Social Icons

Pages

Tuesday, April 12, 2011

PEMILIK JAM OMEGA AKAN DIKETAHUI SEDIKIT MASA LAGI !!!



Identiti pemilik jam tangan jenama Omega yang diserahkan kepada polis berhubung kes rakaman video aksi Porno didakwa melibatkan pelaku dilaporkan mirip Anwar Ibrahim akan diketahui tidak lama lagi.

BERNAMA Melaporkan Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata polis telah menyerahkan kad pendaftaran jam itu kepada syarikat yang mengedarnya bagi tujuan pengesahan siapa pemiliknya.

"Sebelum ini kita telah memberikan tempoh seminggu untuk syarikat itu memberikan jawapan, namun sehingga kini tiada sebarang jawapan diberikan," katanya kepada pemberita.

Jam tangan itu dilaporkan merupakan antara dua bukti,selain rakaman video Porno,yang diserahkan oleh ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah serta bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik dan bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim kepada polis bagi tujuan siasatan berhubung video itu.Jam itu dilaporkan ditemui di bilik aksi Porno berkenaan berlaku.

Dalam satu sidang akhbar sebelum ini,Anwar,yang ditanya mengenai jam tangannya berkata, jam tangan beliau ada pada isterinya,Wan Azizah.2 hari lepas,pada satu sidang akhbar di Kuching,ketika ditanya kenapa jam itu tidak diserahkan kepada polis,Anwar berkata polis tidak meminta jam itu dan biarlah polis yang minta.

Datuk Acryl Sani Abdullah Sani,ketika ditanya sama ada polis akan memanggil Anwar untuk menunjukkan jam itu, berkata Polis perlu selesaikan soal identiti pemiliknya sebelum mengambil langkah susulan.

"Keutamaan kita (ialah) pada siasatan video dahulu,baru jam dan lain-lain lagi," katanya.

Ketika ditanya mengenai perkembangan siasatan kes rakaman video itu,beliau berkata ada beberapa perkara kecil perlu dikemaskini dan siasatan mungkin dapat diselesaikan dalam minggu ini dan kertas siasatan dapat dihantar semula ke pejabat Peguam Negara untuk semakan dan perbincangan lanjut.

"Ada beberapa perkara membabitkan keterangan perlu diberi gambaran semula. Walaupun ada keterangan kecil yang telah diambil tetapi ianya juga penting bagi membantu siasatan," katanya.

Siasatan polis itu dibuat berikutan laporan yang dibuat oleh Anwar pada 22 Mac yang menafikan bahawa dirinya adalah lelaki dalam video berkenaan.

Ketika ditanya mengenai perkembangan siasatan berhubung kes memuat naik video seks itu ke sebuah laman web,Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata polis menerima salinan asal dan tidak tahu siapa yang memuat naik video itu.

"Soal siapa dan bagaimana ianya diedarkan awak kena tanya Jabatan Siasatan Jenayah Komersial yang sedang siasat," katanya.

Ketika ditanya mengenai identiti seorang wanita dalam rakaman video seks itu,Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata polis masih lagi mengesan identiti dan lokasi wanita itu berada.

ADAKAH WAJAH DI BAWAH BUKAN ANWAR IBRAHIM ???




ANDA LIHAT GAMBAR DIATAS,CUBA LIHAT DAN PERHATIKAN BETUL-BETUL !!!

ADAKAH ITU BUKAN ANWAR IBRAHIM ???

RENUNG-RENUNGKANLAH

1 comment:

basic_2009 said...

OK bagus !

tapi ...

bila kah kita orang dapat tengok Anwar Omega in full action?


anyway, mintak2 ada posting satu dua gambar pun dah kira OK ...

muka Anwar Omega ni tak perlu tunjuk - kasi tutup saje lah bro ...


PAS + PKR + DAP = penipu + kaki kelentong !

 
 
Blogger Templates