Hukuman penjara 20 tahun terhadap dua pekerja ladang atas kesalahan melupuskan mayat jutawan kosmetik,Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain,kekal selepas Mahkamah Rayuan hari ini menolak permohonan mereka bagi mendapatkan kebenaran merayu.
Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Ramly Ali memutuskan demikian selepas berpuas hati bahawa permohonan yang dikemukakan oleh K. Sarawanan, 20, dan U. Suresh, 27, gagal menepati kehendak yang diperlukan di bawah Seksyen 50(2) Akta Mahkamah-Mahkamah Kehakiman.
Seksyen itu menghendaki pemohon mengemukakan persoalan undang-undang baharu yang belum pernah diputuskan oleh mahkamah sebelum ini bagi membolehkan mereka layak mendapat kebenaran merayu.
AL-FATIHAH...
KEPADA ALLAHYAHARMAH DATUK SOSILAWATI LAWIYA...

1 comment:
20 tahun tak cukup kalau boleh seksa pembunuh sampai dia gila. baru padan dengan muka...
Post a Comment