Social Icons

Pages

Thursday, May 19, 2011

PRO ANWAR DAN PRO ULAMA AKAN BERTEMBUNG DALAM MUKTAMAR PAS !!!

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj5wZpYqvsXO5BJ_j-zoAuFXghxdKsl2iT-zrWdVOBl4N0Md_qcwN0hU94O89hB7Dcw6LSs27Ic4_fX-jWEUSF4_qZUznrc34e8nBbZO0_TPZqw-_CUwcfkAkSEEp-1FmCy5iv0TvEsYTw/s1600/1.jpg

Percaturan pemilihan barisan kepimpinan baru Pas yang dijadual pada bulan depan akan menyaksikan pertembungan antara dua kumpulan dominan di dalam parti itu,pro-Penasihat PKR,Anwar Ibrahim dan pro kepimpinan ulama.Bekas Naib Presiden Pas,Datuk Nakhaie Ahmad berkata,pembentukan dua kumpulan sememangnya wujud di dalam Pas kerana ada beberapa pemimpin parti itu kini dilihat begitu liberal serta sealiran dengan pemikiran Anwar walaupun Ketua Pembangkang itu jelas berfahaman pluralisme.Beliau berkata,tidak dinafikan kepimpinan ulama masih wujud di dalam Pas apabila jawatan Presiden parti dipegang oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang tetapi persoalannya bagaimana pula dengan pengisian jawatan nombor dua parti dan ke bawah.

"Saya percaya ada percaturan dalam pemilihan Pas kali ini. Sudah pasti Anwar dan PKR mahukan mereka yang benar-benar sealiran dengannya memegang jawatan nombor dua dan ke bawah secara majoriti. Kumpulan ini digelar sebagai puak Erdogan.Tujuannya ialah memastikan Pas sentiasa bersama dengan PKR walau apa pun berlaku. Mengenai kedudukan Abdul Hadi itu tidak menjadi masalah kerana apa yang penting Anwar boleh meletakkan seberapa ramai pemimpin sealiran dengannya di dalam kepimpinan parti itu,'' katanya.


UTUSAN melaporkan Datuk Nakhaie Ahmad berkata demikian ketika mengulas kemenangan Abdul Hadi menerajui parti itu sekurang-kurangnya sehingga 2013 iaitu penggal kelima buatnya apabila tidak dicabar pemimpin lain pada pemilihan bulan depan.Bagaimanapun saingan untuk jawatan Timbalan Presiden pula dijangka menarik pada muktamar ke-57 parti itu bermula 3 hingga 5 Jun ini apabila enam individu disahkan layak bertanding daripada lapan yang dicalonkan.Anwar perlu menyusun barisan kepimpinan Pas yang pro kepadanya supaya Penasihat PKR itu sentiasa mendapat sokongan Pas walaupun berhadapan dengan pelbagai kontroversi sama ada berkaitan dengan pluralisme atau isu moral.

"Teorinya mudah sahaja.Jika Pas dikuasai oleh sebahagian besar puak Erdogan,apa jua keputusan akan berpihak kepada kumpulan tersebut.Katakanlah berlaku satu kontroversi kepada Anwar.Sudah tentu puak Erdogan sebulat suara akan membuat keputusan membelanya. Dalam hal ini Abdul Hadi sudah pasti tidak boleh berbuat apa-apa kerana keputusan dibuat secara majoriti,'' katanya lagi.



Bekas Setiausaha Angkatan Muda Keadilan (AMK),SD Johari Md. Yassin ketika mengulas isu sama berkata,berdasarkan maklumat dalaman daripada rakan-rakan dalam Pas,akan berlaku pertembungan hebat antara kumpulan Erdogan dan kepimpinan ulama pada pemilihan Pas kali ini.

"Cuma saya mendapat maklumat sokongan di peringkat bawah lebih menjurus kepada prokepimpinan ulama. Mungkin mereka mula menyisihkan diri daripada badi Anwar yang membuatkan sokongan rakyat kepada Pas semakin merosot.Walau apa pun, pasti akan berlaku pertembungan dua kumpulan ini pada pemilihan Jawatankuasa Pas Pusat. Puak Erdogan dikatakan sedang merancang untuk menguasai Pas dalam jangka panjang,'' katanya.

1 comment:

Anonymous said...

Semasa Dia (Anwar) dalam UMNO dia rosakkan UMNO sehingga pecah belah. Sekarang dah rosakkan sebahagian daripada PAS dan hasrat dia nak rosakkan PAS secara keseluruhan. Dia tak penting untuk kebaikan Islam dan bangsa Melayu tetapi apa yang penting dia dapat melepaskan dendam dan hasad dengki serta iri hatinya.Orang seperti perlu dijauhi atau kita kena usaha supaya orang jauh daripadanya. Melalui surah al-Munafiqun ayat 4 Allah ada menyebut sifat orang seperti ini iaitu mafhumnya : " Apabila kamu melihatnya kamu merasa kagum dengan tubuh badannya (gaya dan lagaknya)dan sekiranya mereka berkata-kata(sama berceramah atau berpidato) kamu akan mendengar dan terpegun dengan kata-katanya, sebenarnya mereka itu adalah seperti kayu kering yang tersandar(tiada faedah hanya tunggu reput atau dijadikan bahan bakaran), mereka mengira setiap teriakan keras adalah ditujukan kepada mereka (kerana takut dan gerun kepadanya),mereka sebenarnya adalah musuh (kepada agama Islam dan masyarakat, berwaspadalah dengan mereka, Allah telah membinasakan mereka (dengan sikap dan perangai mereka), bagaimana mungkin mereka dapat berpaling (insaf dan bertaubat)."

 
 
Blogger Templates