Social Icons

Pages

Monday, September 26, 2011

BONGKAR !!! SIAPA USTAZ ISMAIL MINA ??? ADAKAH BELIAU MENGENALI ANWAR IBRAHIM ???



Seorang sahabat lama yang mengenali Anwar Ibrahim ketika sama-sama menuntut di Universiti Malaya menarik balik sokongannya kepada Ketua Umum PKR itu selepas Mac tahun lepas apabila terbukti bekas Presiden ABIM itu menganut fahaman liberalisme agama diistilahkan sebagai Pluralisme Agama.Pluralime Agama dalam bahasa mudahnya adalah satu fahaman yang menyamaratakan semua agama. Tidak ada agama yang lebih benar daripada agama lain. Semua agama adalah benar.

“Ya, betul. Saya langsung tidak menyangka hal itu kerana semasa kita di universiti, kita sudah mengenali Nurcholish Madjid.Dan semua orang tahu Nurcholish Madjid, Datuk Seri Anwar pun tahu pemikirannya. Di mana Nurcholish Madjid pada awal tahun 1970-an sudah menolak Islam sebagai satu sistem politik.Datuk Seri Anwar, setakat yang saya tahu, dia faham benda itu. Jadi, saya tidak sangka sampai satu peringkat, fahaman beliau juga sudah selari dengan Nurcholish Madjid”, kata Ustaz Ismail Mina ketika ditemui di Hulu Klang pada 16 September lalu.

Nurcholish Madjid adalah seorang tokoh pelopor Islam Liberal yang ditolak pemikirannya di negaranya kerana berusaha mengembangkan pemikiran sonsang Islam, Pluralisme Agama.

“Ya,saya tidak menyangka pada awalnya.Sehingga lah terbukti dalam ucapannya di LSE itu”, katanya yang merujuk kepada ucapan Anwar di di London School of Economics (LSE) pada 18 Mac 2010.Memang sah.Kita ambil ucapan itu daripada blog beliau.Ini bukan kita ambil atau copy daripada mana-mana blog orang lain, tidak. Memang kita ambil daripada blog beliau sendiri.Jadi, sah lah bahawa beliau yang bercakap, berucap”, katanya.

Katanya,pengesahan Anwar menganut fahaman tersebut bukan disahkan berdasarkan kaca mata dirinya sendiri sahaja, malah turut dibahaskan dengan serius di kalangan sahabat-sahabatnya.Sebagai pengesahan selanjutnya, mereka turut meminta pandangan Ustaz Uthman el-Muhammady untuk meneliti satu persatu ucapan Anwar di LSE itu.


“Ya,beliau meneliti.Saya ingat perkataan demi perkataan. Bukan sahaja baris demi baris tapi perkataan demi perkataan”, katanya.

Ustaz Uthman,Felo Amat Utama,International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC) dalam penelitian mendapati sekurang-kurang 12 hujah Anwar dalam ucapan itu yang bercanggah dengan Islam.Menyedari pemikiran Anwar telah terpesong, Ustaz Ismail Mina melalui pertubuhan MUAFAKAT telah menganjurkan wacana sehari bertemakan ‘Membanteras Gerakan Pluralisme Agama dan Permurtadan Ummah’ di UIA (Universiti Islam Antarabangsa), Masjid Wilayah Persekutuan dan UMT (Universiti Malaysia Terengganu) sebagai satu teguran kepada Anwar.

“Maudu’ penting di ketiga-tiga program itu berdasarkan kepada pendirian iaitu ucapan Datuk Seri Anwar.Memang khusus kita bincang.Dan di UIA, Dr Uthman el-Muhammady pun sudah ulas. Dan kita panjangkan lagi di Masjid Wilayah”, katanya.

Teguran sahabat-sahabat itu telah sampai ke telinga Anwar menyebabkan satu pertemuan diaturkan di rumah Profesor Osman Bakar pada 2 Januari 2011 untuk bermuhasabah secara bersemuka.

“Saya difahamkan,perjumpaan itu adalah di antara Datuk Seri Anwar dengan aktivis MUAFAKAT sahaja.Ya, saya difahamkan begitu.Saya terkejut, apabila yang datang pada malam itu memang ramai sekitar 120 orang.Pada fahaman saya, kedatangan itu dikerah khusus untuk membantu Datuk Seri Anwar”, katanya.

Menurutnya kedatangannya bersama lima rakannya yang lain adalah untuk bersemuka dan bertanya sendiri dengan Anwar.

“Memang saya difahamkan Datuk Seri Anwar hendak menerangkan ucapannya dan juga nak mendengar pandangan kami yang menentang liberalisme dan pluralisme.Memang betul agenda awalnya, beliau mahu beri penjelasan dan kami nak bertanya.Seperti yang saya kata di awal tadi, saya memang ada buat homework. Tapi tidak jadi sebegitu”, katanya.

Tetapi, pertemuan bersemuka dengan Anwar pada malam itu disifatkan sebagai gagal, kerana Anwar tidak bersedia menjawab secara ilmiah tentang ucapannya di LSE, sebaliknya berusaha untuk mengalih kepada topik lain.

“Sebab itu, apabila Datuk Seri Anwar panjang lebar memberi responnya kepada soalan tentang isu moralnya, saya kata jangan. Saya tak bersetuju sebab kita fokus pada pluralisme agama.Tapi Datuk Seri kata, ‘tak..tak..(perkara itu) relevan’.Jadi, fahaman saya, semua itu dilakukan untuk alih topik daripada isu pluralisme agama kepada isu lain. Supaya kawan-kawan yang ramai hadir pada malam itu akan lebih lebih simpati kepadanya.Pada fahaman saya, perjumpaan pada malam itu gagal. Gagal dalam erti kata beliau tidak dapat menerangkan pendiriannya berdasarkan tulisannya dan kami juga tidak dapat bertanya khusus secara lebih detail berkenaan ucapannya di LSE”, katanya.

Ikutilah wawancara lengkap bersama Ustaz Ismail Mina bersama AIDC

KLIK DI SINI

DAN

KLIK DI SINI

UNTUK SELANJUTNYA

5 comments:

Anonymous said...

Penganut ugama PAS tetap sokong Anwar, walau pun punggung mak, bapak,adik,abang dan dia sendiri ter.......! untunglah anwar didunia ni.

Tukang Komen said...
This comment has been removed by the author.
Tukang Komen said...

Sila bangkitkan isu ini secara bersepadu bersama teman2 bloggers yg lain agar rakyat dan ahli2 akar umbi Pas sedar hala tuju akidah Anwar. Kalau Mat Sabu dan komunisme boleh dihangatkan mengapa tidak Anwar dan pluralisme?

Anonymous said...

Pndpt sy isu atau pokok perkara ialah akidah nuar yg dah rosak. hj hadi dan nicky ajis wajib ditonyohkan muka depa dgn perkara ini. tp tak tahulah krn karpal yg sah2 kapirpun depa boleh berpeluk tubuh dan bersangka baik. sedangkan yg sama bersyahadah iaitu najib dan org2 umno boleh dikafirkan pula. agak2 dua ekor tok garu itupun sudah rosakkah juga akidah depa? fikir2kan.

Anonymous said...

Tolak tepi lah Anwar ni,biarlah dia berurusan dengan Allah.Kita buat hal kita,yang penting kita hanya kena pastikan dia tidak akan jadi pemimpin kita.

 
 
Blogger Templates