkejut sekiranya sesuatu yang luar biasa akan berlaku di Sarawak malam ini,sama ada Tan Sri Abdul Taib Mahmud tewas di kawasan sendiri,atau pun BN hilang 2/3 majoriti. Sama-samalah kita berdoa agar BN terus memerintah.

AMIN...

2 comments:

Anonymous said...

yey badut apakocite ni...taib dah menang lah tambi..

Anonymous said...

hehe..mungkin ini adalah isi hatilah anon..perfect badut...

 
 
Blogger Templates