Social Icons

Pages

Monday, June 13, 2011

KENYATAAN TERBARU POLIS BERKENAAN DENGAN AL-ARQAM !!!


Polis sedang memantau pergerakan kumpulan Al-Arqam yang dipercayai masih aktif di negara ini walaupun bekas pemimpinnya, Ashaari Muhammad telah meninggal dunia, Mei tahun lalu.Menurut sumber,pergerakan kumpulan itu tidak pernah berhenti, sebaliknya hanya menukar nama organisasi mereka.

"Al-Arqam hanya mengubah nama untuk mengelirukan masyarakat serta pihak berkuasa, tetapi sebenarnya tetap meneruskan objektif pergerakan mereka.Oleh itu,kita kini pantau pergerakan kumpulan terbabit sebagaimana kegiatan lain berbentuk pemesongan agama dan akidah umat Islam," katanya.


Beliau diminta mengulas satu rakaman wawancara bersama isteri Ashaari,Khatijah Aam atau lebih dikenali sebagai Ummu Jah di dalam laman sosial,YouTube di Mekah,Mac lalu,yang mendakwa suaminya itu tidak mati sebaliknya ghaib.Menurut Ummu Jah, Ashaari akan bergabung dengan Rasulullah SAW dan Imam Mahdi tidak lama lagi bagi menggerakkan aktiviti dan program kumpulan tersebut.Ummu Jah turut mendakwa Rasulullah SAW telah muncul dan berdialog,serta memberi arahan kepadanya dalam bentuk cahaya.

ANDA NAK LIHAT VIDEO ITU ???

KLIK DI SINI

UNTUK SELANJUTNYA

KLIK DI SINI

No comments:

 
 
Blogger Templates