Peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim,Karpal Singh berkata Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah bersifat berat sebelah apabila beliau berkata keterangan pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan sebagai boleh dipercayai dan diterima sebagai kebenaran kerana saksi berkenaan seorang yang "berwibawa.".Sehubungan itu,pihaknya menfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi untuk melucutkan Hakim Zabidin daripada terus mendengar perbicaraan itu.Menurut Karpal,Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah seolah-olah sudah membuat keputusan mensabitkan Anwar di atas tuduhan liwat apabila menerima segala keterangan saksi pendakwaraya termasuk pengadu Saiful Bukhari sebagai benar tanpa mendengar pembelaan Anwar.
“Hakim telah salah-arahkan dirinya dalam menafsir perkataan prima facie. Beliau telah pun membuat keputusan penuh menerima keterangan Saiful sebagai sesuatu yang benar tanpa mendengar pembelaan Anwar terlebih dahulu,” kata Karpal.
Rumusan konklusif
Pada 16 Mei lalu,Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah mengarahkan Anwar supaya membela diri terhadap tuduhan liwat oleh Saiful itu namun menurut Karpal,Anwar tidak berupaya mendapat perbicaraan adil sebagaimana yang terjamin di bawah Perkara 5(1) Perlembagaan Persekutuan.
“Apabila hakim mengambil pendirian sedemikian,apa lagi ruang yang tinggal untuk pihak yang membela diri?.Pada peringkat ini, hakim tidak harus membuat rumusan yang konklusif,” katanya.
Karpal menegaskan tindakan Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah kononnya bercanggah dengan prinsip keadilan. Justeru pihaknya memohon supaya Zabidin menarik diri dan digantikan dengan hakim yang lain.Dalam permohonan yang difailkan,Anwar berkata Zabidin tidak boleh membuat rumusan bahawa keterangan saksi-saksi pendakwaraya termasuk Saiful adalah benar tanpa mendengar daripada pihak pembela.
“Hakim telah membuat satu penemuan konklusif, (malah) memutuskan pendakwaraya telah membuktikan kesnya tanpa keraguan mengenai kesalahan tertuduh. Ini menjadikan seksyen 182A(1) Kanun Acara Jenayah sia-sia,” tambah Anwar.
Peruntukan itu mewajibkan hakim untuk membuat keputusan muktamad hanya setelah mendengar kes pendakwaraya dan pembela,” kata Anwar.
“Sekiranya perbicaraan saya disambung oleh Datuk Zabidin, saya percaya saya tidak akan menerima satu perbicaraan yang adil,” tambah Anwar.
MALAYSIAKINI melaporkan Bulan lalu,hakim memutuskan pihak pendakwaan berjaya membuktikan ada kes prima facie terhadap Anwar dan mengarahkan tertuduh mempertahankan dirinya.Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah juga berkata,beliau mendapati bahawa keterangan pengadu Mohd Saiful sebagai boleh dipercayai dan diterima sebagai kebenaran kerana saksi berkenaan seorang yang "berwibawa."
Minum kopi,Makan karipap
Antara lain Saiful memberi keterangan bahawa beliau secara paksa diliwat tetapi sempat minum kopi dan makan karipap sebelum meninggalkan bangunan kondomium berkenaan.Beliau juga hadir kerja seperti biasa pada keesokan hari nya dan hanya membuat laporan polis dua hari selepas kejadian itu di dakwa berlaku.Ini percubaan kali ketiga Anwar untuk melucutkan Zabidin sebagai hakim yang mendengar kes itu.
Permohonan pertama dibuat pada Februari tahun lalu apabila Zabidin tidak memberikan amaran kepada akhbar milik Umno, Utusan Malaysia atas dakwaan menghina mahkamah.Satu lagi difailkan pada November lalu berikutan amaran hakim itu yang cuba mengugut peguam utama Karpal Singh dengan tindakan menghina mahkamah.Kedua-dua permohonan itu ditolak.
KARPAL SINGH DAH MULA SPIN !!!
MASA DI PARLIMEN PERCAYA YANG ANWAR IBRAHIM MELIWAT SAIFUL !!!
SEKARANG SPIN PULA !!!
UNTUK DUIT KARPAL LAKUKAN APA SAJA DEMI ANWAR IBRAHIM !!!
3 comments:
salam ..tlg add blog saya http://theoutsider81.blogspot.com. saya dh add blog tuan
Poodahh...Karpal Singh yg terkenal dgn putar alam dan lidah bercabangnya. Tak dapat keadilan konon...yg tertangguh dekat 3 tahun tu tak dapat keadilan lagi ke...Come on le Karpal Spin...dont talk nuts le...
Kepada DSAI...jgn jadi ulaq le...main pandai bila kantoi kecut... kami kenal le sapa hang....
karpal mahu keadilan untuk Anuar tapi bagaimana dengan Saiful, Saiful mahu keadilan untuknya. Kedua dua kaki putar alam, peguam cara peguam, ahlul politik cara politik.
Post a Comment