Anwar Ibrahim wajib meletakkan segala jawatannya selepas dua pakar dari Amerika Syarikat (AS) mengesahkan lelaki dalam klip video seks yang ditayangkan oleh trio Datuk ‘T’ menyerupai Anwar Ibrahim.Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu,Datuk Zulkifli Noordin berkata,pakar dari AS itu juga mengesahkan rakaman video seks terbabit adalah tulen dan tidak ada sebarang ‘tampering’ (diubah-ubah) serta ‘superimpose’ (imej ditindih).
Menurut beliau,bukan itu sahaja,kamera litar tertutup (CCTV) hotel turut membuktikan Anwar dan ahli perniagaan,Datuk Shazryl Eskay Abdullah berada di lobi hotel tersebut ketika tarikh rakaman klip berlaku.
“Dia wajib letak jawatan.Semua jawatan.Tiada dolak-dalih,tiada putar-belit dan tiada bohong lagi.Semuanya sudah jelas.Letaklah semua jawatan politik,kerajaan dan lain-lain.Letaklah jawatan sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh,letaklah jawatan sebagai Ketua Pembangkang,letaklah jawatan sebagai Ketua Umum dan Penasihat PKR serta letaklah jawatan Penasihat Ekonomi Selangor.Hentikanlah sandiwara dan lakonan jijik serta kotor ini. Hentikanlah mengheret dan memperkudakan para ulama terutama dari Pas. Ringkasnya, pergilah bertaubat.Cucilah diri,” katanya dalam entri terbaru di Blog Beliau.
KLIK DI SINI
Mengulas lanjut,Datuk Zulkifli Noordin berkata, selain pengesahan pakar dan bukti daripada CCTV, kelibat Shazryl Eskay turut muncul dalam klip video tersebut.
“Klip video berkenaan juga mengesahkan terdapat tiga watak di dalamnya iaitu seorang lelaki (Datuk Shazryl Eskay Abdullah),seorang lelaki dikenal pasti sebagai Anwar dan seorang wanita berbangsa Cina.Perlu saya tekankan di sini,kita tidak menuduh Anwar berzina dengan wanita itu.Itu persoalan yang perlu dibuktikan di Mahkamah Syariah berdasarkan beban pembuktian yang ditetapkan syarak.Apa yang penting di sini ialah video tersebut membuktikan Anwar Ibrahim tidak layak menjadi pemimpin,apatah lagi menjadi Perdana Menteri sebuah negara umat Islam,” tegas beliau.
Katanya,dalam beberapa kejadian yang berlaku di AS,Turki dan Indonesia sebelum ini,sudah ramai golongan pemimpin dan ahli politik bertindak meletak jawatan ekoran terlibat dengan ‘jenayah’ lucah.
“Tetapi di Malaysia,setelah dipanggil membela diri kerana meliwat Mohd. Saiful Bukhari Azlan,dengan pembuktian asid deoksiribonukleik (DNA) yang jelas dan dengan klip video yang disahkan tulen,Anwar bukan sahaja tidak mahu meletak jawatan,bahkan menyalahkan kerajaan dan semua orang lain atas kegiatan tidak bermoral beliau itu.Kadang-kadang, bila tengok rentetan peristiwa di luar negara, orang kafir pun lebih tinggi maruah dan nilai diri serta prinsip mereka,” ujarnya.
Datuk Zulkifli Noordin kemudiannya menggesa rakyat supaya berhati-hati ekoran sumber dalaman PKR memaklumkannya bahawa terdapat perancangan untuk membuat satu klip video palsu atau mengubah suai klip video yang ditayangkan Shazryl Eskay sehingga menimbulkan keraguan.
“Video palsu itu akan dicetak dengan banyak dan ditaburkan kepada rakyat.Kaum-kaum durjana ini kemudian akan membuat laporan polis mendakwa UMNO,Barisan Nasional dan kerajaan bertanggungjawab kononnya menyebar klip video itu,” tambahnya.
INILAH ANUUUUGERAH TUHAN !!!
DAH BUAT TAPI TAK MENGAKU !!!
NAK KEJAR SANGAT JADI PM !!!
LETAKLAH JAWATAN,TAK PERLU LAGI BERDALIH-DALIH ANWAR IBRAHIM !!!
DAH SAH MUKA TU DALAM VIDEO !!!
APA LAGI YANG ANDA NAK ???
3 comments:
lepas melayu doll, cina doll kemudian india doll dan akhir sekali sapa sapa doll. kemudian baru kita letak jawatan
Cerita sebenar penahanan anggota PSM di Penang...
REMAND ORDER FOR 30 PEOPLE IN PENANG
1. The PDRM is seeking a remand order for 30 people to facilitate investigation into alleged involvement into reviving subversive elements. The people have been remanded under Section 122 of the Penal Code for “waging the war against the Yang Di Pertuan Agong.”
2. The group, travelling on the bus, was arrested at a roadblock near Kepala Batas, Seberang Perai Utara, on 25 June 2011.
3. According to the police, they found printed materials and T-shirts bearing the images of former CMP leaders including Chin Peng, Abdullah CD and Rashid Maidin.
4. Police believe that this could be part of a larger scheme of thing by certain groups to destabilize the nation.
5. The police have reason to believe that these findings by the police have raised their concerns that the July 9 illegal gathering may have been infiltrated by subversive elements out to create chaos and disorder.
6. The police has reasonable ground to believe that these group of people has engage in activities detrimental to national security and enhance they been remanded under Section 122 to facilitate police investigations.
-Semua rakyat Malaysia perlu tau cerita sebenar. Harap blogger patriotik boleh buat posting mengenainya segera.
Saya ingin ingatkan YB Datuk Zul, Ezam dan sesiapa saja tak kira pemimpin BN, UMNO, NGO dan sebagainya tak perlulah nak cabar2 si anwar bacul ni. Buang masa aje. Sudah pasti tidak akan bersahut punya. Sebab dia tahu kalau dia sahut semua cabaran pasti dia kantoi. Imbas balik berapa cabaran yang telah dibuat antaranya Saiful sumpah laknat, cabar serah DNA, cabar serah jam omega, cabar sumpah laknat tak berlakon video porno semuanya tak bersahut. Jadi janganlah cabar2 lagi..si bacul ni takkan respon punya..
Post a Comment