Social Icons

Pages

Friday, May 20, 2011

PKR AKAN DIHARAMKAN ???

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEihyphenhyphenYllklVmp8IDpw_vLWtsh7gxL2Q1h2sYBn_dqwlG8_0g6h4xMMtq-S8XOzRsAtozho8kT44tSJ3SDlqrdksTssZWVTY-IXUuX9HxSXqWjSpcnDv07uQqP_sTS-uU-SaZ7lVO2zeTIXg/s400/KUBUR_PKR.jpg

PKR kini berhadapan dengan risiko kemungkinan dibatalkan pendaftarannya dan ia dipercayai berkaitan dengan pemilihan secara langsung akhir tahun lalu.

TV Selangor melaporkan parti PKR telah menerima surat berhubung pembatalan berkenaan daripada Pendaftar Pertubuhan awal bulan ini.

“Saya dimaklumkan RoS (Pendaftar Pertubuhan) sudah keluarkan surat untuk membatalkan pendaftaran, surat diterima baru-baru ini, saya tak pasti tarikhnya,” kata sumber itu.

Menurut beliau berdasarkan surat daripada Pendaftar Pertubuhan itu,PKR didakwa melanggar beberapa peruntukan perlembagaan parti tersebut, yang ditubuhkan pada April 1999.Bagaimanapun katanya,PKR mempunyai alasan kukuh yang parti itu tidak melanggar sebarang peruntukan dalam perlembagaannya.

APA ALASANNYA ???

KLIK DI SINI

PKR,yang awalnya dikenali sebagai Parti Keadilan Nasional (Keadilan) ditukar nama semasa selepas proses penggabungan empat tahun kemudian.Ia mengadakan pemilihan secara langsung peringkat pusat menggunakan kaedah satu ahli satu undi, yang turut menyaksikan pelbagai masalah dan aduan.Sejak pilihan raya umum 2008 PKR tidak kesunyian daripada kritikan daripada pesaingnya termasuk ada pihak yang menggesa Pendaftar Pertubuhan mengambil tindakan ke atas parti itu.

PKR yang menyaksikan prestasi terbaik pada pilihan raya umum itu menerusi kerjasama dengan PAS dan DAP turut berhadapan dengan tindakan beberapa wakil rakyat,di kedua-dua peringkat parlimen dan dewan undangan negeri yang berpaling tadah.

2 comments:

Reggae said...

Percayalah, depa akan kata yang ini kerja puak2 UMNO, garenti bro....

Anonymous said...

pkr makna parti keparat rakyat yang diketuai oleh seorang hipokrit,munafik yang berkebolehan dan berkepakaran menggunakan kata yang juga licin macam belut..orang begini tak patut dibiarkan kerana akan menghakis hak ketuanan melayu di tanah pusaka tercinta ini yang akhirnya menghancurkan negara..kalau didapati melanggar peraturan dan akta pertubuhan ia hendaklah dibatalkan pendaftarannya...

 
 
Blogger Templates