Social Icons

Pages

Tuesday, September 27, 2011

PERLAKSANAAN HUKUM HUDUD !!! INI JAWAPAN DATUK SERI NOH OMAR !!!



Pas dicabar supaya meninggalkan pakatan dengan DAP sekiranya parti pembangkang itu mahu meletakkan matlamat menjadi negara Islam atau melaksanakan hukum hudud di negara ini.Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor,Datuk Seri Noh Omar berkata,Pas sepatutnya tidak perlu tunduk dengan ugutan DAP yang mahu meletakkan jawatan mereka beramai-ramai sekiranya Pas tetap dengan pendirian mahu melaksanakan perkara itu.

"Kenapa Pas perlu takut ugutan DAP jika mereka mahu laksanakan undang-undang hudud. Apa yang jelas kita lihat ialah DAP menentang agenda Pas dan ini bermakna tidak wujud kesepakatan dalam pakatan pembangkang itu sendiri.Justeru,jika Pas ini ada prinsip serta maruah, mereka sepatutnya keluar daripada pakatan pembangkang, bukannya tunduk kepada ugutan DAP," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis perjumpaan dan menyampaikan sumbangan kepada 128 orang bakal haji kawasan Parlimen Tanjong Karang semalam.

Bernama Melaporkan Datuk Seri Noh Omar berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Setiausaha Agung DAP,Lim Guan Eng yang menegaskan pemimpin-pemimpin kanan parti itu akan meletak jawatan beramai-ramai sekiranya terdapat usaha meletakkan matlamat menjadi negara Islam atau melaksanakan hukum hudud di negara ini.Menurut Guan Eng,penegasan itu dibuat sebagai mengulangi pendirian Pengerusi DAP, Karpal Singh sebelum ini bahawa parti itu tidak akan menerima hudud atau idea membentuk sebuah negara Islam sekiranya mereka memperoleh kuasa ke Putrajaya.Beliau bagaimanapun yakin bahawa Pas tetap akan tunduk kepada ugutan DAP dengan melupakan hasrat mereka untuk melaksanakan undang-undang hudud di Kelantan.Mengambil contoh di Selangor,Pas sebenarnya amat bergantung kepada DAP untuk membolehkan parti itu terus menjadi kerajaan negeri pada hari ini.

Ini kerana katanya,bilangan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimiliki Pas sebenarnya tidak cukup untuk parti itu mewujudkan kerajaan pimpinannya sendiri kerana hanya mempunyai lapan kerusi DUN dan bergantung kepada DAP yang mempunyai 13 kerusi dan 14 kerusi dari Parti Keadilan Rakyat (PKR).

"Maka sebab itu saya yakin isu hudud Pas ini hanya gimik politik untuk pilihan raya, begitu juga dengan ugutan DAP yang bersifat retorik semata-mata.Pas, DAP dan PKR masing-masing bergantung kepada kerusi yang dimenangi mereka untuk menubuhkan kerajaan negeri kerana tiga parti pembangkang ini masing-masing tidak mempunyai kerusi majoriti.Saya yakin Pas akan tunduk juga kepada ugutan DAP ini. Begitu juga dengan DAP yang bergantung harap kepada Pas untuk membolehkan mereka berkuasa," ujarnya.

KITA TUNGGU ESOK APA JAWAPAN SEMUA PEMIMPIN PAKATAN !!!

ADAKAH MEREKA BERSETUJU ATAU TIDAK TENTANG PERLAKSANAAN HUDUD !!!

9 comments:

Anonymous said...

KO KATA, SAPA TAKUT SAPA NI WAHAI BADUT?

AGAKNYA KO NAK KATA PAS TAKUT DAP, ATAU SEBALIKNYA!

TAPI AKU LIHAT KENYATAAN BERANI DAN PALING TEGAS DR NIK AZIZ YG KATA DAP BOLEH BERAMBUS JIKA PAS NAK LAKSANA HUDUD.

TAPI UMNO LAH YG PALING PENAKUT...BELUM APA2 MCA DAN GERAKAN DAH WARNING KAT NAJIB, MRK AKAN BERAMBUS JIKA NAJIB BUAT HUDUD... TERBALIK!

BAGI PAS, DAP BOLEH BERAMBUS JIKA PAS NAK HUDUD, DAP PULAK KECUT DAN DIAM!

TETAPI...

MCA DAN GERAKAN PULAK BAGI WARNING AWAL2 KAT UMNO BHW MRK AKAN BERAMBUS DR BN JIKA UMNO BUAT HUDUD! UMNO PULAK TERKENCING2 DAN PENAKUT!

HINGGA TERUCAPLAH OLH NAJIB BHW UMNO TOLAK HUDUD, SEMATA2 TAKUT AKAN MCA DAN GERAKAN...NAMPAK DLM SOAL HUDUD INI, PERSOALAN HUDUD MENIKAM BALIK UMNO! ORG2 ISLAM BERASA KESAL DGN KENYATAAN ANGKUH, SOMBONG DAN TAKBUR UMNO.

SIAPA PENGECUT DAN PERSENDA AGAMA!
UMNO LBH TAKUT MCA/GERAKAN DR TUHAN!!

UMNO LAH YG MENJADI KELDAI TUNGGANGAN MCA DAN GERAKAN..

BEGITU ANGKUH DAN TAKBURNYA UMNO MENOLAK HUDUD...

PAS BEGITU BERANI MENGHALAU DAP DEMI PRINSIPNYA HENDAKKAN HUDUD,BIARLAH RUGI UNDI, NAMUN PAS WALAUPUN SUKAR NAK LAKSANA HUDUD, NAMUN NIATNYA TETAP ADA... TAPI UMNO SENDIRI AMAT TAKUT NAK BUKA MULUT CAKAP HUDUD APATAH LAGI HENDAK MELAKSANAKANNYA...TAKUT KAWAN MRK BERAMBUS...

BEGITU LAH UMNO...SEMAKIN BYK CAKAP PASAL HUDUD, SEMAKIN MENIKAM UMNO BALIK!!!

sahabat gunung said...

komen yg berani tetapi penakut utk menonjolkan diri. lantaklah tapi memang ramai juak2 Pas bacol guna identiti sendiri.

pada pandangan aku plak, UMNO jangan masuk perangkap Pas. nie jerat yg dipasang parti malaun nie. sayangnya UMNO sikit2 dah masuk perangkap dan jerat yg dipasang.

memang pas takkan berani buat dan laksanakannya, contohnya isu Adun Selising, hukum apa yg Nik Azi gunakan buat adun yg main bini orang dalam keretapi tu?

sahabat gunung said...

komen yg berani tetapi penakut utk menonjolkan diri. lantaklah tapi memang ramai juak2 Pas bacol guna identiti sendiri.

pada pandangan aku plak, UMNO jangan masuk perangkap Pas. nie jerat yg dipasang parti malaun nie. sayangnya UMNO sikit2 dah masuk perangkap dan jerat yg dipasang.

memang pas takkan berani buat dan laksanakannya, contohnya isu Adun Selising, hukum apa yg Nik Azi gunakan buat adun yg main bini orang dalam keretapi tu?

Anonymous said...

KAJIAN MERDEKA CENTRE TERHADAP PELAKSANAAN HUDUD..LIHAT SENDIRI!!

Mengikut kajian terbaru Merdeka CEnter, sokongan kepada hukum jenayah Islam di kalangan pemuda/di Islam adalah terlampau tinggi.

Mengikut gambarajah di atas:

1.0 72% belia Malaysia menyokong hukum potong tangan

2.0 92% menyokong hukum bunuh kepada jenayah membunuh

3.0 93% menyokong hukum sebat ke atas peminum arak.

Malahan, kajian yang sama menyatakan 72% belia Islam di Malaysia menyokong Al Quran menjadi hukum tertinggi di Malaysia.

Jelas, UMNO sedang menggali kubur sendiri. MEreka sanggup tunduk kepada amaran yang diberikan seorang pelakon porno dan menolak arahan dari Allah SWT.

Tak hairanlah ada ulama2 pondok pada tahun 50an dan 60an yang telah mengkafirkan UMNO.

Ya memang benar telah berlaku kafir mengkafir ke atas UMNO tapi pengkafiran itu datang dari Pondok bukan dari PAS.

ORG ISLAM HENDAKKAN ISLAM DIMARTABAT DITEMPAT TERTINGGI AGAR DIHORMATI, UMNO PULAK MERENDAHKAN ISLAM ITU SENDIRI!!!

FIKIR2 KAN LAH WAHAI SAUDARA2 KU!!

Anonymous said...

XYAH NK PIKIR LA SEDARE...
PAS PN MANG XNK WAT....
BYK DOLAK DALIK....ORG SKRG BKN BODO....NK PRU BR LA BUKAK BALIK CERIRTE HUDUD...

Anonymous said...

tu thn 50an dan 60an... thn 2011 nik aziz plak yg kene kapirr...hehe

Anonymous said...

sandiwara politik je nii...

Anonymous said...

Anon 11:36AM...

Ko jgn sembang deras la..Agaknya memang juak2 pencacai Pas ni memang TIPIKAL MENGKAFIRKAN SESAMA ISLAM laaa...

Aku rasa ko sendiri pun x tau apa yg ko cakap..Keliru & Kecelaruan minda ko akibat terlalu TAKSUB kpd parti ISLE Pas..!!

Jgn HIPOKRIT la anon 11:36AM woiii..Parti ISLE Pas dpd pemimpim sampai la ke pencacai cakap bab HUDUD mcm cerita nak makan nasi & tukar baju..Cth : Hari ni nak makan apa & pakai baju apa haa.?!

Ok, hari ni kita makan & pakai HUDUD !! Sok plak citer lain..citer pasal KEBAJIKAN plak..weiiiiiii, munafik & hipokrit laa korg ni...

: Anti ISLE Pas :
: Anti tOk gARu :

Anonymous said...

UMNO KINI DILIHAT MENOLAK SALAH SATU SYARIAT ISLAM...KINI ISU INI MAKAN DIRI UMNO BALIK...

SEBAB UMNO TDK DILIHAT BERSUNGGUH2 MEMARTABATKAN ISLAM...MALAH BYK PULAK MEMPERLEKEHKAN ISLAM..USAH NAK BUAT, MALAH DIKEJI PULAK DAN DITUDUH BERBAGAI2 KEJIAN LAGI PIHAK YG NAK BUAT...

UMNO BUKAN PEJUANG MELAYU/ISLAM TAPI PEJUANG PERUT!!!

 
 
Blogger Templates