Social Icons

Pages

Tuesday, September 27, 2011

KANAK-KANAK YANG HILANG DI TEMUI MENINGGAL DUNIA !!!


GAMBAR HIASAN

Seorang kanak-kanak perempuan yang dilapor hilang pada 16 Sept lepas ditemui mati,dipercayai dibunuh di kawasan ladang kelapa sawit,Kati, Kuala Kangsar.Mayat Nur Shafiqa Ismail yang berumur 11 tahun ditemui pada pukul 10.30 pagi semalam oleh pemilik ladang kelapa sawit itu.

Bernama Melaporkan Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar,Supt. Abdul Ghaffar Muhammad berkata mayat kanak-kanak malang itu ditemui dalam keadaan terbaring dengan kesan jerutan di leher.Keluarga mangsa mengesahkan mayat itu ialah Nur Syafiqa ketika membuat pengecaman di tempat penemuan mayat itu di ladang berkenaan,katanya ketika dihubungi.Beliau berkata mayat Nur Syafiqa dihantar ke Hospital Kuala Kangsar untuk bedah siasat.

Nur Shafiqa yang tinggal bersama ibu saudaranya di Kampung Talang Masjid, Kuala Kangsar sejak awal Januari lepas setelah ibu bapanya berpisah, dikatakan keluar rumah pada 12 Sept lepas.Selepas empat hari tidak pulang ke rumah, ibu saudaranya membuat laporan polis mengenai kehilangan kanak-kanak itu pada 16 Sept, kata Abdul Ghaffar

AL-FATIHAH...

5 comments:

putrarahman said...

Al Fatihah....Kenapa 4 hari baru buat laporan polis? Kesian betul.

Anonymous said...

contoh masalah hasil keretakan rumah tangga. Anak jadi mangsa. Org tua hanya tahu kesedapan mengkongkek ja. Tanggungjawab entah ke mana.

Anonymous said...

kenapa la zalim sangat orang yg bunuh tu apa la salah budak tu aku mohon pada TUHAN supaya orang yang bunuh ditimpa kecelakaan

myra said...

Al Fatihah... laporang kehilangan hanya dibuat selepas didapati beliau tiada di mana-mana rumah saudara di setiap negeri..Itulah akibat penceraian ibu bapa. Anak2 yg jadi mangsa.. kehilangan kasih sayang dan rasa tidak dihargai..tapi kita tdk boleh salah ibu bapa budak tu je.. kena selidik perangai budak 2 camne..

Anonymous said...

betul aa tu...tapi yang kesiannye adik beradik depe ahhh..geram betul kenape tak jage elok!!

 
 
Blogger Templates