Social Icons

Pages

Sunday, June 05, 2011

ISU PILIHANRAYA ADALAH TAJUK UTAMA PERWAKILAN !!!


Isu pilihan raya terus mendominasi perbahasan para perwakilan sebaik PAS mengumumkan barisan kabinet pilihan raya semalam.Malah,perwakilan dengan agresif turut menuntut supaya parti itu mengambil alih kerusi yang sebelum ini ditandingi rakannya dalam Pakatan Rakyat.

Contohnya Wakil Terengganu, M Sukriman Samsuddin.Beliau berkata,nisbah pengagihan kerusi di negeri itu perlu dilihat dengan lebih objektif mengikut kekuatan parti masing-masing.Katanya,negeri berkenaan mempunyai 32 kerusi DUN dan sebanyak lapan kerusi parlimen.Namun,jumlah undi yang diraih oleh calon PKR bagi salah satu kerusi parlimen itu lebih rendah daripada jumlah undi yang yang diperolehi PAS di dalam empat DUN yang digabungkan.kehilangan pengundi antara 30 hingga 40 peratus itu menunjukkan sentimen di kalangan pengundi atas pagar.

"(Masalahnya) bukan calon PAS tetapi pengundi atas pagar yang tidak tunjukkan sokongan kepada calon yang bukan dari PAS," katanya lagi.

Dana khas RM10 juta

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhvyKKR5i4e076Qxkyr-5alEYqHTsCAbvAkjEF-lwKg2auXtKZibjY2U0_arHrAtW6WxGhNPKb8sYvkpE1jCCvHAwdRk2xYCriGYIvi5qSNhJ6Zy__ZHyH-eB24umHLutV1SPKUk6nEkE9b/s1600/PAS-440.jpg

Sementara itu,seorang lagi perwakilan Hu Pang Chaw berkata,parti itu kini perlu mengumpulkan dana khas sebanyak RM10 juta.Dana berkenaan perlu diwujudkan bagi mengadakan program untuk menarik pengundi, kata Hu yang juga ketua dewan himpunan PAS.

"Kewangan ini untuk tarik the best brain untuk berkhidmat dalam parti.Kereta tak ada minyak tak boleh jalan.Kalau dia (pemimpin baru) tak boleh kumpul, kita pilih orang lain," katanya lagi secara berseloroh.

Selain itu,parti itu juga perlu mewujudkan satu pusat kajian bagi mendalami sentimen dan pemikiran golongan bukan Melayu untuk lebih memahami masyarakat berkenaan.

"(PAS perlu menjadi) parti yang mampu mendekati masyarakat majmuk di negara ini," katanya.

Langkah berkenaan juga merupakan satu agenda penting yang perlu dijalankan PAS bagi membolehkan ia menerima sokongan lebih luas dalam pilihan raya umum akan datang.

Wayne - Find me on Bloggers.com

4 comments:

Anonymous said...

Alhamdulillah. Tahniah kepada barisan “Dai’e Rijalullah”- pucuk pimpinan PAS yang baru!

Tahniah. Abang Mat Sabu - TP PAS = “Amirul Jihad PAS” @ "Panglima Jihad Gempur Firaun UMNO" yang baru.- TP PAS perlu tegas, istiqamah, gigih & agresif sebagai “dai’e ilallah” yang mesra rakyat, jangan lembab dan lembik lagi ....... terutama berdepan politik kotor, rasuah, jijik, lucah & ganas UMNO.

Lawan tetap lawan - Peperangan alam maya terhadap para penjilat tegar UMNO yang pelahat habuan "subsidi" dan “rasuah" duit panas Umno/BN. Lawan ahli munkar dan ahli fasik UMNO adalah jihad fisabilillah.

Jangan ada seorang pun dari pucuk pimpinan baru PAS selepas ini yang "belot" mengkhianati amanah rakyat dengan “U-turn” menjilat UMNO sekadar terpesona dengan tawaran manis "asobiyyah jahiliyyah UMNO" dan hajat duniawi peribadi!.

Kita semua – sama ada ulamak, professional, korporat, pegawai awam, pekerja swasta, hartawan, rakyat marhein - adalah “Dai’e/ Aktivis Islami” masakini hendaklah langsaikan "hutang" lama para pejuang terdahulu untuk lenyapkan kebongkakan & kedurjanaan UMNO dibumi Malaysia ini!

Anonymous said...

Aku kesian kat anon 9.56 kat atas. KESIAAAANNNNNN!!!

Anonymous said...

Sap a yg sokong Pas adakah kafir....sap a kata?..a manat haji hadi.....loses dulu kafir...tapi Semarang ok...sebab Pas sudah memilih ulam ma yg bertukar tukar hokum ikut politik...umno dah lama berkata Islam lebih pentingkan kebajikan Dan kesejahteraan rakyat....tapi pas baru sedar...kesiannya....itupun seder sebab dap laknatuallah ugut tak nak cium mullet pas kalau masih nak tegakkan Negara Islam....erm...apa yg nak tukar umno...zalim apa...yg anak anak pas banian pemimpin pas sekarang semi dapat nikmat dari umno....berapa masjid baru yg pkr..pas bina....zalim apa? Turduh berdasarkan fakta bukan dengar apa anwar or mat sabu cakap....

Anonymous said...

TAHNIAH MAT SABUN, TAHNIAH ANOM 9.56. JANGAN LUPA HADIR SUNAT MANDI TOBAT LAHOM DENGAN AIR FRU YANG AKAN DIANJURKAN OLIH MAT SABUN SEMASA KES SODOMI 11 BERLANSUNG. TAKE A BEER.

 
 
Blogger Templates