Social Icons

Pages

Wednesday, April 13, 2011

POLIS SUDAH MENGAMBIL KETERANGAN 40 INDIVIDIDU !!!



Polis telah mengambil keterangan 40 individu bagi membantu siasatan kes kematian Penolong Pengarah Kastam Selangor Ahmad Sarbani Mohamed di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) Wilayah Persekutuan di Jalan Cochrane di sini 6 April lepas.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Zulkifli Abdullah berkata bagaimanapun kes itu masih disiasat di bawah kes mati mengejut.

"Polis sedar kes ini menarik perhatian dan siasatan akan dibuat dengan teliti," katanya dalam kenyataan di sini, Selasa.

Sehubungan itu,Datuk Zulkifli Abdullah meminta orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau mengeluarkan kenyataan yang boleh mengelirukan.

"Orang ramai juga dinasihat agar menyalurkan sebarang maklumat sekiranya ada,terus kepada pihak polis," katanya.

Ahmad Sarbani,yang bertugas di Pejabat Kastam Pelabuhan Klang ditemui mati di gelanggang badminton di tingkat satu bangunan pejabat SPRM itu setelah dilaporkan datang untuk bertemu pegawai penyiasat SPRM berhubung siasatan kes rasuah yang membabitkan 62 pegawai Kastam Diraja Malaysia.

KEPADA RAKYAT MALAYSIA,INILAH PAKATAN.SEMUA NAK SALAHKAN KERAJAAN DAN KATA KERAJAAN TAK MEMBENTERAS RASUAH !!!

BILA KERAJAAN DAH BUAT TRANSFORMASI MEMBENTERAS RASUAH MEMBUAT SPEKULASI BUKAN-BUKAN TENTANG KERAJAAN.APA YANG TELAH TERJADI ADALAH TAKDIR,JANGANLAH SEKSA KEHIDUPAN KELUARGA ALLAHYARHAM !!!

MARI LAH KITA SAMA-SAMA MEMBACA SURAH AL-FATIHAH UNTUK ALLAHYARHAM AHMAD SARBANI MOHAMED

AL-FATIHAH

1 comment:

Ular Menyusur Akar said...

UMA dah bacakan fatiha untuk allahyarham. Tetapi keluarga beliau sendiri yang membuat persepsi supaya kematian tersebut di bahas oleh orang awam. Kalau keluarga berani membuat persepsi, sewajarnya mereka juga berani menerima persepsi masyarakat.

Bukankah baik pehak keluarga berdoa kehadrat Allah semoga allahyarham di cucuri rahmat dan mendapat keampunanNya? Kenapa perlu berperang dengan kerajaan sedangkan sebelum ini telah khianat kepada kerajaan, rakyat dan negara? Tak puas lagi ke nikmat yang telah di perolehi?

Polis sedang membuat penyiasatan. Tunggulah hasil siasatan. Selepas hasil siasatan masih tak puas hati minta perkenan Agong supaya di adakan suruhanjaya pula.

Cuba lihat petikan berita di bawah;
“We have been stressed enough, how can they say that? I want the officer who killed my abang to be prosecuted. Who called him (to go to MACC)? The person who did it must take responsibility and admit it, let the court decide later,” he told The Malaysian Insider when contacted yesterday."


http://my.news.yahoo.com/sarbaini-did-not-kill-himself-says-family-20110411-215459-025.html

 
 
Blogger Templates