Social Icons

Pages

Monday, June 13, 2011

UMNO DAN NGO CABAR PAS GUGURKAN PERKATAAN ISLAM ???



Pelbagai pihak mencabar Pas menggugurkan perkataan Islam pada nama parti itu bagi menjaga hubungannya dengan parti pembangkang yang lain.Ahli Majlis Tertinggi UMNO,Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata,ia perlu dilakukan kerana Pas sendiri yang memberi alasan ramai orang bukan Islam keliru dan takut apabila disebut negara Islam sehingga menyebabkan parti itu menukar dasarnya kepada negara berkebajikan.

Katanya,bukan sahaja orang bukan Islam yang tidak faham malah orang Islam juga keliru dengan perjuangan negara Islam yang cuba dibawa oleh Pas sebelum ini.


“Kalau Pas sanggup dibuli oleh DAP sehingga akhirnya boleh menggugurkan perjuangan negara Islam,saya mencabar Mursyidul Am Pas,Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menggugurkan sahaja perkataan Islam daripada Pas atau tukar saja nama parti itu kepada Parti Kebajikan se-Malaysia,” katanya.

UTUSAN melaporkan Beliau berkata demikian kepada para pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Kuala Pilah.

Datuk Seri Mohd. Ali Rustam Pula meminta Pendaftar Pertubuhan (ROS) membatalkan penggunaan nama Islam pada Pas serta menghalang parti lain daripada menggunakan nama agama dalam parti mereka.Beliau berkata,sejak dari dahulu lagi,UMNO menolak pihak yang memperalatkan agama demi kepentingan politik dan kini terbukti ia dituruti oleh Pas.


“Saya rasa Pas boleh menggugurkan nama Islam pada parti mereka dan buatlah nama lain yang selari dengan konsep negara berkebajikan yang mereka canangkan.Apa yang saya lihat sekarang Pas tidak lagi berjuang untuk Islam,jadi ROS patut hantar surat supaya mereka tukar nama parti itu kepada nama lain,” katanya.

Menurut Datuk Seri Mohd. Ali Rustam,UMNO bersama kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa meletakkan kebajikan sebagai asas perjuangan mereka sejak sekian lama.Malah,katanya, banyak yang telah dilakukan bagi menjaga kebajikan rakyat seperti bantuan bulanan menerusi pelbagai agensi kerajaan termasuk pembinaan rumah melalui Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).

Presiden Pertubuhan Pemikir Profesional Melayu Malaysia,Datuk Dr. Kamarudin Kachar berkata, Pas tidak perlu dicabar untuk menukar nama itu sebaliknya melakukannya atas kesedaran sendiri kerana tindak tanduk mereka yang tidak seiring dengan nama Islam pada parti itu.

“Sepatutnya mereka tukar kepada nama Parti Amal Jariah sahaja selaras dengan langkah Pas mengubah perjuangan negara Islam kepada negara kebajikan,” katanya.

Presiden Persatuan Sosial Harmoni Malaysia,Nordin Ahmad pula berkata,keputusan pemilihan pada Muktamar Pas baru-baru ini menguatkan lagi gesaan supaya nama Islam pada parti itu digugurkan.

“Sekarang ini sudah tidak ada ulama lagi yang memegang jawatan pada peringkat tertinggi, jadi di mana Islamnya ??? Kemenangan Mohammad Sabu pula merupakan kemenangan DAP,jadi gugurkan sahaja perkataan Islam itu supaya orang ramai tidak keliru dengan perjuangan sebenar Pas yang semakin menyimpang,” katanya.

No comments:

 
 
Blogger Templates