PAS sepatutnya mengambil iktibar daripada perjanjian damai antara Hamas dan Fatah ketika Umno menghulurkan "salam perpaduan" kepadanya,kata Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir.Beliau berkata perkembangan terbaru mengenai hasrat penyatuan Hamas dengan Fatah adalah contoh terbaik sebagai ukuran kepada kerjasama PAS-Umno dalam usaha menyatukan umat Islam di negara ini.
BERNAMA melaporkan Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata penyatuan antara dua parti terbesar kaum Melayu itu sebenarnya perlu demi kepentingan bangsa,agama dan negara.
"Kalau Hamas dan Fatah di Palestin yang sekian lama bersengketa sesama sendiri boleh berdamai, kita (PAS dan Umno) bila lagi.PAS dan Umno lebih banyak persamaan jika dibandingkan dengan Hamas dan Fatah, jadi tidak ada alasan PAS menolak perpaduan yang dicadangkan sebelum ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Pemuda Umno Bahagian Besut.
Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir,yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri,bagaimanapun berkata beliau kurang yakin penyatuan PAS dan Umno dapat dicapai dalam masa terdekat kerana terdapat pandangan berbeza pemimpin PAS mengenainya.Menurut beliau,masih terdapat kalangan pemimpin dan dan anggota PAS yang berpegang bahawa apabila berlaku lompatan parti, ia seolah-olah satu penderhakaan kepada parti itu.
"Mereka juga pernah menyindir Umno dengan menyatakan Umno yang tergila-gila hendak menjalin perpaduan dengan PAS, bukannya PAS yang mencadangkannya," katanya
Bagaimanapun,beliau berharap,pemimpin dan anggota PAS akan melihat isu lebih besar iaitu penyatuan dua parti itu, jika direalisasikan, akan membawa kebaikan bersama.
FARA FAUZANA SUDAH JADI GILA ???
KLIK DI SINI
KITA LIHAT NANTI ADAKAH PAS AKAN BERGABUNG DENGAN UMNO !!!
KISAH ANWAR PUN SUDAH TERBONGKAR !!!
UMNO INGIN BERGABUNG DEMI ISLAM DAN MELAYU !!!

No comments:
Post a Comment