Social Icons

Pages

Thursday, June 16, 2011

AMINAH ABDULLAH MENYAMAN MUSLIMAH PAS DAN WANITA PKR ???


Bekas ketua Wanita PKR Pulau Pinang Aminah Abdullah memfailkan saman fitnah berjumlah RM6 juta terhadap lima individu dan PAS berhubung kenyataan berbaur fitnah terhadapnya yang disiarkan dalam akhbar Harakah edisi 20-22 Mei 2011.Beliau memfailkan saman itu melalui firma guaman Ambar & Azah di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang.

Beliau menamakan Ketua Wanita PKR Pulau Pinang Norhayati Jaafar sebagai defendan pertama,Timbalan Ketua PKR Cabang Jelutung Jab Samad (defendan kedua),Setiausaha PKR Cabang Jelutong Anuar Kamaruddin (defendan ketiga), wartawan Harakah Mohd Sabri Said (defendan keempat), Ketua Pengarang Harakah Ahmad Lutfi Othman (defendan kelima) dan PAS (defendan keenam).

Laporan BERNAMA Online berkata menurut pernyataan tuntutannya,plaintif mendakwa pada sekitar 20-21 Mei lepas defendan pertama,kedua dan ketiga telah bersama-sama melalui sidang media di Galeri Pejuang,Cheruk Tok Kun,Bukit Mertajam dengan niat jahat mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah,kecaman berbentuk peribadi serta tuduhan tidak berasas bertujuan mengaib, menjatuh maruah, nama baik dan reputasinya.

Defendan keempat kemudiannya dengan niat jahat melaporkan kenyataan berkenaan dalam artikel bertajuk “Kenyataan Aminah Bertentangan Syariat” yang disiarkan dalam akhbar Harakah ruangan Fokus di muka surat N18, Koridor Pakatan Rakyat Edisi 20-22 Mei 2011.

Defendan kelima selaku Ketua Pengarang akhbar Harakah telah membenarkan defendan keempat untuk melaporkan kenyataan itu dan defendan keenam selaku pemilik akhbar berkenaan telah menyiarkan keseluruhan kenyataan berkenaan.

Aminah dalam pernyataan tuntutan itu mendakwa laporan akhbar itu antara lain memberi maksud bahawa plaintif adalah seorang yang jahil agama dan tiada sebarang pengetahuan syariat Islam, menerima umpan kebendaan daripada Umno termasuk dituduh menggesa Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bercerai dengan suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Plaintif menuntut ganti rugi am untuk fitnah slander (pernyataan fitnah dengan kata-kata atau gerak isyarat, bukan dalam bentuk kekal) sebanyak RM1 juta setiap seorang daripada defendan pertama, kedua dan ketiga.Plaintif turut menuntut ganti rugi am untuk fitnah libel (pernyatan fitnah dalam bentuk kekal seperti tulisan, gambar ataupun filem) sebanyak RM1 juta setiap seorang daripada defendan keempat,kelima dan keenam.

5 comments:

As Shabab Batu Pahat said...

salam tuan....sy nk kn kepastian mengenai himpunan bersih itu dikatakan haram...???dan sy nk menanya apa kah hukum bagi seseorg pemimpin yang zalim dan makan hak rakyat...adakah sunat makan hak rakyat..???tidak amanah???ape pula hukum nya..???

Anonymous said...

As shabab batu pahat....

salah tempat nak tanye nie...saya cadangkan cube tanye nik ajis ker hadi bawang ker....mana tau kot2 ader fatwa baru yg bleh di kuarkn....ahahahhaha....dan kalo bleh jgnla nak guna nama RAKYAT tu..ko rase sume rakyat kt malaysia nie x brape nak bijak ker dok menjujung pemimpin pemburit tu...

Anonymous said...

Nak kepastian himpunan bersih tu ok gak , nak kepastian zalim dan makan hak rakyat tu , memang leh tanya kat Tok Nik , supaya satu fatwa akan dikeluarkan untuk menghalalkan apa je yang boleh begi keuntungan kepadanya . " Faktwa nya , klu BN zalim dan makan hak rakyat memang haram , tapi kalu PAS dapat semua leh halal , kerana dia adalah TUHAN kepada ahli ahli PAS ,Dia leh tentukan rakyat masuk syurga atau tak.

Anonymous said...

sdr As Shahbab...pemimpin yang zalim makan hak rakyat, tidak amanah. Sdr saya pun rakyat dan tak rasa dizalimi pun..beribu pemimpin di Malaysia ni..siapa yang zalim dan tidak amanah,kalau ada bukti buat report...BERSIH memang patut diharamkan pun..menyusahkan orang ramai..

Anonymous said...

elok juga as sabab tanya kat sini.bg saja jawapan mungkin dia boleh terima.
aku rasakan mungkin dia pon dah tak confiden dengan nikki ajis punya fatwa.sekejap fatwa ni sekejap fatwa lain....
kalau nak juga jawapan nya aku boleh bg.tp hang kena jawap dulu soalan aku???

apa hukumnya jika seorang islam yang dirasakan tinggi ilmunya dengan agama tetapi hampeh dlm memberikan prasarana yang baik untuk rakyat dan mengeluarkan fatwa2 yang mengelirukan???/
tolong jawap wahai anon 2:38pm

 
 
Blogger Templates