Social Icons

Pages

Tuesday, June 14, 2011

HANYA KAKI AMPU DAN 'PAK TURUT' DAP SELAMAT ???


Hanya pemimpin yang kaki mengampu dan 'pak turut' kepada DAP sahaja akan selamat dalam Pas kerana golongan 'Anwarinas' tidak teragak-agak untuk menyingkirkan mereka yang berani berkata tidak.Buktinya,Datuk Dr. Hasan Mohamed Ali yang berani menyanggah tindak-tanduk pemimpin DAP dalam isu penjualan arak di kedai serbaneka 24 jam di Shah Alam,dipecat daripada jawatan Pesuruhjaya Pas Selangor.

UTUSAN melaporkan Ketua Penerangan UMNO Selangor,Abdul Shukor Idrus berkata,turut menerima nasib sama ialah bekas Pesuruhjaya Pas Terengganu,Datuk Harun Taib yang lantang mempertahan kepimpinan ulama-sesuatu yang tidak disenangi oleh DAP dan Anwar.

"Nampaknya setelah Pas dicengkam golongan 'Anwarinas',parti itu sudah tidak ada pilihan selain akur dengan percaturan DAP.Pas kini akur kepada kehendak DAP serta Parti Keadilan Rakyat (PKR) apabila menyingkir Hasan dan Harun.Penyingkiran dua pemimpin lantang ini juga membuktikan bahawa DAP dan PKR secara tersusun telah berjaya menendang golongan ulama daripada parti itu," katanya.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgHM2UqoiF2oeYCgt81RH6SR7V3DVxdjJFHW1xZHfa1NjQZRT9KxucCpIfJyGgOKrhcHkhSMDJqNn-cInaGGYhPuyJDU-PnY5sU0W-ZAt35fpFTEVR19NfHnOjFWBeSu1wbBFfzuq7Fj7oq/s400/Hassan+Ali+Pas.jpg

Di Selangor,Datuk Dr. Hasan Mohamed Ali merupakan satu-satunya Exco yang berani mempertahan pelantikan Datuk Mohammed Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri walaupun ia tidak disenangi pemimpin pembangkang lain.

Datuk Harun Taib pula sentiasa konsisten mempertahankan kepimpinan ulama dan pada muktamar parti berkenaan baru-baru ini, Ketua Dewan Ulama Pas itu memberi ingatan kepada pucuk pimpinan parti agar tidak tunduk kepada DAP dan PKR.


Abdul Shukor Idrus berkata,beliau sebenarnya tidak terkejut dengan penyingkiran dua tokoh Pas tersebut kerana memang sudah menjangka perkara itu akan berlaku selepas kepimpinan ulama 'digulingkan'.

"Ini bukti betapa Pas sanggup melutut kepada DAP berbanding mempertahankan pemimpin mereka yang bukan sahaja bertaraf Exco tetapi dipilih oleh perwakilan pada muktamar parti itu baru-baru ini selaku Ahli Jawatankuasa Pas Pusat," katanya.

1 comment:

Anonymous said...

SUME KOMEN EN3 NI DATANG DR UMNO MUSUH UTAMA PAS..TENTU LAH PENUH DENGAN HASAD DENGKI DAN BENDA BURUK SAJA LA YG KELUAR...TAK KAN UMNO NAK PUJI PAS LAK...

YG UMNO SEBOK2 DGN BARISAN KABINET BARU PAS NI AP HAL?

NAMPAK SGT UMNO MENGELABAH DGN KETULENAN JIWA DAN HEBATNYA ORG2 BARU NI...TAK MUDAH DICUCUK HIDUNG OLH UMNO...

NAMPAKNYA TAK DE PELUANG LA UMNO NAK JAJA KERAJAAN PERPADUAN LG..ROSAK LAH PELAN UMNO...

TERPAKSA BERHADAPAN DGNORG BESI PAS... PADAN MUKA!!!

AYUH PAS...BANGUN...GASAK UMNO!!! PEGI MAMPOS SAMA UMNO!!!

 
 
Blogger Templates