Social Icons

Pages

Sunday, June 19, 2011

MUBARAK MINTA POLIS JANGAN KELUARKAN PERMIT !!!


Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (MUBARAK) meminta polis tidak sekali-kali berlembut dengan mengeluarkan permit kepada penganjur Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) yang bertegas mahu mengadakan perhimpunan besar-besaran di ibu negara,Kuching dan Kota Kinabalu Pada 9 Julai ini.Presidennya,Datuk Seri Aziz Abdul Rahman berkata langkah sewajarnya perlu diambil supaya rancangan yang didakwa didalangi parti pembangkang itu tidak diteruskan termasuk menguatkuasakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) jika perlu demi memastikan kepentingan dan keselamatan awam.Katanya,perhimpunan disertai ribuan orang di jalan raya berpotensi mewujudkan keadaan huru-hara termasuk rusuhan jika ada pihak yang membuat provokasi,sedangkan masih banyak cara lain boleh diguna untuk menyuarakan bantahan terhadap sesuatu isu.

“Kedegilan penganjur yang berkeras mengadakan perhimpunan ini bukan saja perbuatan tidak bertanggungjawab tetapi provokasi untuk menimbulkan keadaan huru-hara di negara ini.Jika perhimpunan ini diteruskan dan berlaku keadaan tidak diingini,pemimpin pembangkang perlu bertanggungjawab sepenuhnya,” katanya dalam satu kenyataan.


Sementara itu,Pengerusi Majlis Penasihat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Tunku Azwil Tunku Abdul Razak, pada sidang media di ibu negara, menafikan PPIM menyokong perhimpunan itu seperti disiarkan dalam emel kumpulan berkenaan, sebaliknya bertegas pihaknya membantah penganjuran yang hanya menyusahkan pelbagai pihak.

Persatuan Usahawan Pemilik Teksi Eksekutif Malaysia (PUPTeKSM) pula membuat laporan di Balai Polis Pudu terhadap penganjur BERSIH Ambiga Sreenevasan kerana bimbang perhimpunan boleh mengancam keselamatan awam,menjejaskan industri pelancongan, memberi imej buruk kepada negara dan menjejaskan pendapatan pemandu teksi eksekutif.
Presidennya, Azmi Md Yatim, berkata memorandum bantahan turut diserahkan kepada Ketua Balai Polis Pudu, Cif Inspektor Jamaluddin Abu Hassan yang akan menyampaikannya kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar.

“Tindakan mengadakan perhimpunan ini hanya mengganggu periuk nasi kami, risiko kerosakan teksi jika berlaku rusuhan dan menyempitkan peluang kami mencari pelanggan akibat kesesakan lalu lintas yang bakal berlaku untuk tempoh lama,” katanya.

No comments:

 
 
Blogger Templates