Social Icons

Pages

Monday, August 22, 2011

NOVELIS TERKENAL,AZIZI ABDULLAH MENINGGAL DUNIA !!!



Novelis terkenal,Azizi Abdullah meninggal dunia pagi semalam setelah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Pulau Pinang sejak 11 Ogos lepas.Penolong Editor Utusan Pengguna,Mohd Ridzuan Mohamad ketika dihubungi berkata,Azizi, 69,meninggal dunia pukul 7.50 pagi di hospital itu.

Allahyarham dimasukkan ke hospital berkenaan pada Mac tahun ini dan menjalani pembedahan jantung April.Namun,keadaan allahyarham tidak stabil akibat komplikasi serangan kuman,kencing manis dan masalah buah pinggang.

Azizi,bekas guru Pendidikan Islam,terkenal dengan novel “Seorang Tua di Kaki Gunung” ketika naskah itu dijadikan teks wajib sastera Tingkatan Lima kira-kira 20 tahun lepas.

AL-FATIHAH...

5 comments:

man said...

Al fatihah...
Semoga rohnya dicucuri rahmat oleh Allah dan ditempatkan bersama2 org yg beriman.
Saya amat mengagumi Novelnya Seorang Tua Dikaki Gunung, tidak pernah saya lupakan sehingga kini walaupun hampir 14 tahun saya meninggalkan alam persekolahan.
Semasa dialam persekolahan dulu berkali2 saya membaca novelnya sehingga tamat bukan kerana disebabkan peperiksaan tetapi saya suka jalan ceritanya seolah2 saya berada didalam cerita tersebut dan novel arwah masih saya simpan sehingga kehari ini.
Al fatihah...

man said...

Pembetulan hampir 24 tahun saya meninggalkan alam persekolahan.

Anonymous said...

AL-Fatihah.
Kita kehilangan seorang novelis yg hebat!

Abe We ( Mohd Redzuan - Utusan Pengguna) apa khabar?

Anonymous said...

ALFATIHAH..

TERINGAT NOVEL ALLAHYARHAM "SEORANG TUA DI KAKI GUNUNG" MENJADI TEKS SASTERA MASA SPM 1985 DAHULU...NOVEL YG BAGUS...

SEMOGA ALLAHYARHAM DITEMPATKAN KE DLM GOLONGAN ORG2 YG BERIMAN DAN DICUCURI RAHMAT ...AMENN!!!

Anonymous said...

al fatihah, buat bekas cikgu agama islam ku di darjah 6 dulu.

 
 
Blogger Templates