Kerajaan tidak akan berkompromi berhubung soal keselamatan,ketenteraman awam dan kedudukan negara dalam menggubal undang-undang baru bagi menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).Ketika memberi jaminan tersebut,Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bagaimanapun berkata,beberapa peruntukan di bawah ISA akan dikekalkan,misalnya berkaitan dengan proses pemulihan terhadap orang tahanan.
"Daripada segi pemulihan,itu merupakan satu kekuatan yang amat diperlukan di mana kita ada kepakaran.saya percaya tidak akan disentuh (tidak dipinda).(Tetapi) daripada segi tempoh tahanan dengan dunia yang serba canggih,mungkin tempoh itu tidak perlu begitu lama.Tetapi perkara itu sedang difikirkan dan digubal oleh Peguam Negara,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan 25 anggota Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) yang diketuai Presidennya, Datuk Ibrahim Ali di sini, hari ini.
Sumber Bernama
berita terkini : rakan saya dari sarawak memberitahu bahawa PAS sarawak dalam proses merangka enakmen hudud untuk diimplimenkan jika PAS sarawak berjaya memenangi salah satu kerusi di parlimen sarawak..
TAK TAKUT KENA MARAH DENGAN KARPAL SINGH KER ???
DAH START MAIN HUDUD KAT SARAWAK PULAK !!!
KEPADA DATUK HISHAMUDDIN,SAYA HARAP AKTA YANG BARU INI AKAN MEMASTIKAN KEAMANAN NEGARA !!!
JANGAN CAKAP JER TAPI TAK BUAT !!!
KALAU ASYIK AMARAN TAPI TAK BUAT TAK GUNA JUGA !!!
INI NASIHAT BUKAN KUTUK YER DATUK !!!
No comments:
Post a Comment