Social Icons

Pages

Saturday, June 11, 2011

PAS BERBOHONG ???

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhvyKKR5i4e076Qxkyr-5alEYqHTsCAbvAkjEF-lwKg2auXtKZibjY2U0_arHrAtW6WxGhNPKb8sYvkpE1jCCvHAwdRk2xYCriGYIvi5qSNhJ6Zy__ZHyH-eB24umHLutV1SPKUk6nEkE9b/s1600/PAS-440.jpg

Pas telah melakukan pembohongan apabila mengubah hala tuju perjuangannya kepada negara berkebajikan bagi menggantikan penubuhan negara Islam.Ketua Penerangan UMNO Negeri Sembilan,Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad berkata, sejak sekian lama Pas mendakwa parti itu berjuang untuk menubuhkan negara Islam sehingga menimbulkan perdebatan dengan UMNO, tetapi kini ia mengetepikan perjuangan tersebut.

“Berapa lama Pas bersumpah hendak jadikan Malaysia negara Islam, (sampai) berbuih mulutnya.Minggu lepas sudah tak jadi pula.Cuba anda semua tengok. Tuhan dia tipu, orang Pas yang mati dia tipu, yang hidup memang kena tipu hidup-hidup,” katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Kubang Pasu di Institut Pendidikan Guru Kampus Darul Aman, Jitra.Hadir sama dalam Majlis itu adalah Ketua UMNO bahagian,Datuk Mohd. Johari Baharom dan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri,Datuk Mukhriz Mahathir.


UTUSAN melaporkan Minggu lalu,Presiden Pas,Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam ucapan dasarnya pada Muktamar Tahunan Pas Ke-57 berkata, parti tersebut memberi tumpuan kepada negara berkebajikan kerana ia mempunyai kesamaan dengan apa yang diperjuangkan rakan komponen pakatan.

Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad berkata,rakyat sewajarnya memikirkan dengan serius siapa yang paling layak antara Pengerusi Barisan Nasional (BN),Datuk Seri Najib Tun Razak,Abdul Hadi atau Ketua Pembangkang,Anwar Ibrahim untuk memimpin negara selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 demi masa depan generasi akan datang.Katanya,bakat atau kehebatan Abdul Hadi bercakap mengenai soal ekonomi atau negara bangsa kelihatan tidak menonjol,manakala Anwar pula dikaitkan dengan pelbagai isu moral.

Sehubungan itu,katanya,BN perlu menang bukan kerana gilakan kuasa,tetapi bagi memastikan negara ini yang dibentuk sejak berpuluh tahun lalu terus ditadbir oleh mereka yang benar-benar layak.Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad juga menyeru ahli UMNO supaya sentiasa menyokong parti dan BN dalam apa juga keadaan bagi memastikan kemenangan pada pilihan raya umum akan datang.Beliau berkata, sikap buruk seperti merajuk atau mensabotaj parti apabila tidak dicalon atau calon kegemaran masing-masing tidak terpilih mesti diketepikan.

No comments:

 
 
Blogger Templates