Social Icons

Pages

Sunday, September 11, 2011

FAKTA SEJARAH !!! INI JAWAPAN DATUK SERI NAJIB !!!



Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengingatkan agar mana-mana pihak tidak cuba mengubah fakta sejarah dan mengagung-agungkan pengganas komunis.Beliau berkata,komunis zaman dahulu sememangnya zalim dan mencengkam kehidupan rakyat kerana ideologi mereka tidak memihak kepada rakyat,antiagama dan zalim.

"Sebab itulah kita menentang komunis pada zaman itu kerana mereka bertindak kejam di bumi bertuah ini,” katanya ketika berucap pada Majlis Rumah Terbuka Malaysia Aidilfitri-Merdeka 2011 di sini.

Bernama Melaporkan Perdana Menteri berkata,komunis tidak memberi rakyat Malaysia demokrasi, sebaliknya kerajaan yang memerintah ketika ini menghormati proses demokrasi.

"Sebab itu adakala kita menang dan adakala kita kalah tetapi kita harap menang lebih banyak dari kalah,” katanya.

Najib berkata,komunis pada masa dahulu berbeza dengan komunis zaman sekarang kerana komunis zaman dahulu tidak memberi hak kekayaan peribadi kepada rakyat.

"Komunis sekarang lain, komunis dulu lain, dulu mereka ingin kuasai negara dan sebarkan ideologi yang tak beri hak kepada rakyat.Kita baik dengan negara komunis sekarang kerana mereka telah tinggalkan ideologi lama mereka,” katanya.


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengulangi janji kerajaan Persekutuan untuk tidak meminggirkan Pulau Pinang dalam pembangunan walaupun negeri ini kini ditadbir oleh pakatan pembangkang.Katanya perbezaan ideologi politik tidak akan menghalang kerajaan pusat daripada membantu rakyat Pulau Pinang.

"Kita akan teruskan pembangunan di Pulau Pinang seperti apa yang sedang dilaksanakan ketika ini.projek pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang,pembinaan Jambatan Kedua dan Projek Empangan Mengkuang yang akan siap tidak lama lagi," katanya ketika berucap pada Majlis Rumah Terbuka Malaysia Aidilfitri-Merdeka di sini.

Turut hadir pada majlis itu Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan barisan exco kerajaan negeri, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim serta pemimpin Barisan Nasional (BN).

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kemajuan yang dikecapi oleh Pulau Pinang kebanyakannya hasil usaha kerajaan Persekutuan.

"Demi kepentingan rakyat, kita akan teruskan pembangunan," katanya.

Rumah terbuka yang diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Guar Perahu itu dihadiri lebih 25,000 orang.

4 comments:

Jabalnur said...

Tanya Datuk Najib sat....Kalau orang Cina yang tak undi dia pun dapat projek, Orang Melayu yang undi dia dapat apa? Habok pun tarak!

Kalau camtu, agak2nya Datuk Najib nak ajar semua orang Melayu yang taat undi UMNO walau pun kebanyakkan mereka bukan pun ahli UMNO suruh depa ni undi parti Bebas kot...tak pun saja nak suruh orang2 Melayu buat kertas undi rosak?

Saya terima cabaran dia...PRU 13 nanti saya cuma ada dua pilihan...(1)Tak pergi mengundi... atau pun (2)saya nak ajar sikit pemimpin UMNO yang dayus2 belaka sekarang ni yang saya lebih berani dari mereka.... saya akan lukis gambar kat kertas undi saya...insya allah!

anak melayu said...

aku pun sama dengan jabalnur

Anonymous said...

TAK HABIS2 CERITA PASAL KOMINIS...

CERITA BERLEBIHAN PASAL KOMINIS TDK DAPAT MEMBANTU RAKYAT YG DIHIMPIT DGN EKONOMI PUN.

DAN ADA PULAK TOKOH AKEDEMIK PROF ZAINAL KLING KATA MALAYSIA BUKAN TANAH JAJAHAN INGGERIS...SAMPAI KESITU PERGINYA PASAL NAK MEMBODEK SGT..

BUKANKAH SEJARAH KATA MALAYSIA DIJAJAH OLH INGGERIS?

KISAH PENJAJAH DAN KOMUNIS NI HANYA LAH KISAH YG TDK MEMBERI APA2 MAKNA PUN DLM KEHIDUPAN RAKYAT YG RATA2 MENGHADAPI KESUSAHAN EKONOMI...

DAN TERBARU CUKAI PRABAYAR TELEFON MUDAH ALIH 6%..BISING2 PASAL KOMUNIS BN DAH PERDAYA RAKYAT YG SEDIA DLM KESUSAHAN TANGGUNG CUKAI ITU...ITU LAH DIA!!!

DUA KISAH INI HANYA LAH TINGGAL DLM LIPATAN SEJARAH DAN TDK MEMBANTU PUN RAKYAT!!!

Anonymous said...

inilah rakyat yang cakap tak guna mata,telinga,mulut dan akal pikir.kalau bertindak hanya menyusahkan orang lain saja.tunggulah laknat allah,lambat cepat saja.

 
 
Blogger Templates