Social Icons

Pages

Sunday, June 05, 2011

KENYATAAN TERBARU POLIS BERKENAAN DENGAN AGAMA KRISTIAN !!!


Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Ayub Yaakob berkata pihaknya sedang menungggu arahan dari Bukit Aman untuk tindakan selanjutnya.Laporan siasatan sekumpulan paderi yang didakwa sedang berkonspirasi bagi menubuhkan sebuah negara Kristian dan menjadikannya sebagai agama rasmi persekutuan telah diserahkan ke Bukit Aman.

“Pada tahap kami,kami dah hantar laporan ke Bukit Aman.Tunggu arahan.Kalau Bukit Aman rasa matlumat cukup,laporan akan dihantar ke AG (Peguam Negara),” katanya.

MALAYSIAKINI melaporkan menurut Datuk Ayub Yaakob polis masih menunggu lebih ramai saksi untuk tampil membantu siasatan yang dimulakan selepas akhbar Utusan Malaysia pada 7 Mei lalu mendedahkan kemungkinan sekumpulan paderi sedang berkonspirasi bagi menubuhkan negara Kristian pada tajuk utamanya.Ditanya mengenai jumlah saksi yang telah disoal,Ayub berkata maklumat itu dan banyak lagi adalah sulit dan tidak boleh didedahkan buat masa ini.

Bagaimanapun laporan media sebelum ini menyebut polis telah menyoal penulis blog Zakhir Mohamed yng menggunakan nama samaran Big Dog yang pertama kali membuat pendedahan itu.Turut disiasat adalah lapan paderi Kristian,ahli parlimen Jelutong MP Jeff Ooi,ahli majlis perbandaran Pulau Pinang Ong Ah Teong dan seorang anggota DAP Mohamed Razali Abdul Rahman, yang menghadiri majlis makan malam yang dianjurkan oleh kumpulan Kristian itu.

Di sebalik bidasan pelbagai pihak,Utusan Malaysia yang memetik sumber daripada penulis blog itu hanya ditegur dan tidak dikenakan sebarang tindakan.Mengulas perkara itu,Datuk Ayub Yaakob berkata beliau mahu kes ini diselesaikan secepat mungkin kerana ia telah menimbulkan kegusaran di seluruh negara dan dengan tidak kurang 20 laporan polis dibuat terhadap DAP dan paderi berkenaan.

Ditanya mengenai ugutan presiden kumpulan pendesak Melayu,PERKASA Datuk Ibrahim Ali yang mahu melancarkan perang salib ke atas masyarakat Kristian,Datuk Ayub Yaakob berkata polis tidak mahu isu ini diperpanjangkan.

“Kami hanya nak tahu perkara sebenar.Kami tak mahu perkara ini dipanjangkan. Bila dipanjangkan akan menjadi isu yang lebih besar, walau pun isunya mungkin peribadi.Inilah yang berlaku di media dan blog-blog,” katanya

Wayne - Find me on Bloggers.com

No comments:

 
 
Blogger Templates