Social Icons

Pages

Thursday, September 08, 2011

PROGRAM TUKAR SUDAH BERJAYA SEBELUM KEDAI RAKYAT 1MALAYSIA ???


Sebelum ini ketika saya berada di PRK Merlimau,saya pernah mengeluarkan artikel mengenai TUKAR.Bagaimana Tranformasi ini bertukar dari kedai runcit ke pasar mini ???

KLIK DI SINI

Kali ini kita lihat pandangan Encik Mohd Fariszan Bin Ahmad selaku ketua Delivery Management Office (DMO) menunjukkan buku Pelan Transformasi Ekonomi Negara yang mengandungi maklumat-maklumat tentang Program TUKAR secara terperinci.mana tahu anda berminat untuk menjadikan kedai runcit anda kepada pasar mini

SILA LIHAT KENYATAAN DI BAWAH



Minat pelanggan membeli barangan secara berulang di sesebuah kedai kebiasaannya banyak dipengaruhi oleh keadaan kedai yang selesa dan bersih, layanan mesra dan banyaknya pilihan barangan.Faktor-faktor ini menjadi asas yang akan membawa kepada kejayaan sesebuah kedai di samping membina hubungan yang baik antara pelanggan dan pekedai.Ketika mana sesebuah pasar raya hiper kekal popular dalam masyarakat berikutan pelbagai produk dan keselesaan yang disediakan, kedai runcit tradisional masih diperlukan.Kedai-kedai berkenaan menyediakan keselesaan kepada penduduk yang tinggal berhampiran dan melahirkan suasana kehidupan kepada pengendalinya.Namun oleh kerana terdapat saingan daripada pembelian secara pukal menyebabkan pekedai runcit terpaksa mengubah model perniagaan jika ingin terus kekal.

TUKAR KEDAI RUNCIT

Selaras dengan itu, Program Transformasi Kedai Runcit yang juga dikenali sebagai Program TUKAR diperkenalkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).Program TUKAR adalah Projek-Projek Permulaan (EPP) yang bertujuan untuk memodenkan operasi kedai runcit tradisional bagi meningkatkan tahap daya saingan dalam persekitaran perniagaan peruncitan yang kompetitif.Program ini bertujuan untuk memodenkan kedai runcit tradisional. Dengan memodenkan premis peruncit yang sedia ada, ia akan menjurus kepada penaiktarafan premis itu.Malah dengan pemodenan itu ia dapat menggalakkan penyertaan koperasi dalam peruncitan dan mewujudkan pusat pengedaran setempat.Program Tukar dengan peruntukan RM30 juta daripada kerajaan itu diwujudkan selepas mendengar luahan hati serta masalah yang dihadapi peniaga kedai runcit yang sukar bersaing dengan pasar raya.

TUKAR BANTU TINGKATKAN JUMLAH PELANGGAN

Fatimah Bibi,40,telah mengusahakan kedai runcit selama 8 tahun, tetapi pelanggan yang datang ke kedainya membeli barang dengan cepat dan meninggalkan kedai dengan kadar yang segera.Beliau bimbang jika keadaan ini berterusan, bilangan pelanggan akan berkurangan.Tidak lama kemudian,Fatimah telah dihubungi oleh pihak KPDNKK dan dia ditawarkan untuk memodenkan premis perniagaannya.

"Setelah kedai runcit saya dimodenkan di bawah program TUKAR, saya mendapati pelanggan yang datang ke kedai semakin meningkat dan pelanggan akan mengambil masa untuk membeli barang keperluan mereka," kata Fatimah.

PEMODENAN KEDAI RUNCIT

"Setakat ini sebanyak 175 buah kedai dapat dimodenkan di bawah TUKAR," kata pengurus Program TUKAR, Zahari Md Afandi.

Pemodenan kedai runcit akan meningkatkan tahap daya saing dalam persekitaran perniagaan peruncitan secara kompetitif. Antara cara-cara kompetitif ialah dengan membangunkan kedai-kedai runcit tempatan jenis 'mom and pop'.Selain itu, ia dapat meningkatkan tahap kompetitif peruncit dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan.Dengan peningkatan itu, ia juga mampu meningkatkan keupayaan perkhidmatan pelanggan dan menyelarikan kualiti proses perniagaan secara menyeluruh, kata Zahari.

"Hasilnya, promosi rantaian penawaran yang berkos efektif dan efisien dan menjurus kepada penggalakan jualan produk berkualiti melalui pelbagai langkah. Malah, program TUKAR akan dapat menyediakan peruncit untuk pelaksanaan Good Service Tax (GST)," katanya kepada Bernama.

Di bawah program Tukar,bukan sahaja kedai runcit dimodenkan malah ia merangkumi aspek modal insan, mesin dan peralatan, kemahiran dan prosedur operasi standard (SOP) termasuk susun atur barangan dan inventori.

KRITERIA PEMODENAN TUKAR


MESIN KIRA-KIRA AUTOMATIK


Menurut Zahari,kriteria pemodenan TUKAR memberi fokus kepada pembangunan modal insan iaitu pengusaha perlu mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam bidang keusahawanan khususnya dalam bidang peruncitan.Pengusaha perlulah menghadiri kursus keusahawanan dalam bidang peruncitan yang akan dikendalikan oleh konsultan atau mana-mana pihak.Dalam proses pemodenan itu, mesin dan peralatan (Machine) diberi keutamaan untuk ditukarkan. Antaranya ialah Point Of Sale (POS) Counter Terminal (GST ready) yang meliputi sistem barcode dan pangkalan data inventori, susun atur gondola, pencahayaan, POS System, papan tanda berlogo TUKAR dan mempunyai capaian internet.Selain itu, pengusaha boleh membuat pilihan bagi ciri tambahan yang disenaraikan untuk pemodenan kedai seperti alat penyejuk (chiller), penyejuk beku (freezer), peti simpanan, sistem penggera keselamatan, penghawa dingin ataupun lantai berjubin.Kaedah pengendalian kedai hendaklah diselarikan dan mempunyai Standard Operating Procedures (SOPs) dalam menjalankan perniagaan termasuk susun atur barang-barang dan inventori.



Walaupun premis perniagaan telah dimodenkan dengan cantik dan berkualiti, jika bahan-bahan yang disediakan tidak memenuhi kehendak pengguna, ia akan tidak berbaloi dengan kos pemodenan. Oleh itu, pengusaha perlu memastikan bekalan barangan mencukupi dan berterusan melalui sistem POS ataupun melalui aturan sedia ada.Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Bank Rakyat) akan menyediakan peruntukan sebanyak RM20,000 hingga RM60,000 dengan caj perkhidmatan 3 peratus setahun sebagai pinjaman kepada pemilik kedai yang menyertai program TUKAR.Pinjaman yang diperuntukkan tidak akan diberikan dalam bentuk tunai kepada peniaga tetapi akan dibayar terus kepada kontraktor bagi kos peralatan dan perkhidmatan pengubahsuaian.

HYPERMARKET SEBAGAI KONSULTAN

"Setakat ini kita ada 11 konsultan untuk program ini yang terdiri daripada Giant, Carrefour, Tesco dan hypermarket tempatan seperti Mydin dan Econsafe. Mereka berperanan sebagai penasihat terutamanya dalam sistem pos," kata Zahari.

Sistem POS penting bagi membantu seseorang peruncit dalam mengetahui margin keuntungan, bilangan stok yang terjual dan bilangan stok yang masih ada kerana maklumat seumpama amat penting bagi seseorang peruncit menjalankan perniagaan dengan lebih berkesan.Menurut Zahari, kesemua hypermarket yang diklasifikasikan sebagai konsultan akan membantu peruncit tradisional melalui khidmat nasihat pemodenan, penyediaan planogram dan latihan peruncitan dalam tempoh 1 hingga 3 bulan.

"Buat masa ini, kebanyakan kedai tidak mengamalkan susunan barang yang sepatutnya, bayangkanlah buku disusun di rak atas dan di bawahnya ada bawang. Susunan yang teratur penting untuk menarik perhatian pelanggan," kata Zahari.

Antara nasihat pemodenan yang dilakukan termasuk pengurusan runcit yang sistematik, pemantauan dalam sistem jualan dan sebagainya. Kedai-kedai runcit tradisional yang akan dimodenkan sudah semestinya akan mempunyai rak-rak yang baru dan menarik.Selain itu, pihak konsultan akan melatih peruncit tradisional menggunakan sistem POS dan perkara berkaitan dengan pengurusan kedai runcit. Latihan ini akan dikendalikan secara hands-on di mana pengusaha tidak perlu meninggalkan premis perniagaan bagi tempoh yang lama.Menurut pengarah urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad (MYDIN),Datuk Ameer Ali Mydin yang dipetik dari laman sesawang Mydin berkata bahawa MYDIN mensasar jualan peruncit di bawah bimbingannya akan meningkat antara 40 hingga 50 peratus apabila semua proses transformasi kedai runcit selesai.Sebagai pasar raya hiper yang terkemuka, tanggungjawab sosial korporat yang dilakukan oleh mereka menunjukkan inisiatif syarikat-syarikat itu untuk membangunkan sektor pemborongan dan peruncitan tempatan.

SYARAT KELAYAKAN MENYERTAI PROGRAM TUKAR

Zahari menjelaskan bahawa pengusaha kedai runcit yang ingin menyertai Program TUKAR ini perlu memastikan perniagaan yang dikendalikan adalah 100 peratus milik tempatan dan berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).Pemilik kedai runcit hendaklah berumur lebih 23 tahun dan tidak melebihi 60 tahun dan mempunyai lesen Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang sah.Sementara itu, kedai runcit mestilah telah beroperasi sekurang-kurangnya dua tahun dan keluasan kedai tidak melebihi dua pintu kedai atau 2,500 kaki persegi.Justeru itu, pengusaha yang berminat untuk menukar premis perniagaan mereka perlulah mempunyai kriteria-kriteria yang ditetapkan di bawah program TUKAR.

Pemilik premis perniagaan yang berminat, boleh memohon di pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Putrajaya ataupun di pejabat KPDNKK berhampiran.




PEMILIK KEDAI RUNCIT PASAR MINI PUAN FRANCISCA



PEMILIK KEDAI RUNCIT MAZNAH GEMILANG ENTERPRISE ENCIK MAHMUD DAN PUAN MAZNAH

4 comments:

Anonymous said...

TUKAR UMNO/BN KPD PAKATAN RAKYAT JER PRU 13...ITU YG AKU TAHU!!

Anonymous said...

kepala bapak kamu.
jangan marah ha.....
pasai orang atasan pas pon mencarut.

Unknown said...

Saya nak tanya jika kedai saya kedai sewA boleh ke ikut program ni dan adakah tesco akan mengenakan bayaran royalti kepada kami?mcm brg2 perlu oder atau beli sendiri?

Unknown said...

saya nak tanya camna cara-cara kalau sya nk buka kedai runcit?
apa benda yg erlu dibuat?

 
 
Blogger Templates