Social Icons

Pages

Sunday, May 22, 2011

PAS AKAN MENGUMPULKAN 100 RIBU RAKYAT JULAI INI !!!


Sekali Lagi Negara Akan Bergelumang Dengan Air Gas Pemedih Mata kerana Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) akan menggerakkan rakyat Kononnya bagi menuntut pilihan raya bersih dan adil pada 9 Julai ini bermula jam 2 petang.Himpunan yang bertemakan "Walk For Democracy",menurut Pengerusi Badan Penggerak Mobilisasi Demokrasi PAS Mohamad Sabu akan berlansung di Kuala Lumpur dan tempat yang spesifik akan diumumkan nanti.

Mohamad Sabu berkata,perkara tersebut telah diputuskan oleh BERSIH bersama-sama lebih 60 NGO dan parti politik yang bergabung di dalamnya dalam mesyuarat bersama pada 19 Mei lalu.

"Kami bagi PAS yang duduk dalam jawatankuasa BERSIH bersetuju dengan tarikh tersebut.Kami akan mengerahkan ahli dan penyokong untuk menyertai himpunan aman itu, seperti Bersih 1.Kita berharap tidak ada gangguan tertentu daripada pihak polis (sewaktu himpunan BERSIH 2)," katanya


Katanya lagi,tujuan himpunan tersebut diadakan adalah kesinambungan empat tuntutan BERSIH dalam himpunan pertama mereka pada November 2007.Menurutnya selain empat tuntutan mereka yang tidak dilayan oleh kerajaan dalam himpunan sebelum ini, BERSIH telah menambah lagi dua tuntutan.

Dua perkara itu adalah berhubung dakwaan penyalahgunaan institusi kerajaan dalam pilihan raya sehingga rakyat tidak dapat menilai antara parti politik dan kerajaan.Satu lagi tuntutan adalah melanjutkan tempoh pilihan raya di peringkat kebangsaan dengan "tempoh yang lebih munasabah" berbanding tempoh lapan hari yang dianggap sebagai terlalu singkat.

"Kalau di Thailand, mereka mengumumkan untuk mengadakan pada bulan Julai, lebih kurang dua bulan.Jadi kita minta tempoh yang munasabah, masa sekarang terlalu singkat," katanya.

Mohamad Sabu yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat berkata pihaknya bersedia untuk membantu BERSIH untuk mengerahkan ahlinya untuk turun di seluruh negara.

"Kita yakin,PAS dapat mengerahkan lebih 100 ribu ahli Lebih besar dan aman untuk mewujudkan suasana demokrasi.Kita mahu mengelak kejadian tidak demokrasi seperti di Timur Tengah yang menjadikan jalan raya untuk menukar kerajaan.Kita tidak mahu ini berlaku di Malaysia," katanya.


Betul ker lebih Aman ??? Turut hadir dalam sidang media tersebut adalah Bendahari PAS Dr Hatta Ramli dan Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan Kamaruzzaman Mohamad.

Dr Hatta berkata butiran terperinci berhubung perhimpunan BERSIH 2 itu akan diumumkan kepada media termasuk tempat, warna tema, dan penyerahan memorandum kepada pihak tertentu.Mengulas lanjut,Dr Hatta berkata PAS yakin dapat menggerakkan rakyat dalam tempoh tujuh minggu dari tarikh himpunan berbanding BERSIH yang pertama yang mengambil masa selama enam bulan.

Ini kerana katanya,"pengalaman lama" sebelum ini mampu untuk menarik ahli dalam masa yang singkat.

"Jumlah 100 ribu dapat dicapai oleh PAS sahaja untuk menarik para penyokong.

"Himpunan di muktamar,kami akan menyedarkan ahli supaya menggerakkan kawasan masing-masing," katanya

Katanya Lagi,perhimpunan itu juga dijadikan gelanggang bagi membantah undang-undang yang dianggap zalim seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri,Akta Mesin Cetak dan Akta Rahsia Rasmi OSA.


NAMPAKNYA PAS BERSUNGGUH-SUNGGUH UNTUK MEMBUAT DEMONSTRASI JALANAN INI !!!

APA YANG MEREKA MAHUKAN SEBENARNYA ???

8 comments:

Marhaen Kacak said...

adeh..bersih la sangat....kompem trafik jem..hangin lak aku

Untuk Renungan Umat Melayu Islam : Kau Masuk Gerakan Islam Ingat Kau Dah Hebat?

Anonymous said...

bersih la dalam pakatan itu dulu br nak bersih tmpt lain,rasanya pihak polis kena awal2 bsedia utk BERSIH tu tangkap penganjur yang buat tanpa permit n menyusahkan penduduk ibukota jer nanti

Anonymous said...

Bukan Badut... BONEKA..! Boneka Dajjal Akhirzaman.

Even if We opened out to them a gate from heaven, and they were to continue (all day) ascending therein, They would only say: "Our eyes have been intoxicated: Nay, we have been bewitched by sorcery."
(Al Hijr 14-15)

Surely We have created for Hell a lot of people from among Jinn and mankind. They have hearts wherewith they do not understand, eyes wherewith they do not see, and ears wherewith they do not hear. They are like cattle. Rather, they are much more astray. They are the heedless.
(Al Araf 179)
Salah satunya adalah Kaum2 Serban Yg Menyimpang ni..! Yg sedihnya pengikut2nya, tak sedar2 dgn ketaksubannya... Penjahanam Agama dan Bangsa.
Salaam.

Anonymous said...

Untuk Renungan Umat Melayu Islam : Kau Masuk Gerakan Islam Ingat Kau Dah Hebat...

Silap tu.., Gerakan Islam tidak akan ada pendokong drp. Kafir Harbi..! Jgn kita asyik terikut2 dgn cara, pandangan dan pemikiran mereka2 tu.., Isle dia org telah mereka SELAMkan sendiri. Bukalah Kitab @ bacalah sunnah2 Rasulullah(saw).., tidak ada langsung yg macam ini... Percayalah kamu bukaklah mana2 Kitab takkan kamu menjumpai nya... melainkan kitab dia org ajelah. Saya berasa tersangat sedih bila mengenangkan segala Pengorbanan Rasulullah(saw)terhadap Ummat2 yg paling dikasihi telah dilupakan, malah ada yg berani mengeluarkan Fatwa2 mereka sendiri. Tunggu sajalah Hari Pembalasan nanti, dimana kita akan bertemu dgn Maha Pencipta utk diHisabkan... Malah pengikut2 yg Dungu2 ini akan menangis dan menyesal (Namun tiada gunanya lagi)kerana sewaktu hidup dulu.. langsung tidak mengguna AKAL dan ILMU yg dikurniakan Allah Taala(swt)kpd mereka, sebaliknya membiarkan diri mereka ditunggangi dijadikan BONEKA..!
Salaam.

Anonymous said...

adakah beruk dalam google sekali lg akan cabar rakyat utk menyertai demo bersih pada kali ini ?

Anonymous said...

Hoi kerajaan pekak dan buta!Jangan biar babi-babi ini di jalanan kerana mereka sangat menganggu kehidupan kami.Ketua Polis Negara jangan dengar kata PM,demi ketenteraman awam tangkap mereka ini sebelum ianya berlaku.Saya cabar KPN supaya letak jawatan sebagai memprotes Najib jika dia beri arahan supaya berlembut dengan pengkianat ini.

Anonymous said...

suka hati korang la nak demo ke, demon ke, asal tak menyusahkan kami pengguna jalan raya serta org awam lain yg tak nak terlibat sudah la.
jika sampai menyusahkan, alamat aku akan sumpah seranah korang smp 7 keturunan.
sekadar mengingatkan.

sejahtera39 said...

BERSEH?... APAKAH PAS BENAR2 BERSEH DALAM ERTIKATA SEBENARNYA....

BENAR2 BERSEHKAH HATI MEREKA YANG BERHIMPON INI TANPA MEMIKIRKAN KESULITAN DAN KESUKARAN KEPADA PEHAK LAIN..... BAGAIMANA DGN KEBANYAKAN RAKYAT YG TAK TERLIBAT TERGANGGU DGN PERHIMPUNAN INI DENGAN KESESAKAN JALANRAYA.... BAGAIMANA PULA DGN PENIAGA2 YG MUNGKIN TERPAKSA MENUTUP PREMIS PERNIAGAAN MEREKA KERANA BIMBANG AKAN KSELAMATAN DIRI DAN HARTA BENDA....

JADI KPD SESIAPA YG TERPENGARUH DGN DAKYAH TERSEBUT KAJILAH SEMULA... JGN NANTI KITA MENANG SORAK KAMPUNG TERGADAI...

 
 
Blogger Templates