Social Icons

Pages

Monday, April 18, 2011

PAKATAN PERNAH TAWAR SYED IBRAHIM RM55 JUTA ???



Presiden Kongres India Muslim Malaysia @ KIMMA,Datuk Syed Ibrahim Kader mendedahkan bahawa pihak PAKATAN pernah menawarkan RM55 juta kepada beliau untuk membawa kongres itu beralih arah menyokong pembangkang.Beberapa tahun lalu,katanya, beliau dihubungi seorang pemimpin pembangkang yang menawarkan imbuhan tersebut supaya berpaling tadah.

INI ADALAH KENYATAAN YANG DI BERI KEPADA PEMBERITA


"Dia (pemimpin PAKATAN)cakap pada saya,Datuk,saya akan beri anda RM5 juta sekiranya bersetuju (dengan tawaran saya)hari ini,pagi esok saya akan masukkan dalam akaun anda.Selepas itu,anda kembali kepada orang anda (dan minta sokong pembangkang),saya akan masukkan RM50 juta (lagi) dalam akaun anda," katanya

Datuk Syed Ibrahim Kader berkata,Pengerusi Kimma di negeri-negeri yang ditawan PAKATAN iaitu Kelantan,Kedah,Selangor dan Pulau Pinang turut ditawarkan pelbagai imbuhan termasuk projek dan jawatan penting dalam kerajaan negeri.Bagaimanapun,katanya,imbuhan yang ditawarkan,tidak akan mengubah pendirian Kimma dalam meneruskan sokongan kepada Barisan Nasional (BN) buat selama-lamanya.

Datuk Syed Ibrahim Kader memberitahu,Kimma kini memiliki seramai 162,000 ahli dan menyasarkan untuk mencapai keahlian sehingga 300,000 orang menjelang akhir tahun ini kerana jumlah penduduk berketurunan India Muslim di negara ini adalah antara 648,000 dan sejuta orang.Menurut beliau, Kimma tidak meminta untuk diberi status sebagai kaum Melayu sebaliknya mahu diiktiraf sebagai bumiputera dan dalam masa sama mengekalkan identiti sebagai kaum India Muslim.Beliau menyatakan,Kimma juga berhasrat menjalin kerjasama dengan orang Melayu bagi menaikkan taraf ekonomi penduduk beragama Islam di negara ini.

MANA JANJI PAKATAN YANG DULU KONONNYA DALAM 100 HARI BUAT MACAM-MACAM KALAU MENANG MASA PRU 2008 ???

SEKARANG NAK TABUR DUIT KAT KIMMA PULA ???

KALAU TIADA BUKTI DI BAWAH NEGERI PAKATAN TAK PERLU NAK TABUR DUIT !!!

6 comments:

vulcan933 said...

nik ajis apa offer dia?jamin masuk surga?

Anonymous said...

x masuk akal langsung PR nk bagi 55 juta tuk berpaling tadah..baik la PR buat dana kempen mengundai tuk PRU 13 nanti dari bagi kat KIMMA yg keanggotaannya berapa la sgt..
x paham betul aku..
macam la KIMMA tue besar sgt sampai org kemaruk sgt kat dia..:))

Anonymous said...

tak logik langsung mamak ni
Inilah yang dinamakan golongan yang apa pun mau untung saja....
KIMMA ni tak kuat mana pun ..dok syok sendiri saja...
mamak ni pun ramai yang tak kenai....
jangan kata 55Juta.. seploh ringgit pun tak laku la....

Unknown said...

Musykil juga dengar dakwaan ni. Harap bukan omong kosong sahaja.

http://apakecoh2.blogspot.com/

Anonymous said...

mana bukti?

Anonymous said...

Mana buktinya mamak...jgn buat andaian kosong jer...mamak memang sah syok sendiri...melayu pula korang ingat korang jer boleh buat publisiti murah....korang pun satu...sekarang ni tak tahu lah siapa salah,siapa betul...

 
 
Blogger Templates