Social Icons

Pages

Wednesday, July 20, 2011

POLIS MENGGUNAKAN GAS PEMEDIH MATA SAMA SEPERTI ISRAEL ??? INI JAWAPAN POLIS !!!


Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar menafikan dakwaan pembangkang kononnya Polis menggunakan gas pemedih mata yang sama digunakan tentera Israel ketika perhimpunan haram 9 Julai lepas.

"jangan mengadakan cerita kita (polis) pakai gas CS (Combined Systems) atau apa saja.Kita tak sampai tahap itu.Jangan nak mengadakan cerita," katanya kepada pemberita di sini.

Beliau yang ditemui selepas menyaksikan perlawanan ragbi Rujirawongse Cup antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Polis Diraja Thailand (RTP) di langkawai dan mengulas mengenai laporan portal berita Keadilan Daily hari ini.


Antara lain laporan itu yang memetik kenyataan beberapa pemimpin PKR mendakwa Pasukan Unit Simpanan Persekutuan menggunakan kanister gas pemedih mata daripada jenis yang sama digunakan tentera Israel untuk memerangi rakyat Palestin.Laporan turut mendakwa kanister yang dibekalkan oleh Combined Systems kepada tentera Israel itu mengandungi bahan kimia yang berupaya menjejaskan sistem saraf, kecederaan kepada mata, paru-paru dan penyakit kulit.Laporan itu juga mendakwa kanister jenis yang sama pernah diharamkan dalam peperangan mengikut Konvensyen Senjata Kimia pada 1993.

Mengulas lanjut perkara itu,Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata beliau akan meneliti laporan portal tersebut sebelum memutuskan tindakan selanjutnya.

"Mana mereka belajar semua ini ??? Saya minta semua pihak jangan cakap ikut sedap mulut. Kalau tak tau jangan cakap,kalau tak pasti jangan cakap.Jangan buat tuduhan-tuduhan," katanya.


Seterusnya beliau meminta semua pihak menghentikan perbincangan mengenai perhimpunan haram tersebut kerana tindakan itu boleh menimbulkan kerisauan pada kalangan masyarakat.

"Semua orang jangan bercakap.baik orang politik atau sesiapa sahaja.Jangan mengeruhkan keadaan," katanya.

Mengulas perlawanan ragbi tersebut,Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata perlawanan persahabatan ragbi itu diadakan setiap tahun sejak 1961 dengan PDRM dan RTP bergilir-gilir sebagai tuan rumah bagi meningkatkan hubungan kedua-dua pasukan.Pada perlawanan persahabatan hari ini,RTP mengalahkan PDRM 18-0. Hadir sama menyaksikan perlawanan itu adalah Timbalan Komisioner Jeneral RTP Adul Sangsingkeo dan Ketua Polis Kedah Datuk Ahmad Ibrahim.

4 comments:

Anonymous said...

Haaa...Ko dengar tu Badut...!

TKPN dah bagi amaran jg sebut2 pasal bersih lagi...tapi Umno sendiri yg tak puas ati...nak pusing2 isu bersih...tak nampaknya tak jalan, malah org ramai makin tak caya kat umno, spr dan polis sendiri..

Tutuo mulut ko Badut dan macai umno sume...arahan TKPN ni!!!

Anonymous said...

ambiga beriya-riya supaya mengunakan dakwat kekal adalah untuk mengkianati islam. bila dah guna dakwat, tak sah ambil wuduk kerana air tak kena kulit pada tempat dicalit dakwat. tu yang dia nak sebenarnya. supaya orang islam tak saembahyang.

Anonymous said...

10:14

BODOH KE APA KO NI?

SUDAH TENTU DAKWAT KEKAL ITU MENDAPAT KEESAHAN PIHAK BERKUASA AGAMA...

YG UTAMANYA DAKWAT KEKAL MENGHALANG ORG MENGUNDI LBH DR SATU KALI...SELAMA INI KEMENANGAN UMNO/BN DISEBABKAN ORG BOLEH NGUNDI LBH SATU KALI DAN NGUNDI ATAS NAMA ORG LAIN...

INILAH KETAKUTAN UMNO SEBENARNYA...MAMPOSLAH UMNO KALAU SPR GUNA DAKWAT KEKAL...

MACAM2 ALASAN UMNO BUAT UTK TAK GUNA DAKWAT KEKAL..SEBAB DIA TAU, ITU LAH NYAWA DIA DI SAMPING PENGNDI HANTU!!!

PENIPU BESAR PUAK2 NI!

serangga pengotor liPAS said...

Sebenarnya, tidak ada masalah menggunakan gas pemedih dari Israel (CS) tu... sebab untuk meleraikan peserta2 berSHIT berotak Israel juga. Kata orang, bagai isi dgn kuku, bagai Israel dgn berSHIT.

 
 
Blogger Templates