1. Adakah Harga Petrol di Malaysia Mahal?
TIDAK.
Secara perbandingan, harga petrol (lebih dikenali sebagai ‘gasolin’ di Amerika Syarikat) di Malaysia ialah yang kedua termurah di antara 7 buah negara-negara jirannya di Asia Tenggara (sila klik untuk besarkan imej):
Negara Asia Tenggara yang mempunyai harga petrol paling mahal ialah Singapura dengan harga RM5.14 (SGD2.12) seliter bagi RON 95, manakala negara yang mempunyai harga petrol termurah ialah Brunei dengan harga RM1.28 (BND0.53) seliter bagi RON 97.
Jika harga-harga petrol negara lain tidak ditukar kepada matawang ringgit, secara perbandingan, seorang rakyat Singapura yang berpendapatan SGD2,000 sebulan perlu membayar SGD2.12 untuk seliter petrol RON 95, sedangkan seorang rakyat Malaysia yang berpendapatan RM2,000 sebulan hanya perlu membayar RM1.90 untuk kuantiti dan gred petrol yang sama.
2. Mengapa Harga Petrol di Malaysia Tidak Semurah di Brunei?
Gabungan faktor kekayaan dan saiz populasi yang kecil jika dibandingkan dengan Malaysia menyebabkan Brunei mampu memberikan subsidi lebih untuk harga petrol. Selain itu, hampir kesemua kekayaan Brunei diperolehi daripada hasil pengeluaran minyak.
Brunei ialah negara ke-6 terkaya di dunia, dan memiliki populasi yang lebih kecil daripada populasi bandar Seremban, iaitu hanya 407,000 orang.7 Malaysia pula berada di tangga ke-60 dan memiliki populasi seramai 27.57 juta orang8:
Kekayaan sesebuah negara boleh diukur melalui kadar Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada pariti kuasa beli (PKB) per kapita. KDNK (PKB) ialah nilai kesemua keluaran (barangan dan perkhidmatan) sesebuah negara dalam setahun, yang dibahagikan dengan jumlah penduduk negara tersebut. Ia adalah ukuran yang lebih digemari oleh ahli-ahli ekonomi untuk melihat kebajikan per kapita dan membandingkan keadaan hidup serta penggunaan sumber negara-negara9. Data di atas diperolehi daripada IMF (International Monetary Fund)10.
3. Mengapa Harga Petrol di Malaysia ‘Tidak Murah’ Sedangkan Malaysia Ialah Negara Pengeluar Minyak?
Malaysia bukanlah negara pengeluar minyak yang utama.
Malaysia tidakpun layak untuk menganggotai OPEC (Organization of the Petroleum Exporting Countries – Organisasi Negara-negara Pengeksport Petroleum) kerana ia lebih banyak mengimport minyak daripada mengeksportnya. Atas sebab yang sama juga, Indonesia terpaksa menarik diri daripada OPEC pada tahun 2008.11
Banyak pihak gagal atau sengaja tidak membuat perbandingan yang menyeluruh, apabila hanya membandingkan harga petrol di Malaysia dengan negara pengeluar minyak lain, tanpa membandingkan jumlah pengeluaran minyaknya. Sebagai contoh: tindakan membandingkan harga petrol di Arab Saudi, negara anggota OPEC yang mengeluarkan 10.25 juta tong minyak sehari, dengan harga petrol di Malaysia, negara bukan anggota OPEC yang hanya mengeluarkan 703,920 tong sehari, sudah tentulah tidak wajar.
Berdasarkan maklumat EIA (U.S. Energy Information Administration – Pentadbiran Maklumat Tenaga Amerika Syarikat), Malaysia sekadar menduduki tempat ke-26 dalam senarai pengeluar minyak dunia12:
Perbandingan lebih tepat wajar dilakukan dengan negara-negara yang memiliki jumlah pengeluaran minyak yang hampir sama dengan Malaysia. Jika dibandingkan dengan 10 negara lain yang mengeluarkan antara 543,000 sehingga 1.13 juta tong minyak sehari, Malaysia memiliki harga petrol ke-4 termurah (sila klik untuk besarkan imej):
Negara yang memiliki harga termurah antara 10 negara tersebut ialah Qatar yang juga merupakan anggota OPEC, diikuti oleh Oman. Kedua-dua negara ini memiliki jumlah pengeluaran minyak yang lebih besar daripada Malaysia. Negara dengan harga petrol ketiga termurah pula ialah Mesir, namun menurut IEA (International Energy Agency – Agensi Tenaga Antarabangsa), Mesir bakal menghapuskan subsidi tenaga kepada semua industri sebelum akhir tahun 2011.21
Harga petrol di Argentina pada tahun 2010 (kira-kira RM3.51 untuk Premium RON 97.5, RM2.89 untuk Super RON 96). Argentina mengeluarkan 787,180 tong minyak sehari berbanding Malaysia 703,920 tong sehari. (Gambar daripada Clarin.com)
ANDA INGIN TAHU SELANJUTNYA ???
KLIK DI SINI
KEPADA PAKATAN,TAK PERLU NAK PSYCHO RAKYAT MALAYSIA DENGAN MENGATAKAN MINYAK DI MALAYSIA LEBIH MAHAL DARI LUAR NEGARA !!!
INI ADALAH BUKTI BAHAWA MINYAK MALAYSIA LEBIH MURAH DARI NEGARA LUAR DAN SEPATUTNYA KITA BERSYUKUR !!!
ADAKAH ANDA PAKAI RON 97 ???
KALAU MACAM ITU KIRA KAYA JUGA YER PUAK-PUAK PAKATAN NI ???
12 comments:
Artikel yang bagus, namun adakah puak fuckatan boleh terima fakta ini...sorry yer mereka akan cakap ini semua propaganda UMNO/BN.
Jangan haraplah Haprakah, Roket,Suara Keldaian, Malaysiakini, Malaysia Insider, Tranungkite... akan siarkan fakta ini...penyokong mereka yg bodoh perlu diperbodohkan lagi dengan berita-berita fitnah, mencarut dan iklan-iklan yang merangsang syahwat
Artikel ni perlu disebarkan seluas-luasnya utk menjelaskan perkara sebenar kpd rakyat.
Nak tahu pasal taktik terkini Nurul Izzah ambil kredit dari usaha UMNO?
Boleh baca di sini:
http://apakecoh2.blogspot.com/
Undi PAS dapat pahala. Syukur alhamdulillah.
http://www.youtube.com/watch?v=J1_VVwlxIck&feature=player_embedded&t=225
Memang betul fakta yang diberi tetapi itu bukan alasan untuk kerajaan nak naikkan harga RON95 sebab barang lain keseluruhannya diMsia ni mahal. Harga makanan di Thailand sangat murah, harga kereta murah HondaCity kat Msia RM 113,000 kat Thai RM60,000 saje, jalan sikit sangat yang kena tol di Thai dan jalan pun cantik, rumah murah, cable tv murah, tambang bas murah. DiMsia, ikan punyalah mahal, harga ayam macam beli diLondon, Saya bukan penyokong fuckatan tapi bimbang kenaikan barang yang tak dikawal oleh kerajaan yang saya sendiri sokong.
Menteri memberi penyelesaian yang makin memberatkan rakyat tidak kreatif dan mengambil jalan mudah tanpa perlu banyak fikir. Pernah pada satu masa menteri bagitau harga air mineral lebih mahal dari harga minyak, solusinya naikkan harga minyak bukan turunkan harga mineral! Ini masa zaman Shafie Afdal dan harga minyak masih murah! Bunyi macan ekonomi Msia meningkat tapi realiti makin berat. Memanglah belum mati kebuluran tapi kemana kami rakyat yang bukan makan gaji dengan kerajaan nak mengadu?
Aku setuju ngan artikel diatas. Byk info dari dgr info PR.. Tapi dlm mase yg sama pendapat zigler tu pun betol gak.. Ekonomi baru je pulih.. Pilihan raya dah dekat.. Puasa raya pun tak lama lagi.. So jgn lah sebab minyak setong naik kita jadi gelabah.. Saya percaya Najib n geng dapat atasi masalah ini tanpa membebankan rakyat.. Masalah minyak akan bersangkot paut.. So mcm mane nak atasi sifar miskin dinegara ini kalo dok nak naikkan harga minyak.. Bak kata pepatah.. Nila setitik rosak susu sebelanga.. Harga minyak setitik rosak reputasi negara..
saya juga setuju dgn pendapat zigler, jangan nanti kerana minyak BN akan dihumban oleh rakyat jelata pada PRU-13 nanti, BN x perlu gelabah bila myk dunia naik, segala pertimbangan perlu diambil sewajarnya bagi mengelakkan beban kepada rakyat. Rakyat sudah menanggung harga kereta yang mahal walaupun kereta Proton ataupun import, jadi kenapa lagi perlu menanggung beban harga minyak pula. juga kadar tol yang mahal. harap kerajaan lebih mengutamakan hal ini untuk betul2 menterjemahkan apa itu Rakyat didahulukan. janganlah dahulukan rakyat dgn harga minyak yg mahal. terima kasih.
boleh saya nk thu jmlah petroleum yang diekport dan jumlah petroleum yang di import dari segi kuantiti dan ringgit..
sila email fakta-fakta yang menjawab soalan saya ini di yoomarul@yahoo.com
nothing to say here, cuma tuan/puan boleh membaca komen/ulasan saya dan rakan2 lain di link tersebut:-
http://andakjauhar.wordpress.com/adakah-harga-petrol-di-malaysia-mahal/
melalui kajian tak rasmi yg dilakukan oleh aku nmpknya harga barang di seluruh dunia mmg naik...jadi tak perlulah kita takut dengan isu ini kerana jika disediakan penjelasan yang tepat rakyat akan faham. harga makanan di thailand juga meningkat. dari cerita rakan yang melawat ke sana baru-baru ini mereka mengesahkan harga minyak, makanan dan ubat-ubatan agak tinggi dari sebelumnya. cumanya kereta mereka murah sbb mereka tak perlu menjaga syarikat kenderaan mereka sendiri seperti kita menjaga proton dan produa....kerajaan perlu memikirkan cara untuk selesaikan isu menjaga kereta nasional ini baru boleh turunkan cukai kenderaan import....dan rasanya dasar kerajaan yang nakkan rakyat menggunakan sekurang-kurangnya 1 kereta nasional tercapai bila cukai ada...ada pro dan kontranya....semangat kenegaraan perlu ada..
minyak mahal.. kereta mahal... sume barang pon mahal.. gaji x mahal2 jugak...... hampeh laa kerajaan.. nk bandingkan kira tong plak... bandingkan la keuntungan import export... kite export minyak mahal.. kite import minyak murah... kat situ kerajaan dah untung brapa dah... tp nak makan duit rakyat lagi... kalau banding dgn singapore mmg la minyak dorang mahal.tapi gaji dorg tinggi.. kereta kat sana murah.. tak payah nk bulan2 tanggung beban hutang bayar kete...
setuju gak dgn pndpt ajiroh.. x heran kalo harga minyak mentah di singapura mningkt sbb dorang bukn pngeluar minyak mentah.. kita ad minyak dan minyak kita antra trbaik dan ble djual x silp sy dpt dlm 80bilion.. try wat prncngn smula mgkin dpt mngurangkn hrga minyk petrol yg mkin mmbelenggu rkyt skrg ni..
KERAJAAN MELAUNGKAN SUBSIDI MENINGKAT TP HAKIKATNYER RAKYAT TERTIPU..
HARGA SBNR RON 95 = RM3.30
HARGA PASARAN RON 97 = RM 2.90
TP KERNA DISUBSIDIKAN RON 95 = RM 1.90.
BAGAIMANA RON 95 LEBIH MAHAL DARI HARGA PASARAN RON 97?
BAIK BG JE SUBSIDI KAT RON 97 LGLA MURAH..
RON 97 2.90 - 1.40(SUBSIDI + PELEPASAN CUKAI)= RM 1.50..
(RUJUK KAT SETIAP PAM STESEN MNYAK)
Post a Comment