Social Icons

Pages

Monday, June 06, 2011

HARON DIN MEMPERTAHANKAN UTUSAN !!!


Ketika Utusan Malaysia diserang kiri dan kanan sepanjang muktamar Pas,muncul Datuk Dr. Haron Din menentang arus apabila beliau mempertahankan akhbar itu yang difitnah akhbar Suara Keadilan.Timbalan Mursyidul Am Pas itu berkata,Suara Keadilan sengaja memutar-belit kenyataannya bagi memburuk-burukkan Utusan Malaysia dengan menuduh kononnya,beliau mengeluarkan fatwa haram membaca akhbar berbahasa Melayu paling berpengaruh itu.

“Akhbar ini (Suara Keadilan) telah menyiarkan berita muka hadapan ‘Membaca Utusan Malaysia haram: Haron Din’. Bila keluar begitu, memanglah pihak Utusan tidak senang dan apabila mereka menghubungi,saya kata tidak.Tidak mungkin semudah itu bagi saya untuk mengeluarkan fatwa bahawa membaca Utusan haram. Akhirnya Utusan tanya adakah saya bercadang nak saman (Suara Keadilan) dan saya kata sedang dalam fikiran.Kemudian bertalu-talu telefon daripada Suara Keadilan, mereka minta maaf kerana silap lapor dan kemudiannya betulkan balik bahawa saya tidak pernah berkata demikian,” katanya semasa menyampaikan ucapan pengulungan sempena Muktamar Pas Ke-57 Semalam.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhvyKKR5i4e076Qxkyr-5alEYqHTsCAbvAkjEF-lwKg2auXtKZibjY2U0_arHrAtW6WxGhNPKb8sYvkpE1jCCvHAwdRk2xYCriGYIvi5qSNhJ6Zy__ZHyH-eB24umHLutV1SPKUk6nEkE9b/s1600/PAS-440.jpg

Pada 26 April lalu,Suara Keadilan memutar-belit kenyataan Haron dengan melaporkan kononnya hukum membaca Utusan Malaysia adalah haram dengan alasan ia menyebarkan fitnah.Sementara itu,menyentuh mengenai cadangan Timbalan Presiden Pas,Mohamad Sabu agar Majlis Syuara Ulama Pas diberi kuasa audit bagi menilai setiap pemimpin parti itu, Haron berkata,beliau menyambut baik cadangan tersebut.

Katanya,inilah kali pertama satu syor yang jelas disuarakan oleh pucuk pimpinan mengenai bagaimana hendak memperkasakan Dewan Ulama kerana sebelum ini para perwakilan hanya memberi pengharapan dan bukan cadangan.

“Sepanjang ini hanya perkataan itulah yang kita dengar,perkasakan Majlis Syura Ulama tetapi jarang kita dengar apakah cadangan daripada ahli, apa lagi yang perlu dibuat Majlis Syura ulama melainkan yang kita baru dengar sekejap ini,” jelasnya.

3 comments:

Anonymous said...

Syabas saudara Mohd Sabu kerana ingin mengaudit setiap pemimpin PAS.Oleh yang demikian elok benarlah sekiranya diaudit Nik Aziz dan pemimpin2 PAS yang lain yang suka mendoakan kecelakaan terhadap orang2 UMNO dan Islam lain yang cenderong menyokong parti keramat itu. Islam amat melarang orang2 seperti ini yang suka memecah belahkan perpaduan sesama Islam.Nik Aziz juga suka berbaik2 dengan khafir Harbi iaitu DAP yang terang2 menentang ISLAM.

Anonymous said...

audit juga salahlaku moral termasuklah berkhalawat yang tiada tindakan apa-apa

Anonymous said...

kah kah kah Mat Sabu buat lawak!!! Kalau Haron Din yang kata macam tu okey le!! Ini Mat Sabu yang pernah terjebak masalah berkhalwat..dah lupa ke Mat Sabu???

Lawak Mat Sabu he he he he

 
 
Blogger Templates