Social Icons

Pages

Sunday, September 11, 2011

SUBJEK TENTANG SEJARAH !!! INI JAWAPAN TUN MAHATHIR !!!


Subjek Sejarah yang diajar di sekolah-sekolah dilihat kurang tepat kerana tidak mempunyai latar belakang perjuangan kemerdekaan,kata bekas Perdana Menteri,Tun Dr Mahathir Mohamad.Beliau berkata,subjek itu tidak begitu tepat kerana salah satunya cerita mengenai peranan Tunku Abdul Rahman yang memperjuangkan kemerdekaan negara tidak banyak disebut dalam silibus subjek berkenaan.

"Ramai daripada generasi muda tidak begitu faham dengan sejarah dan asal-usul negara kerana ada percubaan untuk mengubah sejarah daripada fakta kepada khayalan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas Majlis Pecah Tanah Dewan Centennial KSAH-SAHOCA di sini hari ini.

Beliau berkata,kerana itulah kerajaan perlu menumpukan apa sebenarnya berlaku supaya tulisan tentang sejarah negara tidak dipengaruhi oleh kepentingan politik semasa.

"Bukan mengkaji semula sejarah tetapi perlu balik kepada benda yang benar.Sejarah sudah berlaku dan kita tidak boleh ubah sejarah dan apa yang berlaku dahulu.berlakulah,” katanya mengulas kenyataan Menteri Pengajian Tinggi,Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin pada hari Jumaat yang lepas.

Bernama melaporkan Mohamed Khaled berkata,sukatan pelajaran subjek sejarah peringkat sekolah akan dikaji semula selepas didapati beberapa fakta sebelum ini tidak lengkap dan terdapat percanggahan fakta mengenainya hasil kajian ahli falsafah dan teologi negara, Tan Sri Prof Syed Muhammad Naquib Al-Attas di dalam buku terbarunya ”Historical fact and fiction”.

3 comments:

Anonymous said...

masa tun jadi PM, masa tu lah mula rosaknya sukatan pelajaran sejarah ni. beberapa fakta sejarah antaranya yang menyentuh isu kaum (kununnya) di "lembutkan" dan murid2 pun tidak diberi galakan terhadap subjek sejarah ni. langkah itu sangat berkesan terhadap generasi yang lahir hari ini yang kebanyakannya "buta sejarah terhadap negara dan bangsanya sendiri". itu sebab generasi hari ini huru hara tentang sejarah bangsa negara ini. jadi, bila tun kata subjek sejarah hari ini tidak menyentuh inti pati kesejarahan negara, sebenarnya tun kena ingat mengapa ketika itu tun tidak kisah terhadap perkara ini. bagi saya, saya dah nampak kesan ini sejak lebih 25 tahun lalu....
SEKARANG MACAM MANA???

Anonymous said...

puak hang yg dok mengangkat komunis hang nak salahkan Tun....
puak hang yg malas belajaq/ baca buku sejarah hang salahkan Tun jugak...
Bini hang mengandung hang x mau salahkan Tun?

Anonymous said...

time sekolah menengah dulu, aku sgt suka sejarah..sbb aku minat.. tapi ada sebahagian budak sekolah lebih suka belajar sains & matematik serta malas nak belajar...... bila bende2 camni mcm tragedi bukit kepong, barulah diorg terhegeh2 cari buku sejarah lama... kan poyo tu..??

 
 
Blogger Templates