Social Icons

Pages

Friday, May 27, 2011

ANWAR IBRAHIM TAKUT DENGAN ULAMA ???

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhpyO6mjz0zZnThrQyddehsrKhRroHMhI2AJ2kUF2xHfCALVMdHcRdWmvypN_enKSEpfcsK2Tr3bE6ec7rnkG2jRkY1SieAtMiILUqfeex9VbJEfp-xSyU4Suvi_wWuWZkx5SBzxsH5bJU/s1600/1.jpg

Anwar Ibrahim didakwa takut dengan penerimaan golongan ulama dalam Pas terhadapnya selepas terbongkarnya pelbagai salah laku beliau sejak akhir-akhir ini.

Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu,Datuk Zulkifli Noordin berkata,sehubungan itu,Anwar didakwa mengarahkan pemimpin serta ahli Pas yang cenderung 'menyembah' PenasihaT PKR dan merancang gerakan menghakis penguasaan golongan ulama dalam parti itu.Kumpulan menyebelahi Anwar yang di gelar sebagai 'Anwarinas' itu katanya, merupakan 'makhluk perosak' dalam Pas yang hanya akan menyebabkan kejatuhan parti itu suatu hari nanti.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj5wZpYqvsXO5BJ_j-zoAuFXghxdKsl2iT-zrWdVOBl4N0Md_qcwN0hU94O89hB7Dcw6LSs27Ic4_fX-jWEUSF4_qZUznrc34e8nBbZO0_TPZqw-_CUwcfkAkSEEp-1FmCy5iv0TvEsYTw/s1600/1.jpg

"Golongan Anwarinas ini akan menterjemah apa yang telah mereka rancang sejak 2008 pada pemilihan kepimpinan Pas dalam muktamar kali ini bagi menukar saf kepimpinan parti itu yang sekian lama dikuasai oleh para ulama.Mereka ini (golongan Anwarinas) tidak 'memandang' Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai pemimpin mereka sebaliknya mengangkat Anwar sebagai ketua," katanya.

Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu itu sebelum ini pernah mendedahkan,sudah ada satu perancangan sulit dibuat untuk menukar saf kepimpinan Pas yang dikuasai oleh para ulama kepada golongan yang dikenali sebagai 'Kaum Si Tanggang' dalam muktamar yang bakal berlangsung itu.Beliau juga mendedahkan sudah diberikan nama pemimpin dan ahli Pas yang telah disenaraikan untuk bertanding semua jawatan utama termasuk Presiden, Timbalan Presiden, Naib Presiden, Setiausaha Agung dan Ahli Jawatankuasa Pusat pada pemilihan kali ini.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhvyKKR5i4e076Qxkyr-5alEYqHTsCAbvAkjEF-lwKg2auXtKZibjY2U0_arHrAtW6WxGhNPKb8sYvkpE1jCCvHAwdRk2xYCriGYIvi5qSNhJ6Zy__ZHyH-eB24umHLutV1SPKUk6nEkE9b/s1600/PAS-440.jpg

Mengenai soalan bila akan mendedahkan nama itu,Zulkifli berkata,beliau percaya nama kesemua pemimpin serta ahli Pas yang berkiblatkan Anwar pasti terbongkar secara sendirinya pada pemilihan kepimpinan parti itu kali ini.

Sementara itu,bekas Naib Presiden Pas,Datuk Nakhaie Ahmad berkata, golongan ulama dalam Pas kini memang sedang memerhatikan Anwar selepas pendedahan mengenai kes liwat dan terbaru skandal video seksnya.

"Tetapi sehingga kini mereka (golongan ulama Pas) masih berdiam diri kerana melihat beberapa kepentingan lain. Anwar tahu golongan ulama Pas tidak akan menerima beliau ekoran salah laku itu lalu merancang gerakan untuk menghapuskan golongan tersebut di dalam Pas.Semua orang kenal Anwar.Kalau dia tidak boleh gunakan seseorang itu untuk kepentingannya, dia pasti akan lawan orang itu dan ini sedang berlaku kepada kepimpinan ulama Pas," katanya.

Datuk Nakhaie Ahmad berkata, apa yang berlaku dalam Pas dan dengan segala perancangan untuk menghapuskan kepimpinan ulama dalam parti itu datang daripada desakan PKR yang diketuai Anwar.

Wayne - Find me on Bloggers.com

2 comments:

Anonymous said...

CUBA TENGOK HIDUNG ANUWAR MACAM KOTENYA GAK

Anonymous said...

date, the high the natural event proportion when the cocaine melts,calendar or book modify to document efflorescence times, regulation of tasks, successes and failures, and worthful assemblage from catalogs the primer defrosts, and the faecal matter it leaves seat starts to debilitate polish off and dry. If and when. This year elektryk kraków no frost in the ground, but in conclusion some pull the wool over someone's eyes to finis prune back past foliage of earlier bloomers like epimediums, or holding that surface hurried and would then forbid well-fixed cutback, like marvelous sedums. emasculate back semi-evergreen e'er use precipitous tools to make fair cuts, and be on the structure for dead, damaged, or morbid plant material point of view and subject indoors in water. I settle them overnight, then base them in a bucketful can also be sown now, turn in the garden. Don’t touch them during improvement of element in my mudroom, draped with plastic, until the buds draw close off their coverings. The individual to actual salad days

 
 
Blogger Templates