Mursyidul Am Pas,Nik Aziz diminta bertaubat daripada terus mempertahankan Ketua Pembangkang,Anwar Ibrahim yang berdepan dengan isu moral dan dikaitkan dengan rakaman video seks.Bekas Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama Pas Pusat,Prof. Madya Mohd. Noor Deris,berkata,tindakan Nik Aziz itu jelas bercanggah dengan politik diamalkan oleh Rasulullah SAW yang diutuskan untuk menyempurnakan akhlak umat manusia.
"Nik Abdul Aziz mengaku memperjuangkan Islam tetapi membela pemimpin yang dikaitkan dengan pelbagai isu moral.Nik Abdul Aziz harus bertaubat kerana membela orang seperti Anwar.Tindak-tanduk pemimpin Pas itu semakin bertentangan dengan perjuangan Rasulullah,'' katanya.
UTUSAN melaporkan Beliau diminta mengulas tindakan Nik Aziz yang dalam ceramahnya di Kampung Setia,Kuang,menasihatkan pihak yang menabur fitnah terhadap Anwar dengan mengaitkannya dengan rakaman video seks tampil memohon maaf.Nik Aziz Juga berkata,orang yang membuat fitnah tidak akan merasa nikmat kubur apatah lagi hendak masuk syurga melainkan kena minta maaf kepada Anwar.
Beliau juga tidak menolak kredibiliti Anwar sebagai pemimpin berlandaskan syiar Islam sehingga menyebabkan kemaraan politiknya disekat oleh kepimpinan UMNO-BN.Mohd. Noor yang juga Pengerusi Biro Agama dan Ulama Majlis Veteran UMNO Kelantan dalam nada ketawa berkata,kenyataan Nik Abdul Aziz itu sangat menimbulkan tanda tanya kerana jika benar Anwar seorang pemimpin berlandaskan syiar Islam,sudah tentu beliau tidak dikaitkan dengan mana-mana kes salah laku dan seks.
Beliau sehubungan itu menyarankan supaya ulama dalam Pas membuat mufarakah terhadap kepimpinan Nik Abdul Aziz yang telah banyak mengeluarkan kenyataan mengelirukan umat Islam.
"Politik Islam adalah untuk kesejahteraan, tetapi Nik Abdul Aziz telah mempergunakannya demi kepentingan tertentu," katanya.
SEBELUM INI DAH ADA PEMIMPIN YANG SURUH NIK AZIZ BERTAUBAT !!!
KALI INI BEKAS AHLI JAWATANKUASA DEWAN ULAMA PAS PUSAT !!!
LIHAT GAMBAR DI BAWAH
KLIK UNTUK BESARKAN
ADAKAH INI BUKAN ANWAR IBRAHIM ???
No comments:
Post a Comment