Social Icons

Pages

Thursday, July 07, 2011

SAH !!! AMBIGA BERTOPENGKAN NGO !!!

Keputusan Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih),Ambiga untuk meneruskan perhimpunan itu di dalam stadium membuktikan bekas Presiden Majlis Peguam tersebut berada di pihak pembangkang tetapi bertopengkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).Naib Presiden UMNO,Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata,perkara itu jelas apabila Ambiga membuat pengumuman meneruskan perhimpunan tersebut selepas menghadap Yang di-Pertuan Agong sama seperti pengumuman para pemimpin pakatan pembangkang yang dibuat lebih awal.

"Kita kesal sebenarnya dengan perkara seumpama ini.Mereka boleh bertopengkan landasan badan bebas,NGO.Sebenarnya tidak bebas,mereka bertopengkan agenda politik pihak-pihak tertentu.Dan sekarang ini jelas (Ambiga dan Bersih) bukan badan bebas sebaliknya menjadi alat pihak pembangkang," katanya.


Beliau yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) berkata demikian pada sidang akhbar selepas mengadakan pertemuan dengan 760 Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKKP) Selangor di Bangi..Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal turut membidas kepimpinan DAP yang berdiam diri sekalipun salah seorang ahli pimpinannya di Perak bertindak biadab dengan mendakwa Yang di-Pertuan Agong sebagai alat politik Barisan Nasional (BN) dan bertitah mengikut kehendak Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Kenyataan oleh DAP Perak itu berbau politik dan amat kita kesali.Tidak harus dilemparkan (fitnah) seumpama itu kerana seakan-akan satu penghinaan ke atas institusi raja-raja kita," katanya.


Dalam perkembangan lain,beliau berkata,setiap UMNO bahagian di seluruh negara perlu proaktif dengan mewujudkan pasukan khas bagi memantau kesahihan daftar pemilih yang dipamerkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).Menurutnya,ia amat perlu kerana tidak mahu apabila tempoh bantahan yang diberikan oleh SPR kelak,langsung tiada pihak yang mempersoalkan daftar pemilih sedangkan memang wujud beberapa kesilapan dan kelemahan.

Katanya,situasi ini sering berlaku pada setiap kali pilihan raya kecil apabila pembangkang membuat tohmahan mengenai pengundi hantu,ia hanya mampu dikesan oleh pemimpin tempatan yang mengenali rapat pengundi terbabit,bukannya pimpinan peringkat pusat.

1 comment:

Hashim said...

Badut UMNOXXX...cop stop jadi bangang sekejap...tengok video 9n9 dan fikir ...mesti tak le fikir punya Badut IQ rendah... sila klik sini

 
 
Blogger Templates