Social Icons

Pages

Tuesday, July 12, 2011

A.I MENGHASUT PERDANA MENTERI BRITAIN BERKENAAN LAWATAN DATUK SERI NAJIB ???


Amnesty International hari ini menghasut Perdana Menteri Britain David Cameron dan Pope Benedict supaya tidak membentangkan 'permaidani merah' kepada Datuk Seri Najib Abdul Razak Kononnya layanan buruk dan tindakan kejam kerajaan pimpinannya terhadap perhimpunan aman rakyat Sabtu lalu.Menurut badan hak asasi dunia itu,Cameron khususnya perlu memberitahu Datuk Seri Najib Abdul Razak yang bakal dalam rangka lawatan empat hari ke UK bermula hari ini bahawa pencabulan hak asasi seumpama itu tidak dapat diterima.

Hujah Amnesty kononnya berdasarkan beberapa laporan,gambar,video yang terus disebarkan oleh pelbagai pihak memaparkan polis memukul,menendang dan melepaskan gas pemedih mata secara terus ke arah rakyat ke atas perhimpunan haram kononnya menuntut pilihan raya yang bersih dan adil.

“Kerajaan Britain tidak harus memberi ganjaran keganasan itu dengan membentangkan permaidani merah kepada perdana menteri Malaysia,” kata Timbalan Pengarah Amnesty International bagi Asia Pasifik,Donna Guest.

David Cameron seharusnya memberitahu Perdana Menteri Najib bahawa pencabulan hak asasi manusi terhadap penunjuk perasaan yang aman tidak boleh diterima.

“Kerajaan Najib mengasari ribuan rakyat Malaysia yang bertindak melaksanakan hak mereka untuk menunjuk perasaan secara aman,” katanya.

Selain menahan peserta perhimpunan haram,pihak keselamatan turut melepaskan gas pemedih mata secara terus kepada orang ramai dan laporan itu juga kononnya dalam kawasan hospital sebagai usaha menggagalkan perarakan ke Stadium Merdeka.


“Terdapat rakaman video di YouTube menunjukkan Kononnya anggota polis berpakaian preman menendang seorang peserta yang terbaring di atas jalan sementara polis yang berpakaian seragam hanya melihat.Pihak keselamatan juga menembak gas pemedih mata terhadap peserta perhimpunan termasuk Anwar Ibrahim yang telah tercedera dan Khalid Samad (ahli parlimen Shah Alam) yang turut mengalami kecederaan,” katanya.

Selain itu,beliau juga berharap pihak Vatican dapat memberi tekanan kepada Najib supaya menghormati hak asasi manusia ketika Najib melawat Rom minggu ini.Pada perhimpunan BERSIH 1,667 telah ditahan termasuk pimpinan Pakatan Rakyat.Bagaimanapun semua mereka dibebaskan dengan jaminan polis dan Peguam Negara akan menentukan tindakan ke atas mereka.

“Penggunaan keganasan oleh pihak keselamatan secara berlebihan ini sepatutnya tidak perlu kerana ia akan menakutkan rakyat,” kata Guest lagi.


NAK TAHU APA SEBENARNYA TERJADI ???

SILA LIHAT VIDEO DI BAWAH



ADAKAH POLIS GANAS ???

2 comments:

Anonymous said...

ya...sokong!

Mordecai Kucai said...

Anuwar Anuwar tak habis habis dengan kerja bodoh.

Dia ingat kerajaan British tu tunggul ke apa?

Dia tak tau ke fungsi diplomat?

Kedutaan negara asing juga ada perisikannya sendiri. Mereka lebih percaya dengan hasil risikan yang di berikan sebagaimana yang di lakukan oleh Amerika dan Australia yang telah mengenepikan untuk berjumpa Anuwar dan mentulikan telinga dari wakil rakyat Australia.

Kalau lah kerajaan dunia bergantung kepada berita akhbar atau agensi berita sebagaimana angan angan bodoh si nafsu serakah ni senang lah hidup kita di dunia ni.

Anuwar bayar, orang buat cerita. Kerajaan semua negara mempunyai akal fikiran tersendiri.

Anuwar pernah lalu karpet merah di USA tapi ada apa kelebihannya sekarang?

Itulah dungunya orang yang memandang kulit bukan isinya.

Teruskan politik bodoh kau Anuwar.

 
 
Blogger Templates