Social Icons

Pages

Monday, September 05, 2011

JAKET KALIS PELURU TIDAK MAMPU MENYELAMATKAN ALLAHYARHAM NORAMFAIZUL !!!



Pemakaian jaket kalis peluru tidak dapat menjamin keselamatan jurukamera BernamaTV Noramfaizul Mohd Nor kerana saiz peluru yang digunakan adalah besar dan mampu menembusi jaket tersebut, kata ketua pasukan perubatan misi bantuan kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia ke Somalia Datuk Dr Alwi Abdul Rahman.

Beliau berkata peluru yang mengenai Allahyarham adalah besar dan menjejaskan dua organ penting mangsa iaitu jantung dan paru-paru.

"Walaupun pakai vest tapi masih boleh tembus.Peluru itu memasuki grey area.masuk dari armpit dan tembus ke bahu.Selepas terkena tembakan itu dia langsung tidak sedarkan diri," katanya kepada pemberita selepas tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).


Bernama Melaporkan Dr Alwi merupakan salah seorang daripada 55 anggota misi kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia ke Somalia termasuk Allahyarham Noramfaizul yang maut Jumaat lalu akibat terkena tembakan curi semasa membuat liputan di Mogadishu.Beliau berkata pelbagai usaha dilakukan untuk menyelamatkan jurukamera tersebut termasuk bantuan awal oleh pasukan paramedik Australia yang berada di hotel penginapan Allahyarham.Dr Alwi berkata beliau tiba dari tempat penginapannya kira-kira tiga minit sebaik dimaklumkan, dan mengambil alih tugas merawat mangsa yang kritikal dari pasukan paramedik tersebut.

"Kita beri bantuan pernafasan dan lakukan apa saja untuk menyelamatkan Allahyarham sedaya-upaya, tetapi peluru itu telah menembusi paru-paru dan jantung. Kita juga menerima kerjasama yang baik daripada paramedik Australia," katanya.

Semasa rawatan,Allahyarham langsung tidak memberi sebarang respons dan tidak bergerak, katanya.

"Dia tidak sedarkan diri dan hilang banyak darah. Kita dah sedia nak derma darah jika perlu sebab kita dah kenal pasti jenis darah anggota misi. Peralatan kecemasan yang kita ada di situ pun mencukupi tapi kita memang tidak dapat buat apa-apa," katanya dalam nada sebak.

Katanya usaha menyelamatkan Allahyarham berlangsung dalam suasana pilu memandangkan arwah adalah sahabatnya dan mereka pernah mengikuti beberapa misi kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia sebelum ini.

AL-FATIHAH...

7 comments:

Anonymous said...

SENANG JER CAKAP!

SEPATUTNYA DIPAKAI JAKET KESELAMATAN, KALU PUN PAKAI JAKET KESELAMATAN TDK MAMPU SELAMATKAN ALLAHYARHAM SEKURANG2NYA KITA SUDAH BERIKHTIAR DAN BERUSAHA UTK MENJAGA KESELAMATAN DIRI TAMBAHAN PULAK KAWASAN ITU ADALAH KAWASAN AMAT BERBAHAYA, DI MANA BOLEH BERLAKU BILA2 MASA SAJA TEMBAK MENEMBAK DAN BUNUH MEMBUNUH...

BILA SUDAH BERLAKU INSIDEN INI MULA LEPAS TANGAN UMNO...AKU DENGAR PERGI SANA PUN TANPA LATIHAN KHUSUS, INSURAN NYAWA, ASPEK KESELAMATAN DIABAIKAN..LU INGAT PERGI DATARAN MERDEKA KER, BERSIAR2!

KERANA UMNO LAH, KELUARGA ALLAHYARHAM MENANGGUNG DUKA...

APA YG UMNO DAPAT PERGI SOMALIA?

Anonymous said...

kepala bapak kamu anon
September 5, 2011 9:59 AM.
habis kamu buat apa????/
setakat nak komplen dan jadi anak haram kat sini tak payah la.
nnt kalau bini hang kena rogol pon hang hang salah UMNO.mak hang mampos pon hang salah UMNO.
apa punya bangsat la anjing ni...
setakat nak ampu bontot anuar tu tak payah la.....
apa yang PKR BUAT.....
DOK BELA ANUAR JUBURI APA YANG KAMU DAPAT PULAK?????
BODOH PUNYA MANUSIA..
kalau takut mati lebih baik dok diam2

Anonymous said...

Tak perlu salahkan sesiapa. arwah pergi ke sana pun atas dasar sukarela yang pastinya takda unsur paksaan dan beliau ke sana untuk kesedaran umat manusia agar bersyukur nikmat yang ada dan membantu umat manusia yang memerlukan. Harus diingat, kematian berlaku di mana-mana sahaja....tetapi ada la lebih baik kematian itu berlaku ketika kita membuat kebaikan dari melakukan keburukan. AL FATEHAH

Anonymous said...

Kematian memanglah takdir Allah dan kita sebagai hambanya tidak sepatutnya mempersoalkan ketentuan itu.
Cuma apa yang kita boleh ambil adalah iktibar daripada kejadian itu.
Pada saya, kerajaan perlu mengadakan satu prosedur yang jelas kepada mana-mana ngo yg ingin menghantar bantuan kemanusiaan ke negara2 yang berkonflik.
Kerajaan juga perlu membuat kajian secara terperinci berhubung keadaan dalam negara yang berkonflik itu.
Ia penting supaya misi bantuan kemanusiaan itu tidak digunakan oleh mrk yang benar2 inginkan publisiti murahan...

Unknown said...

ANON SEPT 5 10.51 AM,

Baiknya bahasa, pak hang ajar macam tu ka.
3 words - f*cking uncivilized moron.
Perkataan anak haram, anjing,bangsat tak tinggal, kalau marah sekali pun, jaga lah bahasa, kita masih di bulan Syawal.

Anonymous said...

fareez tak perlu cakap baik2 kat orang cam tu.memang dasar macam tu.
tok guru pon cakap yang bukan2.jadi tak ada masalahnya kalau budak bahalol pro pembangkang kena macam tu.memang patut.......pon.
kalau masuk blog ni setakat nak menyakitkan hati orang tak payah.dengan segala hormatnya p masuk malaysiakini yang banyak pembohongan dan fitnah.kenapa nak terasa sendiri cari penyakit.
kalau nak tegur masuk aja malaysiakini.kat sana bersepah puak2 pembangkang mencarut.
ada berani ka....

Anonymous said...

Betul saya rasa tak payah nak salahkan sesiapa, Allahyarham Nuramfaizul tu pergi secara sukarela, ikhlas, tak silap dia mmg suka pergi ke negara bergolak utk bertugas smbl menolong.

Lepas kejadian ni pun bila di tnya wartawan2 lain pun diaorg still nak pergi jgk. saya rasa diaorg pun dah tahu resiko2 dia.

Lagipun baru sekali je berlaku kat Malaysia nie, kalau wartawan2 dari luar negara di dah bnyk kes mcm ni. Ni mmg resiko diaorg.

Tak pyh lah nak salahkan mana2 parti. Fikirla secara logik dan rasional.

Sori takde akaun panggil saya colton je...

 
 
Blogger Templates