Social Icons

Pages

Friday, June 10, 2011

UTUSAN CADANG NASHA MASUK UMNO ???

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhvyKKR5i4e076Qxkyr-5alEYqHTsCAbvAkjEF-lwKg2auXtKZibjY2U0_arHrAtW6WxGhNPKb8sYvkpE1jCCvHAwdRk2xYCriGYIvi5qSNhJ6Zy__ZHyH-eB24umHLutV1SPKUk6nEkE9b/s1600/PAS-440.jpg

Utusan Malaysia mencadangkan Nasharudin Mat Isa yang tewas jawatan timbalan presiden pada pemilihan PAS minggu lalu supaya meninggalkan parti itu dan berjuang dalam Umno.Penulis di ruangan 'Cuit' di akhbar Utusan,Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan,Utusan Malaysia,Datuk Zaini Hassan berkata PAS kini mula hilang arah dan beliau berdoa Nasharudin yang seorang ulama akan berbuat demikian.

“Saya berdoa Ustaz Nasharudin Mat Isa, seorang ulama dan bekas orang nombor 2 PAS yang disungkurkan mengikut jejak beberapa pemimpin PAS sebelum ini berjuang dalam Umno.Kita tahu Ustaz Nasha mempunyai jati diri yang kuat untuk melihat perpaduan umat Islam disatukan, tapi niatnya dihancurkan oleh puak-puak yang tamak dalam partinya sendiri,” tulisnya.

Selain itu,Datuk Zaini Hassan juga mendakwa matlamat PAS sudah terpesong kerana sanggup meninggalkan janjinya untuk menubuhkan sebuah negara Islam dan memilih bagi mendirikan negara berkebajikan.


“PAS kini telah meninggalkan perjuangan yang kononnya dipegang sejak dulu, untuk bersekongkol dengan sebuah parti yang kita kenali sebagai terlalu antikan Islam.Slogan 'langkah mayat saya dulu' begitu terkenal setelah Karpal Singh memberi amaran kepada PAS mengenai cadangannya mahu mewujudkan negara Islam dan mewujudkan hukum Hudud.Tapi kini, kerana terlalu beralah dan mengharapkan bantuan DAP, mereka tidak berkuasa 'melangkah mayat' Karpal. Karpal bagi PAS merupakan kapal yang boleh membawa mereka mencapai cita-cita politik,” katanya.

Justeru,beliau mencadangkan Umno yang kini mempunyai cukup advantage serta kelebihan hasil muktamar PAS supaya merebut peluang itu.

“Oleh itu,saya cadangkan Umno membuka satu lagi sayapnya iaitu Sayap Ulama Umno.” tulisnya.

Menurut Datuk Zaini Hassan,ia bersesuaian dengan penubuhan Sekretariat Ulama Muda Umno dikenali sebagai ILMU yang diwujudkan tahun lalu dan diletakkan di bawah Biro Agama parti itu.

“Ilmu perlu dikembangkan kepada sebuah Sayap.Kita mahu supaya sekretariat ini diangkat menjadi sebuah sayap yang mempunyai Ketua Ulama,Naib Ketua Ulama dan exco-exconya yang tersendiri supaya fungsi dakwahnyake seluruh negara dapat dijalankan dengan lebih tersusun dan mantap,” katanya lagi.

Datuk Zaini Hassan mengakhiri rencananya dengan mendoakan presiden Umno mempertimbangkan syor penubuhan Sayap Ulama itu dan membawa usul itu dalam Perhimpunan agung Umno akan datang.

“Allah SWT telah membuka laluannya kepada Umno, rebutnya peluang itu,” tulisnya.

APA KOMEN ANDA ???

5 comments:

Mael Hashim said...

Tak payahlah masuk UMNO. UMNO ok, tapi pemimpin-pemimpinnya yang sekarang yang sama nak ranapkan Melayu, berebut dengan PR sapa dulu yang berani pinggirkan Melayu sedikit demi sedikit, tewas denagn rayuan MCA/Gerakan. Lebih baik Nasha duduk atas pagar macam Zulkifli Nordin, suarakan hak orang Melayu/Islam.

Anonymous said...

mae1000: kalau duduk atas pagar tak mampu bawak kita ke mana mana..kita kena bertindk secara berkumpulan..baru significance..suara sorg2 bknnya boleh dengar sgt..

aidil said...

anon 8.52
Betul kena gerak dlm kumpulan, tapi jgn la ada satu lg kumpulan yg pecahkan lagi undi org melayu. Ulama UMNO kira cadangan yg bagus, tapi kena bg kuasa veto dlm sayap tu. baru jadi. Kalau tak, memang xde makna. Pemimpim2 UMNO akan sebok menjilat pengundi cina utk mereka.

hatiku said...

hatiku
Demi survival bangsa malaysia khasnya orang Melayu kita mengalu-alukan warga ulamak masuk UMNO.Berjuanglah dengan jujur iklas sewajarnya kita harus sedar bangsa melayu masih keliru dengan suasana politik hari ini.Bergeraklah secara team yang ampuh serata bumi negara yang masih ada tuah ini.

Anonymous said...

betul, perlu ada kuasa veto pada sayap ulama sebagai penimbangtara penentukur untuk memandu keputusan pemimpin atasan parti. UMNo perlu balik pada siasah ISLAM untuk menjaga kepentingan umat seluruhnya. kalau x kau bubuh la mufti mekah pun x jadi apa pun!

 
 
Blogger Templates