Social Icons

Pages

Sunday, August 28, 2011

DIN PUDURAYA BERBANGGA KERANA PUDURAYA MENJADI PUDU SENTRAL !!!



Terminal Bas Puduraya yang mula beroperasi pada 1976 dan baru sahaja dinaik taraf, kini dikenali sebagai Pudu Sentral,Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan beritaitu semalam.Beliau berkata penukaran nama terminal bas itu selaras dengan wajahnya yang moden dan baru,setaraf dengan sebuah lapangan terbang.Datuk Seri Najib Tun Razak berkata keputusan itu dibuat berikutan cadangan seorang pengikut twitternya,selepas beliau tweet setelah bersahur awal pagi tadi bahawa beliau akan melawat Hentian Puduraya.

“Ramai yang memberi maklum balas dan saya terima cadangan supaya nama hentian bas ini ditukar supaya mencerminkan terminal yang tinggi kualitinya,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan wajah baru bas terminal itu.

“Selepas berbincang dengan pihak pengurusan tadi,kita telah bersetuju untuk menukar namanya kepada Pudu Sentral,” katanya.


Bernama Melaporkan Terminal Puduraya ditutup sementara pada Mac tahun lepas,setahun selepas kerajaan mendapati terminal itu perlu sangat dinaik taraf dan ubahsuai untuk memperbaiki perkhidmatan dan mengambilkira keselamatan awam setelah ia beroperasi lebih tiga dekad.Ia kini dilengkapi dengan pendingin hawa,kemudahan eskalator dan sistem pengumuman awam untuk mengumumkan ketibaan dan pelepasan bas dan disediakan dengan 296 kamera litar tertutup (CCTV).

CCTV dipasang di semua tempat strategik yang dipantau oleh 48 kakitangan keselamatan untuk memastikan keselamatan dan keselesaan pelawat dan penumpang.

1 comment:

Dot said...

TAHNIAH PUDURAYA SENTRAL!!!!!

KEPRIHATINAN PM MENJADI PEMANGKIN KPD RAKYAT UTK BERSAMA2 MENCINTAI NEGARA INI..BAYANGKAN BERAPA RAMAI YG GUNAKAN PUDURAYA SETIAP HARI? MINGGU? BULAN? TAHUN?...SEMOGA RAMAI YG SEDAR SIAPA YG MEJAGA KEBAJIKAN KITA SEBENARNYA..

 
 
Blogger Templates