Social Icons

Pages

Wednesday, September 21, 2011

KES LIWAT ANWAR IBRAHIM !!! KREDIBILITI SAKSI LUAR NEGARA DI PERTIKAI ???


Kredibiliti Dr Brian Leslie McDonald yang menjadi salah seorang pakar luar bagi membela Datuk Seri Anwar Ibrahim dipertikai di Mahkamah Tinggi hari ini.Peguam Cara Negara II,Datuk Mohd Yusof Zainal Abdidin yang mengetuai barisan pendakwaan berkata, saksi yang berasal dari Sydney, Australia itu tidak mendapat pendidikan formal dalam bidang yang berkaitan asid deoksiribonukleik (DNA) forensik yang bermaksud keterangannya untuk membela Anwar dalam kes DNA tidak kukuh.

Dr McDonald,yang mengakui perihal itu menjelaskan bahawa bidang berkaitan DNA forensik tidak wujud semasa beliau sedang melanjutkan pelajaran, memandangkan bidang tersebut mula dibangunkan secara besar-besaran pada tahun 2002.Menurut Datuk Mohd Yusof Zainal Abdidin , kelayakan Dr McDonald yang diperolehi pada tahun 1992 adalah usang kerana dunia DNA kini telah berkembang pesat.Beliau turut bertanya sama ada Dr McDonald mengambil mana-mana program peperiksaan berkaitan dengan DNA forensik sejak tahun 2002.McDonald menjawap beliau tidak menghadiri kursus ujian DNA forensik sejak tahun itu dan tidak mempunyai sebarang pensijilan formal dalam bidang tersebut.

Datuk Mohd Yusof Zainal Abdidin seterusnya merujuk kepada satu kes di Mahkamah Rayuan Australia yang menolak keterangannya kerana disifatkan beliau bukan seorang yang pakar dalam bidang DNA forensik.McDonald bersetuju dengan kenyataan tersebut, tetapi menyifatkan ia adalah pendapat peribadi hakim yang mendengar kes berkenaan.Ketika ditanya Mohd Yusof bilakah kali terakhir beliau melakukan uji kaji DNA, Dr McDonald menjawab pada tahun 2004, iaitu 7 tahun yang lalu.



Menurut Dr Novandri dalam blognya

KLIK DI SINI

portal KeadilanDaily melaporkan Dr McDonald mempunyai PhD di dalam bidang pathologi, manakala Akhbar Sin Chiew bertarikh 18hb Februari 2010, melaporkan saksi luar negara itu pakar dalam undang-undang keluarga yang melibatkan paternity tests seperti penentuan ibu bapa seseorang anak dan sebagainya.Katanya,Dr McDonald tidak pernah menambahbaik kepakarannya dalam bidang DNA forensik sehingga ke hari ini.

ANWAR IBRAHIM NAMPAKNYA SAKIT KEPALA !!!

SEMUA BUKTI AKAN TERBONGKAR !!!

DR MC,DONALD MELAKUKAN KESILAPAN !!!

ADAKAH ESOK DR MC,DONALD AKAN PUSING KENYATAAN ???

KITA SAKSIKAN ESOK !!!

2 comments:

Unknown said...

Memang berbeza kali ini kerana banyak saksi yang dibawa oleh anwar dipertikaikan kredibilitinya.

Jangan terperanjat jika kes ini tidak memihak kepada anwar, satu hari nanti pendokong anwar akan mengeluarkan kenyataan bahawa saksi mereka yang di import khas dari luar negara telah 'dibeli' oleh kerajaan dengan bayaran jutaan ringgit.

kita sama-sama tungu dan lihat.

AJ

Anonymous said...

Kesalahan anwar yg baling besar ialah menjadikan pakatan pembangkang khususnya PAS dan Penyokongnya "semakin DUNGU"...kesian Pakatan ini menolak penggunaan Otak dan taksub membabi buta...

 
 
Blogger Templates