Social Icons

Pages

Friday, May 06, 2011

DATUK SERI MOHD SHAFIE APDAL MENGAMUK !!!



Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah,Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal mengamuk dan menempelak Kerajaan Pas Kelantan yang tidak serius menjaga hak dan kepentingan Orang Asli terutama membabitkan isu Ladang Rakyat.Beliau juga turut kesal dengan kerajaan negeri kerana bantuan yang disalurkan kepada masyarakat pribumi itu tidak mencapai tahap yang sepatutnya.

"Kita kesal kerana Kerajaan Pas Kelantan bukan sahaja tidak membantu menaik taraf kehidupan Orang Asli malah gagal membantu mereka dalam isu Ladang Rakyat.Ia berbeza dengan Orang Asli di negeri lain.Walaupun kita sedar masih terdapat isu yang belum diselesaikan namun kita tetap memberi bantuan dalam usaha untuk meningkatkan taraf hidup masyarakat itu," katanya.



BERNAMA melaporkan Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas isu membabitkan tanah Orang Asli di Gua Musang,Kelantan selepas menghadiri Mesyuarat Penyelarasan Isu Tanah Orang Asli di Wisma Darul Iman di sini hari ini yang turut dihadiri oleh Menteri Besar Terengganu,Datuk Seri Ahmad Said.

Isu Ladang Rakyat telah membangkitkan kemarahan Orang Asli di kawasan Gua Musang apabila mereka mendakwa tanah yang diusahakan sejak sekian lama diambil oleh Kerajaan Pas Kelantan untuk dijadikan Ladang Rakyat yang diusahakan pihak swasta.ekoran tindakan membangunkan Ladang Rakyat,kementerian terpaksa menanggung kos jutaan ringgit untuk membaik pulih infrastruktur yang terjejas di kawasan terbabit.

"Kerja-kerja yang dijalankan oleh pihak swasta itu menyebabkan saliran air di kawasan tersebut pecah sehingga mengakibatkan bekalan air bersih terputus.Untuk mengelakkan penduduk Orang Asli terjejas, kita pula terpaksa menghabiskan jutaan ringgit untuk membaiki saliran tersebut, jika tidak mereka tidak mempunyai bekalan air bersih," jelasnya.

Selain itu katanya,masyarakat Orang Asli semakin berada dalam arus perdana negara apabila lebih 1,000 orang daripada mereka menjadi penjawat awam di 144 agensi kerajaan ketika ini.Beliau berkata, ia merupakan salah satu petunjuk bahawa taraf hidup dan pencapaian mereka sudah banyak berubah.

6 comments:

Laksamana Bentan said...

Salam,

Mengikut intipati ceramah ustaz-ustaz politik Pas, bahawasanya rakyat kelantan, termasuk Orag Asli, tidak mahu pembangunan bersifat kebendaan.

Rakyat Kelantan mahukan Islam..bukan jalanraya, jambatan, ladang, perumahan, pembangunan infrastruktur dan sebagainya. kerana semua itu tidak ada pada zaman Nabi Muhammad.

Mereka mengajak rakyat menolak pembangunan dan menyeru membangun bersama Islam.

Sebab itulah mereka diberi mandat memerintah selama lebih 20 tahun.

Anonymous said...

Sebab itu Kelantan kotor... .

lipas said...

sebab tu bersepah-sepah rakyat Kelantan kerja diluar Kelantan cari makan, Islam kepala hotak dia.Cari rezeki tempat org balik mengundi Pas yg kononya membangun bersama Islam, Hipokrit..hipokrit besar tahap najis!

karl_urban said...

@laksamana bentan

dulu saya pernah blejar di negara india dan sempat masuk ke kampung2 di india untuk menjalankan survey berkenaan socioeconomic status penduduk di situ..

keadaan di sana mmg 10x lagi truk dari kelantan..soklan survey kami yg teraskhir ialah ada tak penambahbaikan yg diperlukan disini..dan seriusly bukan dekat kelantan or lg specific orang islam jkat kelantan je yg konon "hanya mahukan pembangunan rohani " tapi orang kampung kat india tu pun ckp depa dah puas hati and takde nak ape2 dah..

even kiteorang masuk kampung smpai kasut penuh lecah..air pakai perigi..anjing merata2..eletrik pun takde..toilet kongsi..dapur pakai kayu api je..terbatuk2 masuk dapur depa <-- seriusly takde penambahbaikan yg depa nak?tak pelik ke..

tolong la ni bukan isu pembangunan rohani lg penting ke tak..dalam statistic dah ckp lagi ramai orang bandar g masjid n surau dari orang kampung..

masalahnye bile orang2 kampung ckp depa tak perlukan pembangunan dah, ini jelas menunjukkan mind set depa dah stuck kat ctu sbb dah chronically dah sgt hidup susah camtu smpai dah kene brainwashed yg 'its ok n nothing have to be done, we are comfortable'

and jgn lupa tu pesakit2 chronic je yg ckp camtu..mangsa2 nye remaja yg terpaksa g bandar..menrantau g kl jb melaka nak cari makan..tolong la

kalu taknk pembangunan its fine..tp jgn nak kaitkan agama dengan kemunduran ni

Anonymous said...

tengoklah org asli kat pahang semua dah moden dan ada yg pakai kete fefari...kah...kah...kah...

Anonymous said...

Hebat : Minyak dunia turun, minyak malaysia naik!
assalammualaikum

Hebat. Aku taktahu nak cakap macam dah. Negara aku mempunyai pemimpin yang unik. Mereka suka cakap terbalik. Dan mereka juga suka membuat perkara yang terbalik. Kata mereka harga minyak ron 97 ikut pasaran semasa. Kalau minyak dunia naik, maka ron 97 akan turut naik. Baiklah keratan printscreen ini membuktikan perkara yang sebaliknya

Minyak dunia turun. Malahan untuk kali keempat berturut-turut. Ini pelik. Tapi di malaysia kita membaca ia sebagai minyak dunia naik. Aik.. adakah ada bahasa baru yang aku taktahu disini? Tak silap aku pemimpin aku ada ajarkan aku begini ;



Kalau harga barang naik.. jangan sebut harga barang naik tapi sebut penyelarasan harga..

JADI Adakah ini bermaksud kalau harga minyak dunia turun, maka kerajaan akan anggap ia sebagai satu kenaikan? Hermm entahlah. Harus tunggu kata putus najib terlebih dahulu. Esok dia akan muncul di radio. Wajarkah aku tanya kan soklan neh kepada dia esok?

Disini ada bukti harga minyak dunia turun pada hari bn menaikkan harga ron 97 di malaysia.



3 April 2011 : RON 97 RM 2.70,Crude Oil adalah USD 107.65

5 April 2011 : RON 97 RM 2.70,Crude Oil adalah USD 106.42

Nampak tak kat mana point yang aku tak puas hati kalau RON97 naik harga.Kalau betul-betul ikut harga pasaran semasa mana boleh jadi ini macam beb.Ni dah melawan fitrah alam.Kena tipu hidup hidup la nampak gayanya.Adehh

Pelik betul orang Malaysia ni kan? Benda macam ni tutup mata,dekat media massa tak ada pun keluar pasal harga minyak naik,tapi bila benda benda porno,cepat saja.Adehhh.Tak lama lagi lah ertinya dunia ni.

 
 
Blogger Templates