Social Icons

Pages

Monday, July 18, 2011

ADAKAH UMNO AKAN KEMBALIKAN KEGEMILANGAN ISLAM DI KELANTAN ???


Adakah Benar UMNO akan mengembalikan kegemilangan islam di kelantan ??? kalau betul Alhamdulillah,semalam 1 kenyataan telah diberi Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Dr. Awang Adek Hussin bahawa UMNO akan mengembalikan kegemilangan Islam yang semakin terhakis di Kelantan dengan menjadikannya salah satu agenda utama sekiranya diberi mandat pada Pilihan Raya Umum Ke-13.beliau berkata,UMNO akan memberikan tumpuan khusus kepada institusi pengajian pondok dan pembangunan masjid.UMNO akan membela sekolah agama rakyat yang banyak telah ditutup sejak PAS memerintah, serta memperbanyakkan program keagamaan bagi meninggikan syiar Islam.

"Agenda ini penting selaras dengan tuntutan Islam dan ia wajib dilaksanakan dengan drastik serta gerak kerja yang bersungguh-sungguh kerana apa yang terbukti sekarang, kerajaan negeri pimpinan Pas gagal berfungsi untuk membangunkannya," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Ijtimak Guru-guru Pendidikan Islam & J-Qaf Pejabat Pelajaran Daerah di Dewan Sekolah Menengah Teknik.Turut hadir,Ketua Sektor Pendidikan Islam Jabatan Pelajaran Negeri, Abdul Razak Mat Saat.

Awang Adek juga berkata,pemimpin Pas lebih banyak melakukan projek-projek 'retorik' dan kini mengubah prinsip perjuangan daripada 'Membangun Bersama Islam' dan 'Mewujudkan Sebuah Negara Islam' kepada penubuhan sebuah negara berkebajikan.

"Dalam tempoh 21 tahun diberi mandat mentadbir negeri ini,PAS gagal membangunkan keperluan syiar Islam setanding dengan slogan yang mereka laung-laungkan," katanya.

Katanya,slogan itu hanya diguna pakai untuk memancing undi rakyat yang cintakan pembangunan Islam.ketidakupayaan Pas melaksanakannya menyebabkan negeri itu ketinggalan dalam segenap aspek, termasuk kegemilangan agama sedangkan Kelantan dahulu merupakan pusat ilmu Islam serantau.

6 comments:

Anonymous said...

YE KE?

TAPI PEMIMIN UMNO KELANTAN LAGAKNYA TDK ISLAMIK JER?

AUTA BYK LA

KAN KELANTAN KAYA DGN MINYAK...MELELEH LAH AIR LIUR UMNO...


SEJAK DULU MENIFESTO UMNO/BN KELANTAN SAMA JUGA....TAK BERUBAH PUN PENTADBIRAN KERAJAAN NEGERI?

putrarahman said...

Lebih bermakna kiranya UMNO Kelantan memohon kepada kerajaan Pusat untuk melaksanakan pemerintahan secara Islam termasuk perlaksanaan undang-undang hudud, jika benar mereka hendak mendirikan sebuah kerajaan Islam di Kelantan jika memerintah semula.

Anonymous said...

PELIK...

UMNO HANYA BERMINAT NAK MENJADIKAN KELANTAN NEGERI ISLAM TULEN...TAPI TAK BERMINAT MENJADIKAN MALAYSIA NEGARA ISLAM TULEN...

KENAPA KELANTAN SAJA?

HATI2 DGN PROPAGANDA UMNO NI...ADA MAKNAAAAAA TUHHH!!!

Anonymous said...

kita tengok nati....pas isleee kononnnn....dapig terjeee..sekali...hilang telooo...jaga laa tropedoo..anuuu.tuuu...muga selamat dunia akirattt....aminnn..

Anonymous said...

awang adik silap kot, nak buat Islam di Bachok sajer kot. Ore Bachok pun tok sir doh ko dia sebab dah menyamposs

Anonymous said...

KEH...KEH...KEH...
UMNO SEBENAR X SABAR NK BAGI LESEN JUDI PD CINA MCA...KEH..KEH...KEH...

 
 
Blogger Templates