Social Icons

Pages

Saturday, April 09, 2011

PAKATAN SUDAH TERDESAK DAN MENYALAHKAN SPRM !!!



Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata parti pembangkang sebenarnya cemburu dengan kejayaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membongkar sejumlah besar kes rasuah.Beliau hairan dengan sikap pembangkang yang dahulunya begitu lantang mengkritik kerajaan dan SPRM kerana tidak telus dalam menangani isu rasuah tetapi kini mereka berterusan mengkritik walaupun SPRM semakin berani dan tegas membanteras rasuah di negara ini.

"Dahulu DAP dengan lantang mengkritik kerajaan Barisan Nasional (BN) kerana tidak serius dalam membanteras kegiatan rasuah, tapi sekarang bila SPRM dilihat begitu komited dengan tugas mereka dalam membongkar kes rasuah,mengapa mereka diam dan tidak menyokong ??? Adakah sebab mereka (PAKATAN) sebenarnya begitu cemburukan kejayaan SPRM yang kini berjaya membongkar begitu banyak kes rasuah ???," soalnya.

BERNAMA Melaporkan Sambil kesal dengan sikap pembangkang yang sedemikian,beliau bagaimanapun menasihatkan anggota SPRM agar terus komited dalam menjalankan tugas mereka walaupun kritikan yang dilemparkan boleh melemahkan semangat, katanya

"Perlu diingat apa sahaja kritikan yang keluar dari mulut pembangkang itu hanya untuk kepentingan politik semata-mata dan seperti yang kita sedia maklum mereka ini akan melakukan apa sahaja untuk meraih sokongan rakyat.Jadi tak perlu lemah semangat dengan kenyataan mereka," katanya sambil mengucapkan takziah dan simpati kepada keluarga Penolong Pengarah Kastam Selangor Allahyarham Ahmad Sarbani Mohamed yang meninggal dunia setelah terjatuh dari tingkat tiga bangunan SPRM Wilayah Persekutuan kelmarin.

Sementara itu,mengenai kes kematian Ahmad Sarbani yang ada kaitan dengan Operasi 3B pada 1 April lalu di Pelabuhan Utara,Pelabuhan Klang,Datuk Musa Sheikh Fadzir mahu orang ramai supaya tidak membuat spekulasi dan tidak mempolitikkan kematiannya.

"Kematian beliau membawa kesedihan kepada anggota keluarganya, biarlah perkara itu disiasat pihak berkuasa,kita sebagai orang luar jangan buat kenyataan yang bukan-bukan sehingga menyinggung perasaan keluarga Allahyarham," katanya.

KEPADA RAKYAT MALAYSIA,INILAH PAKATAN.SEMUA NAK SALAHKAN KERAJAAN DAN KATA KERAJAAN TAK MEMBENTERAS RASUAH !!!

BILA KERAJAAN DAH BUAT TRANSFORMASI MEMBENTERAS RASUAH MEMBUAT SPEKULASI BUKAN-BUKAN TENTANG KERAJAAN.APA YANG TELAH TERJADI ADALAH TAKDIR,JANGANLAH SEKSA KEHIDUPAN KELUARGA ALLAHYARHAM !!!

MARI LAH KITA SAMA-SAMA MEMBACA SURAH AL-FATIHAH UNTUK ALLAHYARHAM AHMAD SARBANI MOHAMED

AL-FATIHAH

3 comments:

Den Komando said...

Saya bersetuju dengan pandangan saudar. Usaha itu mungkin untuk mengalih fokus rakyat terhadap isu pucuk pemimpinan dan ikatan pemimpin pembangkang masa ini. Harap-harap rakyat dapat berfikir dengan sewajarnya dan menilai akan tomahan yang telah dilemparkan kepada SPRM.

Anonymous said...

Rasuah ya rasuah... rakyat hanya diajak melihat keji dan buruk si penerima rasuah. Pada masa yang sama kita jarang-jarang didedahkan dengan berita penahanan si pemberi rasuah.

Tidak sama sekali membela si penerima tetapi dalam masa yang sama golongan utama yang beri rasuah ini juga JANGAN dilepaskan. Mereka ini golongan yang menguasai pernigaan negara.

Mereka dengan mudah dapat atasi undang-undang dengan rasuah penjawat awam dan dalam masa yang sama menjadi penyumbang utama kepada DAP.

Untuk keuntugan maksimum mereka usahakan rasuah kepada penguatkuasa dan parti pembangkang DAP dan tak terkecuali parti-parti komponan BN juga.

Kesimpulan saya, golongan hartawan yang tamak dan tidak patriotik ini adalah pemain utama menentukan kadar tinggi-rendah rasuah negara. Mereka ada wang dan jentera samseng bagi pastikan keuntungan besar mereka. Faktor politik juga mereka tidak abaikan.

Anonymous said...

Pembangkang takut bila nanti SPRM berjaya membongkar kegiatan rasuah mereka juga.

 
 
Blogger Templates